Berita Harian: MukaDepan |
Posted: 23 Mar 2011 02:45 PM PDT MukaDepan Mahkamah Tinggi benar berus gigi, tuala 'Good Morning' danbotol air mineral jadi barang kes KUALA LUMPUR: Isu DNA Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mencetuskan perbahasan di dalam dan luar mahkamah sejak dua minggu lalu, berakhir semalam. Bagaimanapun, mahkamah menolak permohonan pihak pendakwaan supaya memerintahkan Anwar menyerahkan spesimen daripada badannya untuk mendapatkan profil DNA bagi tujuan perbandingan. Keputusan mahkamah itu dijangka merungkai persoalan identiti 'Lelaki Y' yang profil DNA ditemui dalam dubur bekas pembantu Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata, beliau menolak ketiga-tiga barang itu sebagai bahan kes ketika prosedur 'bicara dalam perbicaraan' walaupun ia relevan dan boleh diterima, selepas mendapati ia diperoleh secara tidak sah. "Bagaimanapun, apabila Pereira dan pegawai tangkapan Superintendan Ahmad Taufek Abdullah memberikan keterangan selepas 'bicara dalam perbicaraan' ia jelas menunjukkan tangkapan dan penahanan Anwar di lokap tidak lagi boleh dikatakan dibuat menggunakan tipu muslihat. "Dalam keadaan itu, mahkamah tidak mempunyai budi bicara selain membenarkan ketiga-tiga barang yang diperoleh daripada bilik lokap dan segala keterangan berkaitan dengannya diterima sebagai barang bukti. "Sehubungan itu, saya memutuskan barangan berkenaan dan segala keterangan berkaitannya boleh diterima dan boleh dikemukakan dalam perbicaraan ini sebagai bukti. Dengan ini saya mengetepikan keputusan terdahulu," katanya. Pada 8 Mac lalu, Mohamad Zabidin menolak permohonan pendakwaan supaya berus gigi putih, tuala 'Good Morning' dan botol air mineral yang diambil dari bilik Anwar diterima sebagai barang kes kerana diperoleh secara tidak sah. Ketiga-tiga barang itu diambil pasukan forensik polis dari lokap IPK pada jam 11.40 pagi, 17 Julai 2008. Nor Aidora dalam keterangannya sebelum ini berkata profil DNA diperoleh daripada semua barang itu sepadan dengan profil DNA 'Lelaki Y' ditemui dalam dubur Mohd Saiful. Sementara itu, berhubung permohonan bagi memerintahkan Anwar menyerahkan sampel DNA beliau, Mohamad Zabidin berkata beliau menolak permohonan itu kerana tiada peruntukan undang-undang yang membolehkannya berbuat demikian. Katanya, Seksyen 73(2) yang dirujuk pendakwaan menyatakan secara spesifik penulisan bagi tujuan perbandingan dan Seksyen 73(3) pula kesan cap jari. Berikutan keputusan itu, Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden memohon mahkamah untuk memanggil semula Nor Aidora dan Amidon hari ini bagi tujuan mengemukakan barang berkenaan sebagai barang bukti. Mohamad Zabidin membenarkan permohonan Mohd Yusof dan menetapkan prosiding bersambung hari ini. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenidris kalau ambil sampel yg pernah dipertikai, orang ramai akan pertikai bila ada laporan/akhbar kepartian memutarbelitkan isu. Jalan terbaik arahkan suspek ke balai dan ambil sampel yg dikehendaki. Kalau boleh Karpal Singh hadir sama. SEMALU BERDURI kepada Datok Anuar Ibrahim, saya sebagai rakyat biasa berpandangan bahawa setelah mengamati cerita-cerita dan kes beliau yang sedang berjalan masakini dan mungkin pada hari-hari mendatang,( kerana akan ujud kes yang baru nampaknya), eloklah beliau berundur diri dari arena politik negara dan janganlah bertahan disebalik ke egoannya selami ini, cukuplah setakat ini jadilah insan biasa sahaja ( macam rakyat biasa datok )kan lebih selesa daripada dibebankan dengan berbagai tomahan dan kriktikan. Jika TUN Dr. Mahathir ( mantan Perdana Menteri)boleh berundur dengan selesa mengapa tidak Datok buat begitu, nampaknya Datok kelihatan seperti orang yang sangat Warak mencontohi sifat Nabi Muhammad tatapi Nabi sendiri tidak seangkuh/seego Datok, Nabi sentiasa merendah diri dan bersabar, jadilah insan seperti biasanya yang berpijak dibumi nyata . Ingatlah Datok bahawa " dimana bumi dipijak disitulah langit dijunjung".
mohd assalamualaikum,
kamis Ya ALLAH jauhkanlah segala bencana untuk negara tercinta. berilah petunjuk dah HIDAYAH kepada semua. Amin. Ayah Man Segala kekeliruan dan permasaalahan kini nampaknya telah terungkai. Kita cuma menunggu satu keputusan atau kenyataan di buat secara rasmi oleh tuan hakim mengenai lelaki 'Y'. Bagi kita Y sudah cukup jelas empunya dirinya. Janganlah kita suka mengaibkan sesama insan walaupun betul ia membuat kesalahan. Apakah kita sendiri tidak pernah membuat dosa? Apakah rasanya bila dosa kita diperaibkan? rohana bt taib ikutlah keputusan mereka yang bijaksana.biar cepat proses pengadilan dilaksanakan.kita tunggu saja. sri siantan Biar kes dpt diselesaiakan dgn cepat, telus & adil. Mungkin nak buka kes baru pulak... siti hajar Allah akan menunjukkan siapa yg benar dan siapa yang bersalah.... rahimad bin mohamed Ya Allah kau tunjukkanlah kebenarannya Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: MukaDepan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan