Berita Harian: MukaDepan |
| Posted: 18 Aug 2011 11:49 AM PDT [unable to retrieve full-text content]"Kembalilah mak untuk berhari raya bersama kami." Ikuti laporan mangsa keldai dadah di akhbar hari ini. |
| 24 lebuh raya beri diskaun tol musim raya Posted: 18 Aug 2011 11:47 AM PDT MukaDepan RAWANG: Pengguna di sebanyak 24 lebuh raya di seluruh negara akan diberikan diskaun dan rebat tol antara lima hingga 37.5 peratus sempena sambutan dan cuti Aidilfitri serta Hari Kemerdekaan, mulai Khamis ini hingga 2 September.Lima lebuh raya, iaitu Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuh Raya Seremban-Port Dickson (SPDH), Lebuh Raya Kulim-Butterworth (KLBK) dan Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA) paling awal memberikan diskaun mulai Khamis ini. Lebuh raya lain adalah Lebuh Raya KL-Karak (KLK), Lebuh Raya Pantai Timur Fasa I (LPT I), Lebuh Raya Pintas Selat Klang Utara Baru (NNKSB), Lebuh Raya Sungai Besi (BESRAYA), Lebuh Raya Kajang Seremban (LEKAS), Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuh Raya SMART, Lebuh Raya Shah Alam (KESAS), Lebuh Raya Bertingkat Ampang Kuala Lumpur (AKLEH); Lebuh Raya Shah Alam Kuang (GUTHRIE).Lebuh Raya Kemuning Shah Alam (LKSA), Lebuh Raya Duta-Ulu Klang (DUKE), Lebuh Raya Cheras Kajang (GRAND SAGA), Lebuh Raya Penyuraian Trafik Lingkaran Kajang (SILK), Lebuh Raya KL-Putrajaya (KLP); Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan Lebuh Raya Baru Pantai (NPE). Lebuh Raya KL-Kuala Selangor(LATAR) pula memanjangkan tempoh laluan percuma tanpa tol sehingga 31 Ogos ini. Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor, berkata sebanyak tujuh juta kenderaan dijangka menggunakan lebuh raya berkenaan sepanjang tempoh diskaun membabitkan kos RM6.8 juta berbanding RM3 juta tahun lalu.Beliau berkata, diskaun berkenaan adalah antara program tanggungjawab sosial sebanyak 22 syarikat konsesi, selain menghargai pengguna lebuh raya. "Ada beberapa konsesi memberi diskaun awal mulai 25 Ogos ini dan itu berakhir pada 2 September. Bagi pengguna LDP, pada 31 Ogos ini tidak akan dikenakan sebarang bayaran mulai jam 12 tengah malam sehingga 11.59 tengahari," katanya. Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kempen Keselamatan Peringkat Kementerian Kerja Raya sempena Aidilfitri 2011 di Hentian Sebelah, Plaza Tol Lagong, Lebuh Raya GUTHRIE, semalam. Turut hadir, Ketua Pengarah Lembaga Lebuh Raya Malaysia, Datuk Ir Ismail Md Salleh. Beliau berkata, bagi memastikan aliran trafik lancar, semua kerja pembinaan di jalan dan lebuh raya dihentikan sementara, termasuk rondaan 24 jam sehari. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenindah sonia bagi diskaun pun mcm tak ikhlas aje.. sepatutunya klu jem teruslah kena bagi diskaun atau free ari Sesuatu yg baik utk dinikmati oleh rakyat, inisiatif seperti ini biarlah berterusan dan menjadi amalan dan sumbangan pihak pengendali tol dinegara ini.Cadangan:Jika boleh dilakukan setiap cuti nasional,bukan sekadar sambutan hari raya sahaja.. zainalabidin b.yusof kalau dapat di panjangkan tempoh diskaun lagi best wuuo oo ooo. indah sonia bagi diskaun pun mcm tak ikhlas aje.. sepatutunya klu jem teruslah kena bagi diskaun atau free mohd zuber jaafar keep it up setiap perayaan...tq Malaysia NURUL ASYIQIN BT AB GHANI best orang yang balik ke kampung ada diskaun plaza tol Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
| You are subscribed to email updates from Berita Harian: MukaDepan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan