Berita Harian: Mutakhir |
Posted: 24 Aug 2011 03:30 AM PDT Mutakhir PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak memuji usaha terbaru pendaki Everest dan penjelajah negara, Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin atau lebih dikenali Qobin dengan misi baru, "Eksplorasi Gunung-gunung Para Nabi" yang akan dimulakan Oktober nanti.Perdana Menteri berkata, tekad Qobin untuk mendaki beberapa puncak gunung yang pernah dilakukan oleh nabi, pasti memberi inspirasi kepada masyarakat umum dan umat Islam khususnya. Katanya, Qobin boleh menjadi teladan kepada golongan belia di negara ini kerana pendakian baru itu lebih mengutamakan ketabahan minda dan rohani berbanding kekuatan fizikal. "Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Muqharabbin. Dia telah buktikan kejayaannya sampai ke puncak tujuh benua, hanya satu lagi yang belum lagi. InsyaAllah tak lama lagi dia akan capai apa yang dihajatinya."Saya menyifatkan pendakian ini dapat membuka minda dan ilmu pengetahuan kepada kita semua. Sebab, tempat-tempat ini pernah jadi tempat perlindungan bagi nabi-nabi daripada musuh-musuh atau menjadi lokasi peristiwa pertabalan kenabian," katanya ketika melancarkan "Eksplorasi Gunung-gunung Para Nabi" di pejabatnya hari ini. Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Qobin, 29, pula berkata pendakian membabitkan tujuh negara iaitu Sri Lanka, Arab Saudi, Mesir, Jordan, Syria, Turki dan Russia itu dijangka berakhir pada Mac tahun depan.
Dua orang pendaki muda berumur antara 17 dan 18 tahun akan dipilih untuk menyertai eksplorasi itu bersama 12 kru penggambaran. - BERNAMA |
PERKASA, GAPS, Ezam buat laporan polis terhadap MB Selangor Posted: 24 Aug 2011 03:23 AM PDT Mutakhir SHAH ALAM: Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) Selangor dan Pusat, Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) dan Senator Ezam Mohd Noor hari ini membuat laporan polis terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.Laporan dibuat ke atas Abdul Khalid kerana didakwa memfitnah dan menipu Sultan Selangor dalam isu penubuhan Majlis Penasihat Syura untuk menyelesaikan isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Gereja Methodist Damansara Utama pada 3 Ogos lalu. Pengerusi GAPS, Hamidzun Khairuddin, semasa ditemui di Balai Polis Seksyen 6 di sini di mana mereka membuat laporan berkata tindakan Abdul Khalid adalah suatu kesalahan besar mengikut Akta Hasutan 1948 dan badan itu mahu Menteri Besar Selangor itu disiasat mengikut akta itu. "GAPS mempunyai pandangan bahawa institusi Raja di Selangor harus dipertahankan sebagai institusi yang unggul untuk menyatukan dan membawa perpaduan rakyat dan bukan bahan untuk ditertawakan diperkotak-katikkan dan dipermainkan," katanya.Ezam pula berkata, beliau merasa bertanggungjawab untuk mempertahankan Perlembagaan Negara dan Institusi Asas Negara dan beliau bersama teman-teman seperjuangan mempercayai ada agenda halus di sebalik tindakan Abdul Khalid yang didalangi oleh pihak tertentu untuk merosakkan institusi Istana dan Raja Berperlembagaan. "Bukan sahaja institusi Raja diserang, malah JAIS yang menjaga hal ehwal kebajikan orang Islam juga turut diserang," katanya. Semalam, Setiausaha Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, mengeluarkan kenyataan bahawa kenyataan Abdul Khalid bahawa penubuhan Majlis Penasihat Syura itu dicadangkan oleh Baginda, adalah tidak benar sama sekali. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan