Ahad, 21 Ogos 2011

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Kedai Rakyat 1Malaysia untungkan rakyat

Posted: 21 Aug 2011 03:13 AM PDT

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, konsep Kedai Rakyat 1Malaysia menguntungkan rakyat kerana harga barangan keperluan asas yang dijual jauh lebih rendah dari kedai biasa malah ada yang dijual bawah dari harga siling.

Sebagai contoh, harga susu tepung dijual pada harga RM9.99 berbanding RM15.50 di kedai biasa yang membolehkan rakyat berpendapatan rendah dapat berjimat sebanyak RM5.51 atau 33.5 peratus.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Kedai Rakyat 1Malaysia di Pusat Komuniti Bandar Tun Razak, Cheras sebentar tadi. Kedai itu adalah yang kedua diwujudkan selepas Kelana Jaya dengan menjual 250 jenis barang yang dijenamakan semula.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Lelaki ditahan berhubung kes simbah asid, direman lima hari

Posted: 21 Aug 2011 03:01 AM PDT

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang ditahan petang semalam di ibu negara berhubung kes simbah asid terhadap seorang pemuda di Wisma Bumi Raya, Jalan Raja Laut, 8 Ogos lalu, direman lima hari bermula hari ini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, berkata lelaki berusia 28 tahun itu adalah kenalan kepada mangsa.

"Lelaki yang ditahan itu mengenali mangsa dan polis yakin dengan penahanannya dapat membantu pihak polis menyelesaikan kes simbah asid yang berlaku di Jalan Raja Laut itu," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini. Dalam kejadian itu, mangsa Mohd Rafie Abdul Latif, 27, disimbah asid oleh seorang lelaki ketika berada dalam kereta berhampiran tandas awam berdekatan Wisma Bumi Raya di sini.

Lelaki itu dikatakan membuka pintu kereta mangsa dan menyimbah mangsa dengan asid yang menyebabkan kulit muka mangsa melecur, sebelum melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta bersama dua lagi lelaki.

Sumber berkata, lelaki yang ditahan itu merupakan seorang dari rakan mangsa yang bersamanya pada hari kejadian dan dibawa oleh pihak polis ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) iaitu tempat mangsa dirawat dalam keadaan tangan bergari, semalam.

"Lelaki (yang ditahan) itu ada bertengkar dengan mangsa beberapa hari sebelum kejadian, namun tidak dapat disahkan sama ada dia terbabit," katanya. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan