Sabtu, 12 Mac 2011

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


Jepun ranap

Posted: 11 Mar 2011 02:51 PM PST

MukaDepan

Gempa bumi akibatkan gelombang tsunami 10m jejas ekonomi Tokyo

TOKYO: Gempa bumi paling kuat dalam tempoh 140 tahun dengan ukuran 8.9 pada skala Richter, melanda timur laut Jepun semalam, mencetuskan gelombang tsunami sehingga setinggi 10 meter dan menyebabkan lebih 1,000 orang terbunuh.

Agensi berita Kyodo melaporkan, gempa bumi menyebabkan kerosakan besar kawasan di utara Jepun, manakala gelombang tsunami memusnahkan hampir apa saja di laluannya termasuk ladang pertanian, bangunan, rumah, kapal, kenderaan dan menyebabkan kebakaran. "Gempa menyebabkan banyak kecederaan, kebakaran dan gelombang besar memaksa beribu-ribu penduduk melarikan diri ke kawasan lebih tinggi untuk menyelamatkan diri," lapor Kyodo.

Beberapa loji jana kuasa nuklear dan pusat penyulingan minyak ditutup manakala sebuah firma pengeluar besi utama terbakar. Kira-kira 4.4 juta rumah di bahagian utara Jepun terputus bekalan elektrik.

Kyodo melaporkan, sebuah hotel di bandaraya Sendai runtuh, menimbulkan kebimbangan ramai penghuni mungkin terperangkap.

"Keadaan sungguh teruk dan saya ketakutan. Saya tidak pernah mengalami gempa bumi sekuat ini sejak 20 tahun lalu," kata seorang pengurus sebuah restoran di Akasaka, Hidekatsu Hata, 36.
Pengalaman beliau dikongsi koresponden Reuters di Tokyo Linda Sieg yang turut merasai gegaran kuat di pejabatnya.

"Bangunan pejabat kami bergegar kuat dan lama, menyebabkan ramai kakitangan mengambil topi keledar untuk melindungi kepala mereka, manakala yang lain bersembunyi di bawah meja," katanya.

Stesen televisyen NHK menyiarkan imej gelombang tsunami menghanyutkan sisa bangunan, kenderaan di kawasan pantai Sendai yang mempunyai sejuta penduduk manakala kapal yang biasanya berada di pantai, dilihat terdampar di pelabuhan.

Asap hitam dilihat berkepul ke udara dari sebuah bangunan di Odaiba di pinggir Tokyo ketika perkhidmatan kereta api laju Jepun ke utara, terpaksa dihentikan.

Syarikat gergasi elektronik Jepun, Sony Corp, menghentikan operasi di enam kilangnya, ketika pesawat tentera udara dikejarkan ke pesisir pantai timur laut bagi meninjau tahap kerosakan yang berlaku.

Bank of Japan yang sedang berusaha meningkatkan ekonomi negara itu berkata pihaknya akan berusaha sedaya upaya memastikan pasaran kewangan terus stabil, ketika pasaran saham dan nilai yen jatuh.

Sementara itu, Pertubuhan Palang Merah di Geneva berkata paras air laut dilaporkan lebih tinggi di beberapa kepulauan Pasifik manakala amaran tsunami di seluruh wilayah itu kecuali Amerika dan Kanada. – Reuters

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

ujang.moncheh boy

lihatlah kebesaran ALLAH teserlah sudah.suatu hari akan sampai masanya kiamat dunia ini akan hancur sehancur-hancurnya dan ALLAH akan ganti dengan akhirat yang kekal abadi.pilihlah antara syurga atau neraka.marilah kita renungkan bersama.INSYAALLAH.

Adam2win

tu la amaran drpd Allah swt..Kuasa Allah x der siapa yg boleh menahan nye melainkan kita sujud kpdNya serta tinggal segala kemungkaran,, kembali lah kpd Al Quran.. Takbirrr.. Allahuakhbar..

Lada kering

SubhanAllah.......

ZamTairen

Kuasa Tuhan tiada siapa yang mampu melawannya...

KHAIRUL EZAT

SEKARANG KEADAAN JEPUN DH STABIL @ MASIH DALAM KEADAAN HURU-HARA?HARAP MALAYSIA TIDAK TERKENE TEMPIAS ANGIN...

yem amat

semoga rakyat jepun bersabar dengan dugaan ini dan bangkit seperti selepas perang dulu

Wak Miss

Hanya Allah saja yang mengetahui apa yang terjadi... jadi ambillah iktibar dari kejadian seumpama itu...Takziah kepada semua rakyat Jepun

AAR

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu BERBAGAI BANGSA DAN BERSUKU PUAK, supaya kamu BERKENAL-KENALAN (DAN BERAMAH MESRA antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang LEBIH TAKWANYA di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu"(Al-Hujurat:13). "Dan hendaklah kamu TOLONG-MENOLONG DALAM PERKARA-PERKARA KEBAJIKAN dan KETAQWAAN dan JANGANLAH KAMU TOLONG-MENOLONG DALAM PERKARA-PERKARA KEJAHATAN DAN PERMUSUHAN." (al-Maidah: 2)

saint64

Ingatlah akan kebesaran..igtlah akan musibah...semuanya dugaan..tanda akan berakhirnya zaman...bumi sudah tua..

General Yamashita

Kasian. Bersabar ajelah ye. Kan kah tsunami tu bahasa Jepun. Apa kata kita tukar jadi ombakmi...

joelz agustine

God Bless them

ahli baru

bala Allah tak kenal sesiapa

Yolanda

sabar subur, tak sabar masuk kubur..
pegi tandas nak buang air kecil,tanda2 kiamat kecil..

D'diey Asnawi

Bumi Malaysia masih bertuah dan sentiasa dalam rahmat Allah SWT..tp, segelintir masyarakat kita brtelagah sesama sendiri disebabkan kuasa..bila Allah SWT mnurunkan kuasaNya,...apa lg kita ada???skali bncana ini blaku..tinggallah segala2nya...

secret gurl

mari kita berdoa utk negara jepun.....semoga Tuhan melihat apa yg terjadi dan melindungi mereka....amin.....

semoga mereka yang terlibat dikurniakan ketabahan dan kesabaran. Samada ini ujian atau musibah, kita yang hidup aman dari bencana sedemikian perlulah bermuhasabah diri di samping mendoakan mereka yang mengalami bencana.

Rambli Sulaiman

Kuasa Tuhan tiada siapa yang mampu melawannya...


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan