Berita Harian: Mutakhir |
Malaysia kutuk serangan tentera Israel ke atas Gaza Posted: 23 Aug 2011 03:10 AM PDT Mutakhir KUALA LUMPUR: Malaysia hari ini menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) khususnya Majlis Keselamatan PBB agar mengambil tindakan tegas dan mengadakan mesyuarat tergempar bagi menghentikan serangan tentera Israel ke atas Gaza.Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, berkata Malaysia menggesa kedua-dua belah pihak agar membendung sebarang tindakan agresif dan provokasi yang boleh memburukkan lagi keadaan. "Malaysia mengutuk keras tindakan Israel yang berterusan melakukan serangan ketenteraan dan serangan udara ke atas Gaza yang sehingga kini mengakibatkan 15 maut," katanya dalam kenyataan, di sini. Malaysia juga mendesak Israel menghentikan segera serangan tenteranya terhadap penduduk Palestin, khususnya di Gaza."Malaysia juga mengecam pembunuhan lima pegawai keselamatan Mesir di Rafah, sempadan Mesir dan Israel ketika serangan tentera rejim itu," katanya. - BERNAMA
Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komen |
Penganggur menyamar pegawai Istana Negara ditahan polis Posted: 23 Aug 2011 03:07 AM PDT Mutakhir KUALA LUMPUR: Seorang penganggur yang menyamar sebagai penjawat awam Istana Negara dengan menggelarkan dirinya sebagai "Tengku Razali" ditahan polis.Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abd Bari Wan Abdul Khalid, berkata lelaki berumur 28 tahun itu dipercayai aktif dalam kegiatan menyamar sebagai penjawat awam dan menipu di sekitar Lembah Klang. Katanya lelaki terbabit ditangkap pada 18 Ogos lepas di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini kira-kira 2 petang. Beliau berkata suspek telah menyamar sebagai seorang peguam Istana Negara semasa memperdayakan mengsa.Mangsa, seorang wanita berumur 44 tahun adalah penjual kuih di Taman Wahyu di sini dan diperdayakan untuk diberikan tender membuat kuih di Istana Negara. "Apabila mendapat kepercayaan mangsa, mangsa berkenaan telah dibawa ke depan pintu masuk Istana Negara dan suspek telah mengarahkan mangsa untuk menanggalkan barang-barang kemas di dalam kereta atas alasan tidak boleh di bawa masuk sebarang barang kemas ke dalam istana. "Setelah mendapatkan barang kemas mangsa, suspek memberi alasan mahu letakkan kereta di tempat parkir tetapi terus meninggalkan mangsa di luar istana," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Brickfields hari ini.
Beliau berkata suspek melakukan kegiatan itu sejak tahun 2006 dan turut mempunyai tujuh rekod lampau. Menurut Wan Abd Bari, suspek berasal daripada Batu Pahat, Johor dan menyewa kereta ketika beroperasi untuk menyamar dan menipu. Beliau berkata ekoran tangkapan lelaki berkenaan, polis turut menahan tiga lagi lelaki yang masing-masing merupakan peniaga barangan terpakai, peniaga telefon bimbit terpakai dan peniaga gadai emas, kerana dipercayai membeli barang dari lelaki terbabit. "Reman terhadap semua empat lelaki itu dilanjutkan sehingga minggu depan untuk disiasat mengikut Seksyen 379, 392 dan 420 Kanun Keseksaan," katanya. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan