Selasa, 2 Ogos 2011

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Muhyiddin terima kunjungan enam duta baru

Posted: 02 Aug 2011 02:14 AM PDT

Mutakhir

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini menerima kunjungan hormat enam lagi duta besar yang baru dilantik di pejabatnya, di sini.

Mereka ialah Timbalan Ketua Setiausaha III Kementerian Luar, Datuk Zainuddin Yahya, yang dilantik Duta Besar Malaysia ke Belgium dan Ketua Pengarah Sekretariat Kebangsaan ASEAN-Malaysia, Ahmad Shahizan Abdul Samad yang bakal bertugas sebagai Duta Besar Malaysia ke Bahrain.

Turut melakukan kunjungan ialah Duta Besar Malaysia ke Peru yang baru Ayauf Bachi yang sebelum ini bertugas sebagai Timbalan Ketua Protokol di Jabatan Protokol dan Konsular. Selain itu, Timbalan Pesuruhjaya Tinggi/Ketua Canseri Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura, Dr Ahmad Faisal Muhamad yang baru dilantik Duta Besar Malaysia ke Myanmar.

Setiausaha Bahagian Direktorat Kerjasama Ekonomi Pelbagai Hala, Kementerian Luar, Datuk Azmi Mohd Zabidi pula bakal menjadi Duta Besar Malaysia ke Vietnam manakala Setiausaha Bahagian (Politik Pelbagai Hala) Jabatan Hal Ehwal Pelbagai Hala di kementerian sama iaitu S Ganesaon sebagai Duta Besar Malaysia ke China.

Sebelum itu, tujuh duta besar dan pesuruhjaya tinggi yang baru dilantik turut mengunjungi Muhyiddin pada 21 Julai lalu. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Warga Malaysia disyaki mencuri wang dari mesin ATM Bali

Posted: 02 Aug 2011 01:54 AM PDT

Mutakhir

JAKARTA: Seorang warga Malaysia dilaporkan ditangkap polis di bandar pelancongan Kuta, Pulau Bali kerana disyaki mencuri wang dari mesin automatik teller (ATM) dengan menggunakan kad ATM yang diklon.

Pemuda berusia 23 tahun itu ditangkap oleh polis tempatan ketika berada di sebuah ATM Bank Mandiri, di depan Puri Naga, Jalan Arjuna, Kuta, pada Rabu lalu (27 Julai).

Ketua Polis Daerah Kuta, Gede Ganefo, ketika dipetik portal berita detik.com, berkata lelaki itu dikatakan melakukan perbuatan terbabit bersama dua rakannya yang masih diburu polis, "Suspek kita tangkap setelah kita melakukan intipan di tempat kejadian," kata Ganefo.

Perbuatannya terbongkar apabila beberapa pemandu kenderaan yang berpangkalan di sekitar ATM itu mencurigai gelagatnya yang berulangkali keluar masuk ke tempat pengeluaran wang itu, telah melaporkan perkara itu kepada polis.

Ganefo berkata, suspek menggunakan beberapa alat seperti kamera pengintip, kad memori dan komputer riba untuk merakam data pendeposit bank yang melakukan transaksi di situ.

Selepas memperolehi data yang diperlukan, suspek mengeluarkan wang dari ATM itu dengan menggunakan kad ATM yang diklon.
Ketika di soalsiasat, suspek memberitahu polis bahawa dia juga bercadang melakukan transaksi di ATM lain.

Teman wanitanya yang turut ditahan, dibebaskan selepas didapati tidak terbabit dalam jenayah itu. - BERNAMA

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan