Selasa, 2 Ogos 2011

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


Eksklusif: Hanya 54 jam

Posted: 01 Aug 2011 05:09 PM PDT

KUALA LUMPUR: Waktu kerja yang panjang dan bebanan tugas menyebabkan ramai doktor pelatih yang mengikuti housemanship di hospital kerajaan mengalami stres serta tekanan perasaan sehingga boleh menjejaskan mutu perkhidmatan kepada pesakit dan masa depan karier mereka.

Tekanan yang dihadapi juga menyebabkan ada yang berhasrat menceburi bidang kerja lain kerana tidak mampu menyerap bebanan bekerja sehingga 90 jam seminggu.

Berikutan itu, Kementerian Kesihatan mengambil keputusan mengurangkan waktu kerja doktor pelatih daripada 90 jam kepada 54 jam seminggu, bermula 1 September depan. Ia selaras dengan kajian pada 2009 yang mendapati 67.8 peratus doktor pelatih mengalami stres, dan 53 peratus berniat meninggalkan bidang itu kerana tidak tahan beban kerja dengan 30 hingga 40 peratus menyifatkan waktu dan beban kerja tinggi menyebabkan tiada ruang untuk bersosial dan rekreasi.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Liza

Kalu nak tambah, tambah keja kat Cikgu, dah la balik awal, petang buat duit dgn kelas tambahan..ajar pun tak ikhlas..bukan smue la..

Ab Hamid Bakar

Setuju dikurangkan. Mereka juga manusia adahati dan perasaan.

DR AZWAN

Kalau dah kerja shift, jangan berangan nak claim oncall pulak. Ntah macam mana budak2 houseman ni nak pass over case..serabut nanti. Saya fikir MOH tidak buat kajian cukup mendalam. Lebih baik hanya PM off sahaja. Houseman memang critical period of training. Nanti dah dihantar ke district, nak insert chest tube pun tak reti. baru nak menggelabah. tu sebab kena train betol2.

shaddy shydy

Sebenarnya Sistem baru ini lebih mendatangkan Manfaat.Ramai yang mempersoalkan Masa latihan yg kurang mampu menjejaskan Kualiti seorang dr.Tapi sebenarnya kualiti tidak terletak pada jumlah masa tetapi pada Kualiti kerja yg dihasilkan...Kalau kerja 100 jam pun belum tentu mutu kerja seorang pegawai perubatan akan bertambah baik..Malahan ramai yang kerja acuh tak acuh kerana kepenatan.Keinginan untuk menambah pengetahuan merosot.Jadi Mulai sekarang,tiada lagi keluhan kepenatan,,malah semua HO harus lebih bekerja keras untuk manfaatkan masa kerja yg dipendekkan..Pepatah melayu ada mengatakan " Hendak Seribu Daya tak hendak seribu Dalih" ..jadi tiada persoalan isu kualiti doktor akan menurun..

pesakit

masalah orang saki tidak kira JAM, harap faham...bahagian pengurusan lah kena fikir-fikirkan macam mana nak kurangkan tekanan..sebab bila doktor tension lepas kat pesakit cakap kasar....

mnhDR

ejatsabah:doctor kalau dah MO kurang-kurang UD44, kalau 41 pun dah namanya pegawai..so kena lah memantau kakitangan sokongan buat kerja dgn baek..!bukan buat kerja sokongan...cuba g mana2 kemanterian, fresh graduate yg pass PTD pun wat keje boss... :)

billy haszahar

padan la dengan gaji yg mereka dapat...

fatimah

harap ini boleh membantu kurangkan stress utk HO. tapi paling penting mesti ada plan untuk memastikan HO ini mampu menjadi MO yang berkualiti selepas tempoh latihan... kerana sekarang semakin kena kurang waktu buat klinikal lagi kurang pengalaman HO ini dapat dan tidak mustahil bila jadi MO nanti skill mereka tidak mencapai tahap yang boleh diyakini.

azm

Kerja lebih masa dikurangkan bermakna gaji pun akan dikurangkan

bakal2 MO akan semakin tidak kompeten dan lembik dan manja

akudiadansaya

eh pelatih doktor jak dibuat kajian? jururawatnya?

nur

@edan nurse tiap2 hari boleh balik rumah...
doctor keja non stop 36 hours..
nurse dah datang balik esok hari
doctor yg sama masih bertugas
so mcm mana?

are

edan..jgn la cemburu..kita kerja nurse kerja shift..tak la penat/stress mana pun..cuba fikir masa depan, kalau anak kita jd HO/MO, mesti kita tak sanggup tengok diaorg kerja macam ni..PPP,Nurses & Doktor seharusnya saling menyokong dan bekerja sama kerana ALLAH..jgn ada dengki mendengki..

Rahimah

memang betul tu,bukan MO je yg stress..malah jururawat yg bertmbah stress skrg ni. Sebab lau dah masa HO dah malas n berkira buat kerja bila dah jadi MO bertambah lagilah perangai tu. Skrg ni, susah dapat MO yg betul 2 tahu kerja dorang.

Aizat Azam

alhamdulillah. ye betul housemanship je 90 jam. tp fikirkanlah kita ini manusia, bukannya robot yg boleh bekerja 24jam. Sedangkan dalam undang-undang buruh pun had limit kerja 8 jam sehari. bayangkanlah manusia kena kerja 18 jam. saya bukan tak bersyukur, tapi fikirkan sendiri.

fatimah sapari

saya yg dah 20yhn keje swasta ni pun stress memanjang.. tak ada OT, tak ada elaun... Ok jer.. kalu mula2 dah nak manja2, dikhuatiri bila jadi MO tak boleh berhadapan dgn masalah dan tekanan... pada saya semua kerja ada masalah masing2... lainlah kalau jadi penghuni Hospital Bahagia... senyum sepanjang thun!

guest

cuba kite belaja dari negara2 maju; macam mane mereka hargai doktor2. nak good servis dari doktor,tp doktor xdpt good servis.camne tu? yg dikurangkn tu, utk HO. rasa dulu jd HO (zaman sekarang),masyarakat makin ramai tp doktor skit je. mane tak stress.

tanpa nama

kalo kerja as HO pon tak tahan...takyah jadi doktor laaa....
susah bilik politician campur tangan
maybe anak2 politician takyah jadi doktor laa..tak pernah rasa susah pahit kehidupan

Amad

makin lama dr ni makin manja..dah lah gaji lebih, masa kurang houman yg duk hospital tu pun duk goyang kaki je bukan buat kerja pun..yg bekerja hanya sebahagian yg rajin..yg pemalas tu tu banyk buat keja komen sana sini, masuk survey, anak2 VIP..pendek kata dr msia skrg dah jadi mcm India...berlambak,dan tak tau buat kerja

wazip

gaji mahai ma... keje kene stres la..

ejat_sabah

90 jam tu time housemanship je....dah jadi MO duduk keje kat hospital daerah...keje hanya beberapa jam je..yang lain penolong pegawai perubatan yang sibuk buat kerja diaorang...kalau time training pun tak tahan....nanti dah jadi MO lagi tak tahan la...pesakit dan orang bawahan yang jadi mangsa..MO manja....

iyan

Betul kalau dah 90 jam seminggu, dah hampir 18 jam sehari. Kakitangan lain baru 9 jam sehari. Jangan bandingkan ngan nurse, mereka dapat ot, lagipun kerja ada giliran. Macamanapun mana-mana kerjapun ada tekanan.....

JOHARI MD SALIM

Alhamdulillah...terima kasih atas keprihatinan kerajaan. terima kasih juga kepada semua kakitangan perubatan.

faziDR

edan: sepatutnya dulu lagi belajar rajin2 amik MBBS.

azrulDR: setuju ngan you! harap MOH dah fikir abis-abis and take into account semua aspek. wallahu'alam..

aced

setuju jugak la waktu dikurangkan. mana nak kejarkan oncall, post call lagi. lagi pun. tempoh housemen da jadi 2 tahun sekarang, so skill masih boleh develop lagi la berbanding dengan tempoh dulu yang setahun je...

azrulDR

cadangan yang bagus tetapi di bimbangkan nanti kualiti doktor yang dihasilkan tidak seperti doktor-doktor yang terdahulu yang mana kuat dari segi mental dan fizikal

ajen insuran

Kerja mana yang takde tekanan ?

aura

Semoga MO lebih bersemangat.....

edan

ahi doktor jek ke yg stress hbs yg jururawat yg kerja di hospital dgn beban kerja yg byk dan blk lewat tidak stress ke.tambah plak dgn kerenah pesakit,doktor dan ahli keluarga pesakit serta hal2 yg menganggu kerja jururawat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan