Selasa, 2 Ogos 2011

Berita Harian: Wilayah

Berita Harian: Wilayah


Pengunjung makin kurang

Posted: 01 Aug 2011 04:19 PM PDT

Wilayah

HANNAH akui peniaga  Pasar Siti Khadijah  hadapi saingan dari premis lain di Kota Bharu.

HANNAH akui peniaga Pasar Siti Khadijah hadapi saingan dari premis lain di Kota Bharu.

Peniaga Pasar Siti Khadijah rugi 50 peratus berbanding dua tahun lalu

KOTA BHARU: Pasar Siti Khadijah di sini yang sebelum ini menjadi kebanggaan rakyat Kelantan dan menjadi tempat tumpuan pelancong untuk membeli-belah, kini semakin sepi dan kurang sambutan.

Keadaan itu menyebabkan kira-kira 800 peniaga tingkat satu menempatkan pelbagai barangan kraf, makanan ringan, seperti keropok dan serunding, manakala tingkat dua kain sarung, tudung, batik pasang dan telekung itu tidak lagi laris menjadi rebutan seperti pisang goreng panas pada suatu ketika dulu. Tinjauan Berita Harian ke pasar di pusat bandar itu mendapati pelancong domestik dan asing juga semakin jarang kelihatan dan kebanyakan peniaga mengalami kemerosotan jualan sehingga kira-kira 50 peratus.

Selain tiada kunjungan pelanggan, keadaan dua tingkat juga agak panas dan tambah memburukkan keadaan apabila kebanyakan peniaga meletakkan barangan jualan di laluan pejalan kaki dan menggantung kain di depan pintu gerai masing-masing, menyebabkan sistem pengudaraan tersekat.

Pengerusi Pasar Siti Khadijah Berhad (CoCity), Mohammad Ibrahim, mengakui antara punca pengunjung kurang melawat pasar itu disebabkan keadaan dalam pasar yang terlalu panas selain kurang pengaliran udara segar.

"Ini disebabkan sikap peniaga suka mengubahsuai sendiri gerai seperti menambah aksesori untuk mempamer barangan jualan, sekali gus udara sukar mengalir ke luar," katanya selepas menyertai gotong- royong bersama Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) diketuai Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, di sini.
Zamri Ismail, 29, berkata, beliau kerugian kira-kira 50 peratus daripada hasil jualan harian berbanding dua tahun lalu mampu memperoleh antara RM3,000 hingga RM5,000 sehari.

"Sepatutnya MPKB memperbanyakkan promosi pasar ini dan memberi perhatian terhadap aspek kebersihan dengan membaik pulih persekitaran pasar yang kini semakin kotor kerana sikap peniaga membuang sampah di merata tempat," katanya yang berniaga di situ sejak 10 tahun lalu.

Peniaga kain batik, Hannah Yusof, 33, berkata kurang sambutan di pasar ini berlaku kepada semua jenis perniagaan termasuk kain batik Kelantan.

"Kami tidak selesa kerana panas, akibat laluan yang sempit manakala aliran udara tersekat dan ada persaingan sengit daripada peniaga pasar raya," katanya.

Sementara itu, Takiyuddin berkata, kerajaan akan meneliti punca kurangnya pengunjung ke pasar itu dan mengadakan perbincangan dengan Ahli Jawatankuasa CoCity pasar berkenaan.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

FELDA Jengka 7 kerap dilanda banjir kilat

Posted: 01 Aug 2011 04:17 PM PDT

Wilayah

LONGKANG di FELDA Jengka 7  sempit dan tidak mampu menampung pengaliran air ketika hujan lebat sehingga banjir kilat kerap berlaku.

LONGKANG di FELDA Jengka 7 sempit dan tidak mampu menampung pengaliran air ketika hujan lebat sehingga banjir kilat kerap berlaku.

BANDAR TUN ABDUL RAZAK: Peneroka FELDA Jengka 7 dekat sini dirundung resah kerana kerap dilanda banjir lumpur setiap kali musim tengkujuh akibat ketiadaan sistem saliran sempurna di kawasan kediaman mereka.

Tinjauan mendapati penempatan terbabit tidak mempunyai sistem perparitan menyebabkan air hujan akan mengalir ke kawasan rendah dan menyebabkan banjir lumpur.

Segelintir peneroka mengambil inisiatif membuat perparitan sendiri tetapi tidak dapat menampung aliran air yang banyak terutama pada musim hujan lebat atau musim tengkujuh. Akibat ketiadaan sistem perparitan, perumahan peneroka di Blok E dan Blok B membabitkan lebih 30 keluarga sering mengalami banjir lumpur setiap kali hujan lebat.

Keadaan ini menimbulkan kebimbangan 398 peneroka tanah rancangan FELDA berkenaan yang sudah mendiami rancangan itu sejak 1983 dan mereka mengharapkan sistem perparitan dibina segera.

Bagi peneroka, Hazami Abdul Malik, 37, kejadian banjir lumpur sering berlaku di kawasan bloknya sehingga menimbulkan kegusaran peneroka terutama pada musim hujan.

Katanya, setiap kali hujan lebat, air dari atas bukit mengalir ke kawasan perumahan sekali gus menyebabkan banjir lumpur.
"Kita berharap FELDA membina sistem perparitan di kawasan perumahan peneroka yang terdedah kepada banjir lumpur.

"Kami simpati dengan jiran yang terpaksa berdepan dengan masalah ini setiap kali musim hujan kerana banyak perabot dan kelengkapan rumah rosak," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan