Rabu, 3 Ogos 2011

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Guru terbunuh selepas balik mengajar

Posted: 03 Aug 2011 03:23 AM PDT

BESUT: Seorang guru dari Sekolah Kebangsaan Langkap, Setiu terbunuh setelah kereta yang dipandunya berlanggar dengan sebuah lori tangki minyak di Kilometer 54 Jalan Kuala Terengganu-Jerteh dekat Kampung Sungai Tong, petang ini.

Mangsa Ahmad Yusrizal Yusof, 30, mati di tempat kejadian setelah cedera parah di bahagian muka dan badan akibat perlanggaran tersebut yang berlaku kira-kira jam 1.35 petang.

Ketua Polis Daerah Setiu, DSP Rohaizat Mohd Ani berkata, ketika kejadian, mangsa sedang memandu kereta jenis Perodua Viva dalam perjalanan untuk mengambil
isterinya, Azlina Mohd Razali yang mengajar di SMK Sungai Tong setelah habis
mengajar.


Katanya, kejadian berlaku apabila mangsa dikatakan terbabas di satu selekoh tajam sebelum berlanggar secara berhadapan dengan lori tangki minyak kelapa sawit yang dalam perjalanan ke Kota Baharu.


Menurut beliau, maklumat pemandu lori tangki itu belum diperoleh tetapi difahamkan hanya mengalami cedera ringan.

"Ahmad Yusrizal sering berulang ke sekolahnya dari rumahnya di Kuala Terengganu itu meninggal dunia di tempat kejadian," kata beliau ketika dihubungi Bernama.

Kemalangan tersebut menyebabkan kesesakan lalulintas termasuk kumpulan Konvoi Kembara Merdeka yang dalam perjalanan ke daerah Besut untuk menyertai satu program berbuka puasa di Masjid As Solihin dekat Padang Luas, Jerteh. -Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Orang ramai mahu sambutan kemerdekaan lebih bermakna tahun ini

Posted: 03 Aug 2011 01:48 AM PDT

KUALA LUMPUR: Percikan bunga api dan persembahan hiburan oleh artis dilihat semakin menjadi kebiasaan pada setiap kali sambutan Hari Kemerdekaan.

Namun, aktiviti yang turut diamalkan di seluruh dunia setiap kali sambutan seumpama itu berlangsung, menimbulkan tanda tanya sama ada ia mampu menzahirkan objektif sebenar sambutan Hari Kemerdekaan, terutama dalam mengenang kembali jasa tokoh-tokoh yang berjuang untuk memerdekakan tanah air.

Menjelang 31 Ogos ini, orang ramai yang ditemui sekitar ibu negara hari ini melahirkan hasrat mahu menyaksikan satu sambutan Hari Kemerdekaan yang sedikit berbeza dan lebih bermakna berbanding tahun-tahun sebelum ini.

Bagi Mohd Ikmal Adanan, 30, sambutan kemerdekaan tahun ini yang jatuh pada hujung Ramadan perlu diraikan dengan aktiviti keagamaan dan keinsafan yang tidak menenggelamkan makna kemerdekaan.


"Jangan diadakan aktiviti yang mana golongan muda berkumpul dan menjerit-jerit "merdeka, merdeka", tetapi mereka tidak menghayati makna dan erti merdeka," katanya. -Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan