Khamis, 10 Mac 2011

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


Pertumbuhan terus kukuh

Posted: 09 Mar 2011 01:12 PM PST

MukaDepan

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada majlis taklimat oleh Lembaga Pengarah Bank Negara Malaysia di Kuala Lumpur, semalam. Hadir sama Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz (kanan). - Foto Aizuddin Saad

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada majlis taklimat oleh Lembaga Pengarah Bank Negara Malaysia di Kuala Lumpur, semalam. Hadir sama Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz (kanan). - Foto Aizuddin Saad

Dua pendekatan pastikan ekonomi berkembang 6 peratus

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memastikan ekonomi negara terus berkembang sekurang-kurangnya pada kadar lima hingga enam peratus tahun ini, walaupun terpaksa menghadapi risiko baru ekonomi akibat kenaikan harga minyak global.

Berikutan itu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dua pendekatan akan diambil menerusi pelaksanaan pelbagai projek di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) secara tersusun serta memastikan permintaan domestik kekal pada paras kukuh menerusi beberapa langkah yang akan diumumkan secara berterusan. "Kita akan mengambil segala langkah supaya sasaran pertumbuhan itu dapat dicapai, walaupun berdepan pelbagai cabaran termasuk pertumbuhan ekonomi global yang lebih perlahan berbanding 2010 dan kenaikan harga minyak mentah serta komoditi," katanya selepas majlis taklimat oleh Lembaga Pengarah Bank Negara Malaysia di Kuala Lumpur, semalam. Hadir sama Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, kenaikan harga minyak berpotensi menjejaskan pertumbuhan ekonomi global, selain jangkaan sebelum ini bahawa pertumbuhan sederhana ekonomi negara maju yang memperlahankan pertumbuhan eksport negara perlahan, terutama barangan perkilangan.

Katanya, kerajaan kini berusaha memastikan permintaan domestik kekal kukuh khususnya dari segi penggunaan dan pelaburan swasta menerusi pelaksanaan projek di bawah ETP.

Ditanya risiko terbesar kepada ekonomi Malaysia, Najib berkata: "Sudah tentu kenaikan harga minyak (akibat ketegangan politik di beberapa negara Asia Barat dan Afrika Utara). Keduanya isu krisis hutang kedaulatan (di beberapa negara Eropah).
"Namun kami rasakan perkara itu adalah terurus dan ketiganya, kenaikan kadar inflasi berterusan yang memberi kesan kepada pengguna."

Mengenai defisit kerajaan yang dijangka meningkat, Najib berkata, ia akan bergantung kepada jumlah pendapatan kerajaan berbanding berapa banyak peningkatan subsidi, khususnya jika tiada semakan semula dari segi harga petrol, diesel bersubsidi serta perkara lain.

Katanya, berdasarkan harga minyak mentah semasa, ia akan memberikan tambahan perbelanjaan subsidi sebanyak RM4 bilion tahun ini, sekali gus menjadikan keseluruhan perbelanjaan subsidi boleh mencecah RM14 bilion.

Harga minyak mentah pasaran New York kekal pada paras tertinggi dalam tempoh lebih dua tahun, iaitu AS$104 satu tong semalam berbanding sekitar AS$80 hingga AS$85 satu tong pertengahan tahun lalu.

Sementara itu, penganalisis yakin pelaksanaan (ETP) akan berupaya meningkatkan permintaan domestik dan pelaburan akan menjadi kuasa penggerak utama untuk mengelakkan kelembapan selanjutnya dalam pasaran domestik.

"ETP memastikan pertumbuhan ekonomi yang kukuh bagi Malaysia," kata Ahli Ekonomi AmResearch, Manokaran Mottain.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

mat cikaro

pertumbuhan yang amat tinggi..tapisayang benihnya tak baik..pokok tidak dapat membesar apabila dibajai dan disirami dengan rasuah dan kroni... kalau begini lah pertumbuhan ekonomi kita...saya percaya..kehidupan dan peluang pekerjaan tidak akan merundum begitu teruk sekali sekarang....itu lah sebab pertumbuhan tinggi tapi sayang pokok itu tidak subur dan kita tidak dapat makan buahnya..fikir-fikirkan lah wahai kamuuuuuuuuuuuu.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

PULAPOL ditutup angkara 'Adenovirus'

Posted: 09 Mar 2011 01:11 PM PST

MukaDepan

Mohd Azizan Azirid

Mohd Azizan Azirid

KUALA LUMPUR: Semua aktiviti, termasuk program latihan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di sini dihentikan serta-merta berikutan penularan jangkitan 'Adenovirus' di premis itu sejak Jumaat lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, mengesahkan sehingga jam 10 pagi semalam, seorang pelatih Konstabel Mohd Azizan Azirid, 25, dari Kuala Kangsar, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat jangkitan itu, manakala dua lagi masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital sama.

"Seramai 28 pelatih turut menerima rawatan di HKL, selepas dikesan mempunyai tanda jangkitan wabak itu, termasuk batuk dan demam. "PDRM dengan kerjasama Kementerian Kesihatan sudah mengambil langkah sewajarnya bagi membendung jangkitan wabak ini," katanya pada sidang media di Bukit Aman, semalam.

Seramai 1,945 pelatih mengikuti latihan asas kepolisan, masing-masing 993 pelatih inspektor dan 952 pelatih konstabel di pusat itu.

Berikutan itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka bilik gerakan dan talian khas 03-26882009 bagi memudahkan orang ramai, terutama ahli keluarga pelatih mendapatkan perkembangan terkini berhubung masalah itu.

"Setakat ini, 226 pelatih diasingkan untuk pemerhatian dan rawatan lanjut oleh Kementerian Kesihatan, malah mereka tidak dibenarkan menerima pelawat, termasuk ahli keluarga bagi mengelak penularan wabak itu," katanya.
Selain pelatih, PULAPOL Kuala Lumpur turut mempunyai 854 pegawai dan kakitangan bertugas.

"PDRM dengan kerjasama Kementerian Kesihatan sudah mengambil langkah sewajarnya bagi membendung jangkitan wabak ini," katanya.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam kenyataan akhbarnya berkata, 210 pelatih didapati mengalami gejala 'Influenza Like Illness' (ILI) di mana dua pelatih masih di Unit Rawatan Rapi (ICU), 26 pelatih wad biasa dan 182 pelatih diasingkan.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengesahkan pelatih yang meninggal dunia jam 8.30 malam kelmarin mengalami gejala ILI sejak dua minggu lalu.

"Dua kes yang kini dirawat di ICU didapati positif jangkitan 'Adenovirus' manakala pelatih yang lain dilaporkan stabil.

"Hasil siasatan lapangan menunjukkan terdapat jangkitan 'Adenovirus' di kalangan pelatih di PULAPOL berdasarkan keputusan makmal 18 daripada 20 sampel dari tekak diambil mendapati 90 peratus adalah positif.

"Disamping itu, tiga daripada empat sampel najis juga positif 'Adenovirus'. Sehubungan itu, kawalan dan pencegahan dalam kalangan pelatih PULAPOL akan diteruskan setiap hari," katanya.

Liow berkata, kejadian itu hanya terhad di kalangan pelatih di PULAPOL dan orang ramai tidak perlu bimbang mengenai penularan jangkitan ini di dalam masyarakat.

"Kementerian sudah mengambil tindakan kawalan termasuk mengasingkan kes tidak serius di pusat latihan dan tidak membenarkan pelatih keluar dari institusi latihan ini serta pelawat tidak dibenarkan untuk melawat pelatih," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

ateh

bersabar wahai anak2...kami di luar sentisa mendoakan kesembuhan dan kesejahteraan kelian..agar ALLAH sentiasa melindungi dari penyakit berbahaya...aminnn

ALINAH BINTI MASRIN

Salam, Saya tumpang simpati kepada mangsa yang terlibat dan ucapan takziah kepada keluarga arwah Mohd. Azizan Azirid. Di harap perkara seumpa ini di kaji dan di beri perhatian yang sewajarnya, di samping itu kita semua hendaklah menjaga kebersihan diri mahupun tempat sekeliling kita, jangan anggap perkara remeh temeh tidak boleh membawa bahaya yang serius. Harap semua Pelatih tidak patah semangat untuk meneruskan latihan selepas kejadian ini. Sekian Yang Ikhlas Alinah Masrin Pelajar Universiti Malaysia Sabah.

din

Bersabar lah wahai kawan-kawanku....sesungguhnya ujian itu semuanya datang dari Allah.Tetapkan hatimu dan sentiasa berdoa kerna setiap yang berlaku ada hikmahnya.

mat cikaro

ini bukan apa..inilah kesan kalau kita tidak malaksanakan sikap pembersih, jangan buang samapah meratax, saya pun hairan sikap kita kalau peergi kawasan perkilahan...suka sangat dok tempat sunyix..bawa makanan...lepas tu buang meratax...duduk lah ditempat yang disediakan..disitu ada tempat membuang sampah yang akan dipungut oleh PBT...tak kira lah dimana anda berada...amalkan sikap bersih...dan kepada PBT semua..pastikan kawasan anda mesti bersih...sebab semua rakyat ada membayar pelbagai cukai untuk anda melakukan dan memastikan tahap kebersihan pada tahap yang tinggi.....jangan biar tikus hidup sekiranya mahu rakyat hidup...kalau biarkan tikus hidup....rakyat akan mati...fikir-fikirkan lah wahai PBT......


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan