Selasa, 2 Ogos 2011

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Warga emas maut diseret treler di Jalan Alor Setar-Kangar

Posted: 02 Aug 2011 02:05 AM PDT

ALOR SETAR: Seorang warga emas dari Kampung Padang Keria, Sanglang, maut dalam satu kemalangan di Jalan Alor Setar-Kangar, Alor Janggus, yang membabitkan motosikal dan sebuah treler, dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Mohd Jan berkata, insiden berlaku pada 12.20 tengah hari ketika mangsa, Yahaya Hamid, 66, menaiki motosikal dengan
abang iparnya, Omar Mahmod, 69, yang cedera parah di kaki kanan.


Beliau berkata, motosikal yang ditunggang Yahaya dari arah Alor Setar menghala ke Kangar bergesel dengan treler dari arah bertentangan, menyebabkan Yahaya tercampak ke bawah treler berkenaan.

"Ketika kejadian, lori treler yang dipandu lelaki berusia 24 tahun sedang memotong kenderaan dari arah sama sebelum bergesel dengan motosikal mangsa menyebabkan mangsa tercampak dan tersepit pada tayar treler berkenaan.

"Mangsa mati di tempat kejadian ekoran cedera parah dari bahagian pinggang hingga ke kaki akibat diseret sejauh 10 meter sebelum pemandu memberhentikan kenderaannya, manakala pembonceng tercampak ke tepi jalan," katanya.

Adzaman berkata, pemandu dan kelindan treler berkenaan yang merupakan anak-beranak kini ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Jabatan Pengangkutan Jalan 1987.

Mayat Yahaya dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga manakala Omar ditempatkan di Unit Rawatan Rapi di hospital berkenaan.-Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

179 peniaga didenda jual rokok bawah harga minimum dan tidak sah

Posted: 02 Aug 2011 01:51 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seramai 111 peniaga dikenakan kompaun kerana menjual rokok di bawah harga minimum RM7 sebungkus manakala 68 peniaga lagi didapati bersalah menjual rokok tidak sah, iaitu tanpa cetakan amaran kesihatan bergambar dalam operasi Kementerian Kesihatan di seluruh negara minggu lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Hassan Abdul Rahman berkata, pihak penguatkuasa merampas 4,190 paket rokok tidak sah dengan nilai pasaran RM14,665
dalam operasi "Ops Basuh III" yang memeriksa sebanyak 2,214 premis.


Beliau berkata, kompaun antara RM500 dan RM5,000 dikenakan bagi kesalahan menjual rokok di bawah harga minimum manakala bagi kesalahan menjual rokok tidak
sah, peniaga yang didapati bersalah boleh didenda tidak lebih RM10,000 atau

penjara tidak lebih dua tahun.

Kementerian Kesihatan telah menghantar peringatan kepada pengilang rokok mengenai tanggungjawab memantau harga jualan produk rokok mereka dan memastikan
peniaga yang menjadi agen mematuhi peruntukan undang-undang, katanya dalam
kenyataan hari ini.

Sejak awal tahun, katanya, kementerian merampas sejumlah 10,549 paket rokok tidak sah dengan nilai pasaran sebanyak RM36,890. -Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan