Jumaat, 19 Ogos 2011

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


Meritokrasi pilih syarikat layak

Posted: 19 Aug 2011 07:27 PM PDT

Nasional

NAJIB berucap pada perasmian Konvensyen Memperkasa Model Baru Ekonomi: Satu Jihad Ekonomi Bumiputera di Dewan Tuanku Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, semalam.

NAJIB berucap pada perasmian Konvensyen Memperkasa Model Baru Ekonomi: Satu Jihad Ekonomi Bumiputera di Dewan Tuanku Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, semalam.

PM jamin tiada amalan kronisme program bantu usahawan Bumiputera

SHAH ALAM: Datuk Seri Najib Razak berkata, 1,100 syarikat Bumiputera berprestasi tinggi yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai syarikat besar dan berkelas dunia, sedang dikenal pasti dan senarainya akan diumumkan dalam masa dua tiga bulan lagi.

Perdana Menteri berkata, pemilihan dibuat mengikut amalan meritokrasi kerana negara memerlukan yang terbaik dan usahawan dipilih mesti terbukti kewibawaannya sebagai pengusaha tulen.

Insya-Allah program ini satu pendekatan baru berdasarkan meritokrasi di kalangan Bumiputera. Tak ada lagi soal kroni... tidak ada lagi soal siapa kita tahu bukan kawan rakan kita, tapi orang yang benar-benar boleh berjaya, orang itulah kita bantu. - Najib Razak, Perdana Menteri

"Program membantu usahawan Bumiputera di bawah Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) itu juga akan mengetepikan amalan kroni yang hanya menyebabkan ketirisan dan merugikan Bumiputera itu sendiri," katanya di hadapan kira-kira 5,000 hadirin ketika merasmikan Konvensyen Memperkasa Model Baru Ekonomi: Satu Jihad Ekonomi Bumiputera di Dewan Tuanku Canselor (DATC) Universiti Teknologi MARA (UiTM) di sini, semalam.

Hadir sama pada konvensyen dua hari anjuran Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM) dan UiTM itu ialah Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan; Pengerusi GABEM, Tan Sri Rahim Tamby Chik dan Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Sahol Hamid Abu Bakar.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, perubahan pendekatan dalam membantu usahawan Bumiputera berdasarkan meritokrasi dilihat lebih baik berikutan kaedah seperti pemberian saham terbitan awam menerusi kuota Bumiputera, tidak bertahan lama kerana saham itu dijual kembali ke pasaran.

Justeru, katanya, kerajaan akan membantu syarikat berkenaan supaya menjadi lebih besar.
"Jika perolehannya RM100,000 tahun ini, dalam tempoh tiga tahun akan datang, ia akan meningkat kepada RM1 juta, dan kalau sekarang ini hanya beroperasi di dalam negara, syarikat itu nanti akan berkembang ke peringkat antarabangsa.

"Insya-Allah program ini satu pendekatan baru berdasarkan meritokrasi di kalangan Bumiputera. Tak ada lagi soal kroni... tidak ada lagi soal siapa kita tahu bukan kawan rakan kita, tapi orang yang benar-benar boleh berjaya, orang itulah kita bantu," katanya.

Najib berkata, kerajaan akan mengadunkan sistem meritokrasi dan keadilan sosial bagi memastikan kekayaan negara diagihkan seadil-adilnya dan ia dapat dilihat dalam pemberian biasiswa.

Konvensyen itu bertujuan membincangkan isu, masalah, kedudukan dan peluang ekonomi orang Melayu dan Bumiputera dalam pelaksanaan Model Baru Ekonomi (MBE) dan Program Transformasi Ekonomi Kerajaan (ETP).

Antara lain, konvensyen berkenaan mencadangkan Program Transformasi Ekonomi Bumiputera (BTP) dengan pengenalan dan pelaksanaan beberapa inisiatif dan program bagi mengurangkan jurang pendapatan di antara Bumiputera dengan bukan Bumiputera.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

SPR temui BERSIH bincang 3 isu pembaharuan

Posted: 19 Aug 2011 07:26 PM PDT

Nasional

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersetuju menemui BERSIH 2.0 bagi membincangkan tiga isu baru berkaitan pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara tetapi menegaskan tidak akan sekali-kali tunduk kepada mana-mana pihak yang cuba mengugut atau mencabarnya bagi melakukan reformasi pilihan raya.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof, mengesahkan pihaknya sudah menerima surat daripada BERSIH mengenai pertemuan itu dan ia akan diadakan apabila suruhanjaya bersedia, namun persetujuan itu tidak bermakna SPR menerima pakai segala cadangan.

"BERSIH mahu membincangkan tiga perkara baru berkaitan reformasi pilihan raya tetapi saya tidak dapat mendedahkannya kerana tidak adil kepada mereka. Kita sudah terima surat daripada BERSIH dan akan tetapkan tarikh sesuai. "Malah SPR sedia berjumpa sesiapa saja yang mahu memberi cadangan atau pandangan untuk menambah baik amalan demokrasi dan sistem pilihan raya tetapi mesti bersikap telus lagi terbuka selain memahami kuasa serta kekangan suruhanjaya.

"Bukan senang menguruskan 12.4 juta pengundi dan saya akui kesilapan memang boleh berlaku tetapi janganlah terus menghentam SPR saja, sebaliknya kerjasama dengan kita untuk bersihkan daftar pemilih," katanya pada sidang media selepas pertemuan dengan Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (PROHAM), di sini semalam.

Hadir sama pada mesyuarat lebih dua jam itu Timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar dan delegasi empat anggota daripada PROGAM, diketuai Tan Sri Ramon Navaratnam. Tiga lagi anggotanya, bekas Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), Prof Datuk Hamdan Adnan; Datuk N Siva Subramaniam dan Datuk Dr Denison Jayasooria.

Abdul Aziz berkata, hasil perbincangan dengan PROHAM akan dibawa kepada panel SPR bagi mempertimbangkan sama ada apa yang disyorkan itu boleh dijadikan sebahagian daripada undang-undang atau diterima pakai sebagai dasar baru.
Antara isu dibincangkan, katanya, adalah kebebasan SPR, pemantauan pilihan raya menggunakan sistem biometrik, penggunaan dakwat kekal, kemungkinan memperkenalkan pendaftaran pengundi secara automatik, pembabitan badan bebas memantau operasi SPR, tempoh kempen lebih munasabah dan kekangan terhadap SPR dari segi kewangan serta kakitangan.

PROHAM adalah badan bukan kerajaan (NGO) pertama menemui SPR selepas perhimpunan haram anjuran BERSIH pada 9 Julai lalu, turut menyerahkan memorandum bertajuk 'Hak Asasi Manusia dan Reformasi Pilihan Raya' meliputi hasil perbincangan sebuah forum umum dianjurkannya bulan lalu.

Mengenai teguran dan kritikan pelbagai pihak terhadap SPR untuk membersihkan daftar pemilih selepas kesilapan mengenainya dilaporkan media, Abdul Aziz, berkata orang ramai perlu mengetahui hakikat sebenar sebelum terburu-buru mengemukakan pendapat.

"Pembersihan daftar pemilih dilakukan setiap hari berdasarkan maklumat harian rasmi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melalui sistem sambungan di talian (ALIS) antara kedua badan ini. Memang ada kesilapan dalam daftar pemilih tapi jumlahnya kecil, hanya 0.0001 peratus daripada 12.4 juta pengundi berdaftar," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan