Berita Harian: Mutakhir |
| Sultan Ahmad Shah diberi Anugerah Berlian AFC 2011 Posted: 03 Aug 2011 01:19 AM PDT Mutakhir KUALA LUMPUR: Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang juga Presiden Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) dan bekas Presiden Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) muncul penerima Anugerah Berlian AFC 2011.Perwakilan AFC yang diketuai Pemangku Presidennya, Zhang Jilong menghadap Sultan Ahah Shah di Istana Pahang di sini semalam untuk menyampaikan perkabaran tersebut kepada baginda yang menjadi Persiden AFC dari 1994 hingga 2002. Menurut laman web AFC, anugerah akan disampaikan kepada baginda yang juga Presiden Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) pada majlis Anugerah Tahunan AFC di sebuah hotel terkemuka di sini pada 23 Nov ini. Anugerah itu diberikan kepada individu yang memberi sumbangan ke arah pembangunan dan promosi sukan bola sepak di benua Asia.Zhang memuji sumbangan baginda kepada pembangunan bola sepak Asia dengan berkata: "AFC dan keluarga bola sepak Asia tidak akan melupakan sumbangan baginda Sultan. Ahli Jawatankuasa Eksekutif AFC sebulat suara membuat keputusan untuk menghargai baginda." Sementara Sultan Ahmad Shah pula bertitah: "Saya mahu melihat kerjasama erat antara AFC dan AFF di masa depan."
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
| Hosni Mubarak hadapi tuduhan membunuh Posted: 03 Aug 2011 12:46 AM PDT Mutakhir KAHERAH: Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak dibicarakan di mahkamah hari ini atas tuduhan membunuh sekali gus menjadi saat bersejarah buat negara Arab apabila pemimpin jarang dihadapkan ke mahkamah.Mubarak tiba di Akademi Polis di Kaherah, berdepan tuduhan membunuh dan penyelewengan selepas dibawa dari lapangan terbang tentera Almaza di sini. Sedutan televisyen menunjukkan ambulans tiba di mahkamah yang dikawal ketat serta kehadiran askar bersenjata. Kehadiran Mubarak itu adalah yang pertama sejak digulingkan pada 11 Februari lalu. - AFPFull Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
| You are subscribed to email updates from Berita Harian: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan