Jumaat, 19 Ogos 2011

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Wanita dakwa ditipu lelaki asing kenalan internet

Posted: 19 Aug 2011 03:15 AM PDT

SHAH ALAM: Seorang ahli perniagaan wanita kehilangan jam tangan berjenama dan barang kemas bernilai RM125,000 selain diugut RM30,000 oleh lelaki yang dikenalinya menerusi Internet.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Mohd Adnan Abdullah berkata janda berumur 30-an itu melaporkan bahawa pada 11 Ogos lalu dia dijemput oleh seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya warga Australia yang dikenalinya melalui Internet untuk ke sebuah hotel di kawasan Sepang.

"Mangsa mengadu mengadakan hubungan seks dengan suspek dalam bilik itu dan kemudiannya tidak sedarkan diri selepas diberi minuman oleh suspek yang kemudiannya melarikan diri," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.

Mohd Adnan berkata pihak pengurusan hotel yang merasakan sesuatu yang tidak betul berlaku, membuka bilik itu dan menemui wanita berkenaan dalam keadaan terbaring dan membawanya ke hospital.


Selepas sedar, wanita itu mendapati jam tangan Rolex dan barang kemasnya hilang. Dia juga pernah diugut oleh suspek yang meminta RM30,000 untuk tidak menyebarkan gambar-gambarnya yang tidak senonoh yang dirakam di bilik hotel itu.


Mohd Adnan berkata polis menubuhkan satu pasukan petugas bagi mengesan lelaki itu yang dipercayai bukan warga Australia sebab pasport yang digunakannya itu adalah palsu. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

4 termasuk wanita rompak kedai emas

Posted: 19 Aug 2011 02:57 AM PDT

GURUN: Empat termasuk seorang wanita melarikan lima dulang barangan kemas dari sebuah kedai emas, di bandar baru Gurun di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Hashim Ali berkata dalam kejadian 11.40 pagi itu, kedai tersebut dikunjungi seorang wanita yang berpura-pura sebagai pelanggan.

"Dipercayai tiga lelaki bersenjata mengikut masuk selepas itu dan melepaskan dua das tembakan ke udara seeblum mengambil lima dulang emas dari dalam kotak pameran.

"Mereka kemudian melarikan diri ke arah dua buah kereta yang menunggu berdekatan kedai tersebut," kata Hashim kepada pemberita di sini.


Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan butiran lanjut kejadian, namun katanya polis percaya kedai itu menjadi sasaran kerana tidak ada pengawal keselamatan dan kamera litar tertutup di premis terbabit.


Hashim berkata jumlah kerugian juga masih disiasat. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan