Berita Harian: Nasional |
| Posted: 20 Aug 2011 04:38 PM PDT Nasional NAJIB menyampaikan sumbangan raya pada majlis mesra Ramadan bersama warga kerja DRB-Hicom Pekan. "Peminat Mercedes dan Volkswagen sudah tentu akan lebih mengenali Pekan selepas ini," katanya sambil berharap DRB-HICOM akan turut menambah kakitangannya kepada 6,000 orang berbanding 2,500 orang ketika ini dalam tempoh empat tahun akan datang. Beliau berucap pada majlis mesra Ramadan bersama lebih 1,000 warga DRB-Hicom dan menerima penyerahan bendera sempena Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang Ramadan Negeri Pahang di Pekan yang diadakan di Taman Sri Maulana di sini. Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan, berkata ia juga akan menjadi platform bagi menjadikan Pekan pangkalan eksport kenderaan itu bermula 2014 dan bandar yang mempunyai hubung kait dengan pengeluaran automotif bagi pasaran antarabangsa.Najib kemudian bersolat tarawih bersama penduduk dan menyampaikan sumbangan kepada golongan miskin serta ibu tunggal di Masjid Padang Polo, Pekan. Terdahulu beliau menghadiri majlis penyampaian dividen kepada peserta Rancangan Tanam Baru Berkelompok (RTBB) dan Tanam Semula Berkelompok (TSK) dan mengumumkan dividen RISDA sejumlah RM179.6 juta bagi 2010 yang akan memberi manfaat kepada 42,206 peserta RTBB dan TSK seluruh negara. Dalam ucapannya, beliau mahu semua pekebun kecil di negara ini mengguna pakai teknik terbaik dalam meningkatkan produktiviti hasil getah dan kelapa sawit supaya dapat menambah pendapatan berlipat ganda sejajar prinsip Model Baru Ekonomi (MBE). "Begitu juga perkara berkaitan membaja perlu diberi perhatian utama... saya minta RISDA lancarkan gerakan di seluruh negara supaya pekebun kecil membaja pokok getah atau sawit mengikut jadual dan dapat meningkatkan hasil serta pendapatan masing-masing," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
| Posted: 20 Aug 2011 04:37 PM PDT Nasional PUTRAJAYA: Kastam Diraja Malaysia (KDRM) merampas dua jenis dadah iaitu methamphetamine atau syabu dan ketamin bernilai lebih RM550,000 yang cuba diseludup ke negara ini melalui KLIA dan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Sepang, kelmarin.Rampasan itu dibuat hasil pemantauan dan penilaian risiko terhadap penumpang yang tiba di kedua-dua lapangan terbang terbabit, terutama suspek yang menunjukkan aksi mencurigakan. Pengarah Kastam Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Datuk M Govinden, berkata kejadian pertama membabitkan penumpang lelaki warga Afrika berusia 33 tahun yang menaiki pesawat QR 622 milik Qatar Airways dari Doha ke Kuala Lumpur. "Imbasan terhadap beg bimbit berwarna hitam yang dibawa penumpang itu menunjukkan imej mencurigakan. Ini kerana kedua-dua bahagian dinding beg itu kelihatan agak tebal."Selepas dipotong pada bahagian atas, dua bungkusan ditemui dan ujian terhadap bahan terbabit mendapati ia positif syabu," katanya di sini, semalam.
Beliau berkata, dalam kes kedua, lelaki tempatan berusia 42 tahun yang menaiki pesawat AK 81 dari Shenzhen ke Kuala Lumpur, ditahan di LCCT.
Govinden berkata, berat kasar dadah terbabit kira-kira 6.64 kilogram dan dianggarkan bernilai RM120,000. "Lelaki itu ditahan reman serta berhadapan dengan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya. Sehubungan itu, KDRM meminta kerjasama orang ramai untuk menyampaikan maklumat mengenai kegiatan penyeludupan termasuk dadah melalui talian bebas tol 1-800-88-8855 atau talian terus 03-87874909. Malah, ganjaran akan diberi kepada individu yang menyalurkan maklumat hingga berjaya membawa kepada penangkapan pelakunya dan rampasan dadah. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
| You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan