Isnin, 2 Mei 2011

Harian Metro: Setempat

Harian Metro: Setempat


3 tip Adi Putra pintar Matematik

Posted: 01 May 2011 12:20 PM PDT

KUALA LUMPUR: "Untuk menjadi seorang yang mahir dan pintar dalam Matematik Islam, tiga tip perlu diamalkan iaitu jangan pegang mesin kira setiap kali hendak mengira, kurangkan mengguna SMS dan kurangkan bermain alat permainan video," kata Adi Putra Abdul Ghani, 12, kanak-kanak cilik Matematik Islam.

Dia yang memberikan tip berkenaan pada majlis pelancaran buku sulungnya, Seni Matematik Islam di sini, semalam, berkata petua berkenaan perlu diamalkan kerana banyak sebab dapat dilihat berlaku daripada menggunakan perkara di atas.


"Menggunakan mesin kira sama seperti seseorang itu memalaskan otak untuk berfikir dan mengharapkan jawapan yang dikira terus tertera.

"Dengan mengurangkan penggunaan SMS pula, ia mengekalkan penggunaan bahasa Melayu yang dilihat semakin terjejas ekoran sikap masyarakat kini yang gemar menggunakan bahasa singkatan setiap kali menaip mesej di telefon bimbit.


"Penggunaan alat permainan atau 'video game' juga boleh melalaikan jika dibiarkan menjadi hobi sehingga ada yang terleka tanpa perlu melakukan apa-apa termasuk bersolat," katanya. Hadir sama pada majlis berkenaan, pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) merangkap Mentor Adi Putra, Profesor Madya Dr Pakharuddin Mohd Samin, pelakon veteran, Senator Tan Sri Jins Shamsuddin dan penyampai radio, Halim Othman.


Adi Putra yang turut mendapat gelaran Profesor Cilik Matematik Islam dari Universiti Riau, Indonesia, berkata walaupun permainan video alat interaktif yang mampu menjana minda, tetapi untuk jangka masa panjang ia membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan.

Buku setebal 200 muka surat yang diilhamkan Adi Putra dalam menghasilkan Matematik Islam sejak dia berusia enam tahun itu dikumpulkan hasil daripada 12 formulanya mendalami pelajaran Matematik.


Dijual pada harga RM40.20 senaskhah, buku yang sudah dua minggu berada di pasaran itu terjual lebih 3,000 naskhah sejak ia dipasarkan.

Masa sebulan diambil untuk menyiapkan buku berkenaan dan Adi Putra menyasarkan menerbitkan buku itu dalam lima bahasa iaitu Inggeris, Mandarin, Arab, Jerman dan Perancis.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kekasih merajuk mati terjun kondo

Posted: 01 May 2011 12:10 PM PDT

KUALA LUMPUR: Gara-gara merajuk dengan teman lelaki berusia lewat 30-an, seorang wanita maut selepas terjun dari tingkat lima sebuah kondominium di Sentul, di sini, kelmarin.

Difahamkan, mangsa berusia 28 tahun itu merajuk dengan teman lelakinya kerana lewat pulang ke rumah hingga terlepas sambutan ulang tahun percintaan mereka yang dirancang sejak beberapa bulan lalu.


Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, mangsa yang parah di kepala dan badan dikejarkan ke Hospital Selayang (HS), di sini, untuk rawatan kecemasan sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira jam 9 pagi semalam di hospital sama.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi, berkata ketika kejadian, teman lelaki mangsa berada kurang 30 meter dari balkoni tempat mangsa terjun.


"Teman lelaki mangsa mendakwa berada di kaki lima depan pintu utama rumah mereka, malah lelaki itu mendakwa cuba menghalang mangsa daripada terjun. Namun, disebabkan kejadian berlaku terlalu pantas, dia gagal menghalang mangsa daripada berbuat demikian," katanya.


Menurutnya, mangsa dilaporkan terjatuh atas bumbung sebuah Perodua Kancil milik penghuni lain di tempat letak kereta kondominium berkenaan.

"Tersentak dengan perbuatan itu, lelaki terbabit bergegas turun sebelum mendapati teman wanitanya itu masih bernyawa. Dia segera menghubungi hospital dan polis memaklumkan kejadian berkenaan.


"Ambulans tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian sebelum mangsa dikejarkan ke HS.

"Mangsa yang parah di kepala dan badan, bagaimanapun disahkan meninggal dunia kira-kira jam 9 pagi semalam," katanya.


Katanya, setakat ini, kes terbabit diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Utara

Utusan Online - Utara


Peluang jadi pengedar Murtabak Raja

Posted:

Peluang jadi pengedar Murtabak Raja

Peluang jadi pengedar Murtabak Raja

Oleh AZELI ALI
azeli.ali@utusan.com.my



BUKIT MERTAJAM 1 Mei - Biarpun baru empat bulan menjadi stokis Murtabak Raja keluaran Muslim Best Food Industries Sdn. Bhd., syarikat Wan Enterprise mampu mengedarkan hampir 3,000 pek hidangan yang pernah menjadi sajian istana itu.

Menurut Pengurus Wan Enterprise, Wan Nur Hazeera Wan Rohaizai, kejayaan itu dicapai bersandarkan minat untuk mencari pendapatan tambahan biarpun tanpa pengalaman dalam bidang perniagaan.

Katanya, berdasarkan maklum balas pembeli, ternyata Murtabak Raja memiliki keistimewaan tersendiri dengan pelbagai pilihan iaitu perasa daging tempatan berperisa lada hitam, sardin bersos salsa nanas dan kari ayam rempah ratus tradisional.

"Pada masa ini, saya membuat promosi di Pasar Tani Mega Tasek Gelugor dan sambutan yang diterima daripada pelanggan amat menggalakkan malah rata-rata memuji keenakan murtabak ini.

"Biarpun harganya sedikit mahal iaitu RM16, namun dengan berat mencecah satu kilogram, ia cukup untuk dimakan oleh empat orang dewasa dan boleh disimpan di dalam tempat beku peti sejuk selama setahun," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia, di sini baru-baru ini.

Tambah Wan Nur Hazeera, jika disimpan di ruang biasa di dalam peti sejuk pun, ia mampu bertahan selama tiga bulan dan itulah keistimewaan Murtabak Raja.

Jelasnya, melalui kerjasama Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI), produk berkenaan mampu dihasilkan dengan saiz lebih besar, tebal dan padat, berintikan 100 peratus daging lembu dan ayam tempatan serta sardin berkualiti bersalut telur gred tinggi dan bawang segar.

"Selain murtabak, kami turut mengedarkan beberapa produk lain antaranya karipap, popia cendawan berkeju dan samosa coklat pisang yang juga keluaran syarikat Muslim Best.

Menurut Wan Nur Hazeera, pihaknya berhasrat untuk memperluaskan edaran makanan sejuk beku ini.

Mereka yang berminat boleh menghubungi talian 013-4618876 atau di laman facebook dengan menaip murtabak raja (stokis Pulau Pinang).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

10,000 mangsa banjir tercicir nama terima bantuan RM5 juta

Posted:

10,000 mangsa banjir tercicir nama terima bantuan RM5 juta

10,000 mangsa banjir tercicir nama terima bantuan RM5 juta

ALOR SETAR 1 Mei - Seramai 10,000 mangsa banjir yang nama mereka tercicir daripada senarai penerima bantuan wang ihsan akan menerima wang berkenaan mulai 15 Mei ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, agihan wang ihsan yang membabitkan peruntukan RM5 juta daripada kerajaan Pusat itu akan dilakukan secara berperingkat dalam tempoh seminggu.

"Dalam agihan fasa ketiga ini, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kedah sudah menyiapkan senarai nama mangsa banjir yang tercicir sebelum ini dan notis akan diedarkan dalam masa terdekat.

"Saya berharap penerima ini kelak akan mematuhi arahan dalam notis itu dan pergi ke tempat yang diarahkan untuk menerima wang ihsan ini bagi melancarkan proses agihan," katanya selepas merasmikan Program Mesra Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Batin Mergong, di sini hari ini.

Program anjuran bersama MKN Kedah dan Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) UMNO Bakar Bata itu disertai lebih 300 penduduk pelbagai lapisan umur dari kampung berdekatan melalui pelbagai aktiviti seperti sukaneka, pertandingan mengubah dan mewarna.

Menyentuh tentang kelewatan agihan tersebut, kata Ahmad Bashah, MKN Kedah perlu memperinci dan menyenarai pendek nama mereka yang mendaftar bagi mengelakkan pertindihan.

"Seperti yang diumumkan bahawa satu keluarga hanya layak menerima agihan RM500, namun MKN Kedah berjaya mengesan beberapa kes melibatkan penipuan apabila satu keluarga mendaftar lebih satu nama.

"Perkara ini bagaimanapun sudah dilaporkan kepada SPRM untuk tindakan. Atas alasan itu untuk fasa ketiga ini, kita perlu lebih berhati-hati demi bersikap adil kepada mangsa yang benar-benar layak," katanya.

Menurutnya, proses kali ini turut membabitkan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) untuk mengenal pasti mangsa yang mendaftar itu benar-benar layak.

"Kita berharap lepas ini, jika ada lagi mereka yang berhasrat untuk melakukan penipuan seperti ini, hentikanlah atau mereka dikenakan tindakan.

"Kerajaan Pusat mengeluarkan wang jutaan ringgit untuk mangsa dan ini juga adalah wang rakyat, jadi jangan ambil kesempatan," katanya.

Beliau berkata, setakat ini, dalam fasa pertama sebanyak 14,928 keluarga sudah menerima wang masing-masing dan fasa kedua pula sebanyak 24,652 mangsa.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lihat keupayaan, bukan kekurangan OKU

Posted:

Lihat keupayaan, bukan kekurangan OKU

Lihat keupayaan, bukan kekurangan OKU


Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bersama Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil menerima buku Antologi Cerpen Puisi, Aina Anakku daripada Roslan Bidin sambil diperhatikan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu (dua dari kiri) di Kampung Beseri Dalam, Beseri, Padang Besar, semalam.


PADANG BESAR 1 Mei - Masyarakat seharusnya memberi tumpuan khusus terhadap keupayaan orang kurang upaya (OKU) dalam sesuatu bidang daripada terlalu fokus kepada aspek kekurangan yang dihadapi oleh golongan berkenaan.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, warga OKU pada masa kini berjaya membuktikan keupayaan masing-masing malah ada yang melanjutkan pelajaran ke peringkat Doktor Falsafah (PhD).

"Semangat ditunjukkan mereka (OKU) begitu memberangsangkan malah mereka membuktikan bahawa kelainan upaya tidak merencatkan kemahuan untuk berjaya," titah baginda ketika melancarkan Antologi Cerpen Puisi, Aina Anakku hasil karya Roslan Bidin yang merupakan OKU penglihatan di Kampung Beseri Dalam, Beseri, dekat sini hari ini.

Berangkat sama, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Antologi 62 muka surat itu berjaya dihasilkan Roslan selepas mengambil masa selama empat tahun.

Sehubungan itu, titah baginda, masyarakat perlu membantu memberi galakan kepada golongan berkenaan supaya mereka mendapat motivasi dalam memajukan diri.

"Tolong jangan sesekali bersikap tidak mengendahkan sebarang pandangan mereka kerana mungkin idea diketengahkan itu lebih baik atau belum pernah disuarakan," titah baginda.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


1Melayu jejas gagasan 1Malaysia: Rafidah Aziz

Posted: 02 May 2011 01:43 AM PDT

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Gerakan idea "1Melayu, 1Bumi" boleh jejas gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kata Tan Sri Rafidah Aziz.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berharap orang Melayu tidak terikut-ikut dengan idea tersebut kerana ia boleh menggugat perpaduan yang semakin kukuh di negara ini.

Beliau berkata, 1Malaysia adalah satu gagasan yang cukup jelas dan tidak menjejaskan kepentingan mana-mana kaum di negara ini. "Ia bukan sekadar satu slogan, tapi realiti yang perlu dicapai bagi memastikan perpaduan dan kestabilan dalam negara dapat diwujudkan," katanya selepas merasmikan persidangan perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Cheras hari ini.

Rafidah diminta mengulas saranan bahawa UMNO perlu melancarkan gelombang perpaduan bangsa "1Melayu, 1Bumi".

Bekas Ketua Pergerakan Wanita UMNO itu berkata, 1Malaysia yang membawa gelaran "Melayu Malaysia", "Cina Malaysia" dan "India Malaysia" perlu diteruskan.

Turut hadir pada persidangan itu ialah Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Al Habshee dan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Cheras, Datuk Faridah Abu Hassan.
Dalam pada itu, Rafidah berkata, Wanita UMNO perlu mempersiapkan jentera parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 dengan bertemu pengundi secara bersemuka di kawasan masing-masing agar maklumat mengenai pelan strategi kerajaan dapat disampaikan dengan tepat.

"Kita perlu kekalkan kerajaan sekarang supaya pembangunan ekonomi dan sosial negara dapat diteruskan, jumpa pengundi paling minimum tiga kali sebelum PRU supaya pengundi lebih jelas dan tidak mudah mendengar fitnah pembangkang," katanya.

Beliau berkata, walaupun strategi bertemu pengundi secara bersemuka agak ketinggalan, namun sejak dilaksanakan, ia membawa kejayaan kepada parti, oleh itu, strategi tersebut perlu diteruskan. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Osama disemadikan di laut

Posted: 02 May 2011 01:38 AM PDT

Mutakhir

WASHINGTON: Pegawai Amerika Syarikat (AS), berkata mayat Osama bin Laden sudah disemadikan di laut selepas pemimpin Al-Qaeda itu terbunuh dalam serangan yang diketuai AS di Pakistan, awal pagi tadi.

Selepas serangan itu, pegawai berkenaan berkata, mayatnya akan diuruskan mengikut amalan dan tradisi Islam.

Katanya, amalan itu memerlukan mayat umat Islam ditanam dalam tempoh 24 jam dan usaha mencari negara yang sanggup menerima mayat Osama adalah sukar. Berikutan itu, beliau berkata, AS membuat keputusan menyemadikannya di laut.

Bagaimanapun, pegawai yang tidak mahu mendedahkan namanya, berkata lokasi Osama disemadikan tidak didedahkan. - AP


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Wilayah

Berita Harian: Wilayah


Lubuk Yu sepi

Posted: 01 May 2011 02:47 PM PDT

Wilayah

Vandalisme, tandas, bilik persalinan kotor jejas kawasan rekreasi

BANDAR JENGKA: Lengang dan terbiar. Gambaran terkini kawasan rekreasi Lubuk Yu, sejak dibuka semula November lalu selepas ditutup lima bulan bermula Julai, akibat jangkitan bakteria melioidosis dan leptospirosis sehingga mengakibatkan lapan kematian.

Jika sebelum ini, kawasan itu menjadi tumpuan utama lokasi perkelahan penduduk tempatan termasuk dari daerah lain tetapi ia semakin kurang dikunjungi walaupun kerajaan negeri sudah mengesahkan bahawa tempat itu selamat dan tiada pencemaran air.

Kawasan berhampiran FELDA Ulu Jempol, pernah dikunjungi lebih 1,000 orang sebulan kerana keindahan alam. Bagaimanapun, sejak berlaku kejadian berkenaan, keindahan alam semula jadinya gagal menarik minat pengunjung yang mengambil sikap berhati-hati dan bimbang kehadiran bakteria itu walaupun Jabatan Kesihatan daerah sudah mengesahkan kawasan itu selamat.

Tinjauan Edisi Wilayah mendapati, pengunjung yang datang ke situ kurang 20 orang pada hujung minggu dan cuti umum, manakala pembangunan prasarana yang disediakan pula semakin terbiar.

Tinjauan juga mendapati terdapat beberapa kemudahan tempat duduk sudah rosak akibat perbuatan vandalisme dan mendatangkan beban kepada pihak berkuasa tempatan untuk membaik pulih pada masa akan datang.

Pengunjung, Ismail Md Resat, 62, ketika ditemui berkata, beliau sedih dan terkilan dengan keadaan terkini kawasan rekreasi yang suatu ketika dulu menjadi tumpuan penduduk tempatan untuk beriadah bersama ahli keluarga masing-masing. "Jalan masuk ke kawasan pusat rekreasi ini juga rosak dan sempit dengan keadaan persekitaran yang tidak diselenggara dengan baik.

"Rugi jika kawasan rekreasi ini dibiarkan saja tanpa dilakukan usaha untuk mengembalikan semula oleh pihak berkaitan," katanya.

Beliau menyarankan supaya pihak berkuasa tempatan mengambil pelbagai langkah drastik untuk menarik minat orang ramai datang ke situ.

"Ini termasuk membaiki keadaan jalannya yang berlopak dan berlubang memandangkan kawasan berkenaan pernah menjadi tumpuan penduduk tempatan dan dari negeri lain.

"Saya yakin jika jalan berkenaan diperbaiki maka lebih ramai pengunjung datang ke pusat rekreasi berkenaan," katanya dan memaklumkan bahawa dua gerai menjual makanan turut ditutup di situ menyebabkan mereka terpaksa membawa makanan sendiri.

Pengunjung, Ramlah Joned, berkata kawasan rekreasi boleh popular semula sekiranya kemudahan prasarana dibaiki.

Katanya, kemudahan seperti tandas dan bilik persalinan tidak diselenggara dengan baik menyebabkan pengunjung bimbang untuk menggunakan kemudahan itu.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Limpahan banjir lumpur

Posted: 01 May 2011 02:46 PM PDT

Wilayah

Longkang tersumbat didakwa akibat kerja ambil tanah

RAWANG: Penduduk Kampung Sungai Choh Stesen dekat sini merayu pihak berkuasa tempatan (PBT) membantu mereka menyelesaikan masalah banjir kilat yang didakwa akibat saluran longkang tersumbat sejak tiga bulan lalu.

Keadaan itu juga menyebabkan penduduk terutama di kalangan peniaga sukar menjalankan perniagaan harian kerana kawasan sekitar premis mereka dipenuhi air lumpur yang mengalir akibat kerja pengambilan tanah di kawasan bukit berhampiran.

Lebih buruk lagi, masalah itu berlaku di tanah milik persendirian yang tidak menyediakan sistem perparitan yang menyebabkan peniaga menanggung kerugian apabila pelbagai peralatan di kedai mereka rosak. Peniaga, Faridah Abu Bakar, 54, berkata, berlaku kerja pengambilan tanah yang dilakukan kontraktor binaan di kawasan bukit iaitu kira-kira 100 meter dari premis mereka.

"Sudah lebih tiga bulan kerja itu dilakukan dan kontraktor bertanggungjawab tidak menyediakan sistem perparitan yang betul bagi memastikan air lumpur daripada kawasan pengambilan tanah tersebut tidak mengalir keluar apabila hujan," katanya ketika ditemui Sentral di sini semalam.

Faridah berkata, keadaan itu bukan saja menyusahkan peniaga, malah pengguna jalan kerana terpaksa mengharungi air lumpur yang mengalir ke jalan sebelum memasuki kawasan premis mereka yang terletak di bawah.

Beliau berkata, ada juga kenderaan rosak dan tersadai di tepi jalan selepas melalui kawasan berlumpur.
"Perabot dan peralatan perniagaan rosak dan segala kerugian terpaksa ditanggung peniaga.

"Keadaan yang semakin teruk itu memaksa beberapa peniaga kedai makan dan bengkel kereta terpaksa memunggah peralatan, termasuk meja dan kerusi kerana tanah serta lumpur memasuki kedai," katanya.

Beliau berkata, peniaga pernah mengajukan perkara itu kepada pihak berwajib, namun keadaannya tetap sama.

Penduduk, Sazali Malik, 36, berkata, mereka sentiasa bimbang ketika hujan melanda kawasan itu setiap hari dan merayu pihak berwajib menyelesaikan masalah segera.

"Kami tidak sanggup berdepan masalah ini. Bantulah kami segera agar dapat hidup selesa," katanya.

Sementara itu, Pegawai Daerah Hulu Selangor, Nor Hisham Ahmad Dahlan ketika dihubungi Sentral, berkata, pihaknya belum menerima aduan daripada peniaga terbabit.

Justeru, beliau menasihatkan peniaga supaya membuat laporan dan aduan bertulis kepada pihak berkuasa tempatan bagi memudahkan tindakan diambil.

"Kami belum menerima aduan rasmi daripada peniaga terbabit, namun pemantauan dilakukan di kawasan itu sebelum ini dan tindakan awal sudah diambil.

"Pihak Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor (PDTHS) menghentikan seketika kerja pengambilan tanah di kawasan terbabit dan tindakan susulan bakal diambil berdasarkan aduan penduduk," katanya.

Nor Hisham berkata, kerja pengambilan tanah itu membabitkan kawasan milik persendirian dan kontraktor diingatkan supaya melakukan pengambilan tanah mengikut syarat dan menyediakan sistem perairan yang betul.

Beliau berkata, peniaga juga perlu mengemukakan aduan tersebut kepada Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) kerana keadaan berkenaan membabitkan jalan dan premis perniagaan.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


Simpan jari dikerat

Posted: 01 May 2011 01:03 PM PDT

KUALA LUMPUR: Sebahagian telinga kirinya dipotong, begitu juga ibu jari tangan kiri manakala kedua-dua tangan dan kakinya turut ditetak hingga hampir putus.

Itu penderitaan yang dilalui seorang peniaga akibat kekejaman ceti haram atau along menyebabkan dia terlantar di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang selama seminggu sebelum dipindahkan ke wad biasa, kelmarin.

A Muthukrishnan, 42, yang mengusahakan perniagaan daging kambing diserang tiga lelaki bersenjatakan parang dipercayai konco along di hadapan rumahnya di Bandar Baru Selayang, di sini, pada kira-kira jam 4 pagi, 23 April lalu.

Serangan ke atasnya disebabkan dia dikatakan gagal melunaskan hutang RM50,000 sedangkan dia sudah pun membayar lebih daripada RM60,000 sejak lima tahun lalu.


Dalam kejadian serangan itu, mangsa yang menaiki motosikal untuk memulakan perniagaannya dihalang sebuah kereta tidak diketahui jenisnya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lemas dalam kereta

Posted: 01 May 2011 01:01 PM PDT

TELUK INTAN: "Ketika cuba menyelamatkan mereka, saya melihat pemandu dan kanak-kanak dalam kereta itu kelemasan dan bergelut untuk keluar," kata Mohd Izzaidi Mohd Rosli, 23, saksi kemalangan yang meragut nyawa dua bersaudara, semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 4.20 petang apabila kenderaan pacuan empat roda dipandu V Menan Raj, 21, terbabas sebelum terhumban ke dalam sebuah parit di Lorong Tokong Siam, Kampung Selabak, Jalan Padang Tembak, dekat sini.


Kejadian ketika hujan lebat itu menyebabkan Menan Raj mati di tempat kejadian akibat lemas selepas terperangkap dalam kenderaan itu, manakala anak saudaranya R Thivaran, 7, menghembuskan nafas terakhir ketika dikejarkan ke Hospital Teluk Intan (HTI).

Dua lagi penumpang yang juga adik beradik Thivaran, R Rajeletchumi, 9, dan R Vimal, 2, dilaporkan kritikal dan menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) HTI manakala abang mereka, R Mugilan, 13, dalam keadaan stabil di hospital sama.


Mohd Izzaidi berkata, sebelum kejadian dia terdengar bunyi geseran tayar sebelum dentuman kuat seperti objek tercampak ke dalam air.


"Saya bersama beberapa ahli keluarga bergegas ke tempat kejadian dan seperti tidak percaya melihat sebuah kenderaan tenggelam dalam parit sedalam kira-kira 2.5 meter itu.

"Sebaik menghampiri kenderaan itu, saya melihat terdapat beberapa mangsa terperangkap di dalamnya bergelut untuk keluar," katanya yang ditemui di tempat kejadian.


Mohd Izaidi bersama beberapa ahli keluarga dan penduduk kampung kemudian terjun ke dalam parit dan berjaya menarik Mugilan keluar dan segera memberikan pertolongan cemas kepadanya.

Menurutnya, mereka kemudian berhempas-pulas membuka pintu kenderaan itu sebelum berjaya mengeluarkan semua mangsa.


"Dalam keadaan kelam-kabut sebelum berjaya mengeluarkan semua mangsa, saya sempat melihat seorang daripada mangsa (Menan Raj) sudah tidak bergerak kerana tersepit di tempat duduk, manakala tiga lagi seperti dalam keadaan nyawa-nyawa ikan.


"Saya sedih kerana seorang daripadanya disahkan mati di tempat kejadian, manakala seorang lagi ketika dikejarkan ke hospital. Saya berdoa dua lagi mangsa yang dilaporkan kritikal supaya selamat," katanya.


Sementara itu, bapa kepada keempat-empat penumpang yang juga abang kepada Menan Raj, gagal ditemu bual kerana terlalu sedih atas kejadian malang itu.


Seorang daripada ahli keluarga mangsa yang enggan identitinya disiarkan berkata, semua mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Taman Jaya, dekat sini, selepas menjemput Mugilan yang menghadiri kem di sebuah sekolah rendah berdekatan tempat kejadian.


Sementara itu Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata, siasatan sedang dilakukan untuk mengenal pasti punca kemalangan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


RM7j biayai projek di Bukit Tunggal

Posted:

RM7j biayai projek di Bukit Tunggal

RM7j biayai projek di Bukit Tunggal

Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI
utusanterengganu@utusan.com.my

KUALA TERENGGANU 1 Mei - Beberapa prasarana yang diharapkan oleh penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Tunggal di sini sejak sekian lama bakal menjadi kenyataan dengan lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Program Turun Padang semalam.

Pemimpin utama negara itu mengumumkan peruntukan awal sebanyak RM7 juta bagi membiayai pembangunan beberapa projek bagi meningkatkan kemudahan dan keselesaan buat mereka.

Ini termasuk pembinaan sebuah pasar baru di DUN itu dan jejantas merentasi jalan empat lorong di Kampung Gong Kijang yang keperluannya agak mendesak.

"Saya dimaklumkan penduduk di DUN ini telah lama menantikan sebuah pasar baru di kawasan itu, jadi dengan peruntukan RM4 juta, ia akan didirikan.

"Untuk pembinaan jejantas pula, sebanyak RM3 juta diberikan dan semua ini adalah kerana kita mendengar dan berusaha memenuhi permintaan," kata Najib ketika berucap pada majlis perasmian Pangsapuri Rakyat Mampu Milik di Pulau Duyong di sini.

Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said; Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein serta Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau turut menyampaikan cek bernilai RM159,000 kepada sebuah badan pertubuhan bukan kerajaan dan RM1.059 juta kepada sebuah badan belia.

Berhubung harapan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd. Nasir Ibrahim Fikri agar Kuala Nerus dijadikan daerah baru yang telah dipersetujui oleh kerajaan negeri dapat dipercepatkan, beliau berkata: "Bagi kerajaan Pusat tiada masalah untuk menubuhkan daerah baru ini asalkan kerajaan negeri bersetuju. Selain itu, kita perlu tengok juga jika kuat 'angin kencang' (sokongan) kepada kita pada pilihan raya akan datang, maka lagi cepat penubuhan daerah Kuala Nerus ini," jelasnya.

Sementara itu, Nasir dalam ucapannya menyatakan rasa bertuah apabila Najib memilih DUN Bukit Tunggal dalam mengisi sebahagian besar waktunya semasa melakukan lawatan kerja kali ini ke negeri ini.

Katanya, kunjungan ke empat lokasi di dalam DUN itu iaitu Batu Enam, Pengkalan Arang, Bukit Tunggal dan Pulau Duyung dalam tempoh sehari amat bermakna buat penduduk di kawasan DUN tersebut.

"Tiga tahun lalu, penduduk DUN Bukit Tunggal pernah menunggu kunjungan Perdana Menteri ke kawasan itu namun tidak kesampaian, bagaimana pun dengan kunjungan beliau ini sudah terbalas 'kempunan' kami," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

25,000 IKS daftar dengan Agri-Bazar

Posted:

25,000 IKS daftar dengan Agri-Bazar

25,000 IKS daftar dengan Agri-Bazar

PASIR PUTEH 1 Mei - Sebanyak 25,000 pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) dari seluruh negara sudah berdaftar dengan portal Agri-Bazar yang diwujudkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi memasarkan produk tempatan ke peringkat antarabangsa.

Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Mohd. Hashim Abdullah berkata, sejak dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 22 April lalu, usahawan IKS tempatan semakin menyedari kepentingan portal tersebut dalam mempromosikan produk mereka.

Katanya, portal berkenaan boleh diakses dengan mudah dan ia memaparkan maklumat lengkap termasuk nama syarikat, kredibiliti usahawan, lokasi perusahaan atau penanaman dan kuantiti pengeluaran yang mampu dihasilkan setiap hari.

"Sebahagian besar kumpulan yang mendaftar dengan Agri-Bazar adalah mereka yang mengusahakan pelbagai jenis makanan ringan termasuk kerepek ubi kayu dari kampung. Terdapat dalam kalangan mereka sudah memiliki sijil halal yang memenuhi piawaian perdagangan antarabangsa," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat bengkel milik usahawan bimbingan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Zainun Salleh, di Kampung Panggong, dekat sini, semalam.

Hadir sama, Pengurus Besar KADA, Ibrahim Mat.

Mohd. Hashim berkata, pihak kementerian sentiasa berusaha pengusaha IKS tempatan memasarkan hasil produk mereka sama ada bagi pasaran domestik dan antarabangsa.

Beliau berkata, hubungan diplomatik dengan banyak negara membolehkan produk tempatan dipasarkan dan mendapat permintaan, walaupun terpaksa menghadapi kekangan tertentu.

"Terbaru, China turut membuka peluang perdagangan durian yang akan membolehkan pekebun mengusahakan tanaman durian berkualiti untuk dipasarkan di negara berkenaan dalam kuantiti yang banyak," katanya.

Mohd. Hashim menambah, kementerian turut menubuhkan rangkaian perniagaan dan rakan kongsi di luar negara bagi memudahkan kemasukan produk-produk IKS tempatan negara terbabit.

"Setiap IKS dikehendaki mempunyai pangkalan data masing-masing bagi melicinkan proses pesanan dan penghantaran permintaan menerusi talian terus.

"Namun, apa yang dibimbangkan, usahawan IKS tempatan tidak mampu memenuhi permintaan berskala besar oleh pelanggan di luar negara," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

T-Shoppe dilantik sebagai perunding

Posted:

T-Shoppe dilantik sebagai perunding

T-Shoppe dilantik sebagai perunding

KUALA TERENGGANU 1 Mei - Rangkaian kedai serbaneka 24 jam, T-Shoppe telah dilantik sebagai perunding Program Transformasi Kedai Runcit (Tukar) di negeri ini oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Mohamed Awang Tera berkata, T-Shoppe diberi peranan untuk memodenkan operasi kedai runcit tradisional dalam persekitaran perniagaan peruncitan yang kompetitif.

Menurutnya, peniaga kedai runcit ini akan dibantu dari segi reka bentuk kedai yang menarik, amalan pengurusan yang cekap dan selamat serta aplikasi sepenuhnya sistem maklumat dalam operasi perniagaan.

"Sebagai mentor, T-Shoppe diamanahkan untuk membimbing pengusaha yang disasarkan supaya operasi kedai runcit mereka menjadi lebih berdaya maju dengan identiti tersendiri.

"Kita menyasarkan untuk membentuk 30 kedai runcit dengan imej lebih baik pada tahun ini," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-11 Dewan Perniagaan Islam Malaysia cawangan Terengganu (DPIMT), di sini kelmarin.

Turut hadir, Pengerusi DPIMT, Datuk Dr. Abdul Latiff Awang dan wakil Dewan Perniagaan Islam Malaysia, Datuk Seri Mohd. Yusof Latif.

Program Tukar diperkenalkan oleh KPDNKK membabitkan peruntukan RM30 juta selepas mendengar luahan hati serta masalah yang dihadapi peniaga kedai runcit yang sukar bersaing dengan pasar raya.

Sebanyak 600 kedai runcit tradisional di negara ini bakal dimodenkan menerusi kerjasama kerajaan dengan pasar raya atau outlet terpilih seperti Tesco, Carrefour, Mydin, AEON, Giant dan Econsave secara percuma.

Sementara itu, kata Mohamed, walaupun perniagaan T-Shoppe mencatatkan jualan memuaskan, sasaran untuk menjual 30 peratus produk industri kecil dan sederhana (IKS) tempatan masih jauh ketinggalan.

Katanya, T-Shoppe yang kini mempunyai 21 cawangan di seluruh negara hanya mampu menjual sehingga dua peratus produk keluaran IKS tempatan.

"Hasil kajian kita, faktor pelabelan dan pembungkusan serta minda masyarakat yang merasakan produk luar lebih baik turut menjadi masalah kenapa produk ini tidak begitu mendapat sambutan, " katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


Jalan terbaik bagi Anwar

Posted:

Jalan terbaik bagi Anwar

Jalan terbaik bagi Anwar

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 1 Mei - Sumpah secara terbuka di hadapan umum merupakan jalan terbaik bagi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membersihkan dirinya daripada tuduhan sebagai pelaku di dalam rakaman video seks membabitkan seorang pelacur dipercayai dari negara China.

Tindakan itu wajar dilakukan kerana Ketua Pembangkang itu kini berada pada kedudukan pihak yang kena tuduh dan seharusnya Anwar berbuat sesuatu berdasarkan hukum syarak untuk membebaskannya daripada tuduhan tersebut.

Bagaimanapun Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin berkata, terpulang kepada Anwar untuk melakukan sumpah berkenaan atau sebaliknya kerana ia bukan satu bentuk paksaan.

''Anwar dalam isu ini sepatutnya bersumpah. Namun begitu terpulanglah kepada Anwar sama ada beliau mahu melakukannya atau tidak.

''Tambahan pula ini bukannya perintah mahkamah dan sesiapapun tidak berhak untuk memaksa Anwar bersumpah. Seperti yang saya katakan tadi perkara ini kita serahkan sepenuhnya kepada Anwar,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya langkah yang perlu dilakukan oleh Anwar bagi membersihkan dirinya setelah dituduh oleh trio 'Datuk T' sebagai pelaku di dalam rakaman video seks dikatakan mirip wajah Ketua Pembangkang itu.

Tuduhan itu diperkuatkan lagi dengan sumpah laknat oleh salah seorang anggota trio tersebut iaitu bekas rakan karib Anwar, Datuk Shazryl Eskay Abdullah di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul, di sini Jumaat lalu bagi membuktikan pembabitan Anwar sebagai pelaku di dalam rakaman video seks berkenaan.

Mengulas isu sama, Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya berkata, Anwar wajar segera bersumpah dan ia perlu dilakukan secara terbuka di hadapan umum.

''Ini adalah cara terbaik untuk bersihkan diri daripada tuduhan tersebut. Paling baik dilakukan di mahkamah syariah dengan disaksikan hakim,'' ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan beliau berkata, pihak yang menuduh Anwar sebagai pelaku di dalam video seks itu perlu mengemukakan bukti di mahkamah syariah supaya satu bentuk pendakwaan boleh dilakukan.

''Rasulullah SAW perintahkan setiap pertikaian hendaklah diselesaikan. Oleh itu (dalam isu ini) bagi pihak yang mendakwa dikehendaki membawa bukti manakala pihak yang menafikan perlu bersumpah.

''Dalam perkara ini juga tidak ada sumpah laknat di pihak Shazryl Eskay. Shazryl Eskay silap mendapat nasihat.

''Dia sepatutnya perlu segera menyerahkan bukti kepada mahkamah syariah supaya pihak mahkamah boleh melakukan kajian dan membuat pendakwaan dengan segera.

''Pihak pendakwa wajib proaktif agar imej Islam terjaga. Isu ini perlu segera diselesaikan kerana ia telah mendatang kegelisahan di kalangan umat Islam,'' jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sumpah Anwar boleh hilangkan sangkaan buruk

Posted:

Sumpah Anwar boleh hilangkan sangkaan buruk

Sumpah Anwar boleh hilangkan sangkaan buruk

KUALA LUMPUR 1 Mei – Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar bersumpah kerana langkah itu boleh menghilangkan sangkaan buruk serta perbalahan di kalangan rakyat selepas salah seorang anggota trio 'Datuk T', Datuk Shazryl Eskay Abdullah melakukan sumpah laknat, kelmarin.

Bekas Mufti Perlis, Prof. Madya Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak perlu risau untuk melakukan sumpah itu sekiranya Ketua Pembangkang tersebut tidak bersalah.

''Ya bukan satu paksaan atau satu kewajipan tetapi cara ini boleh menghilangkan sangkaan. Sumpah seperti ini boleh menghilangkan perbalahan.

''Sebagai contoh jika isteri minta suami bersumpah bahawa dia tidak curang, adakah itu berdosa. Adakah Allah akan menghukum jika suaminya itu tidak melakukannya dan sememangnya dia tidak melakukannya?'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya langkah yang perlu dilakukan oleh Anwar bagi membersihkan dirinya setelah dituduh oleh trio 'Datuk T' sebagai pelaku di dalam rakaman video seks melibatkan seorang pelacur dipercayai dari negara China.

Tuduhan itu diperkuatkan lagi dengan sumpah laknat bekas rakan karib Anwar, Shazryl Eskay di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul, di sini Jumaat lalu bagi membuktikan pembabitan Anwar sebagai pelaku di dalam rakaman video seks berkenaan.

Mengulas lanjut, Mohd. Asri berkata, sumpah yang perlu dilakukan oleh Anwar bagi menafikan penglibatannya di dalam video seks tersebut tidak semestinya di masjid mahupun di mahkamah.

''Untuk pengetahuan umum cukup jika beliau menyebut di dalam ceramah atau ucapannya 'Wallahi, Wa Billahi, Wa Tallahi, bahawa video ini satu pembohongan dan fitnah semata,'' katanya.

Dalam pada itu, beliau tidak bersetuju Shazryl Eskay melakukan sumpah seperti itu kerana ia hanya bertujuan mendedahkan keaiban orang lain.

''Saya juga ingin tegaskan cara politik kita memang menjijikkan dan kotor. Isu mengaibkan peribadi cuba dijadikan isu rakyat dan negara. Sangat hina. Usah layan puak- puak ini,'' tambahnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hishammuddin tetap saman Anwar

Posted:

Hishammuddin tetap saman Anwar

Hishammuddin tetap saman Anwar


DARI kiri, Ketua Pemuda UMNO Sembrong, Ariffin Nan @ Adnan; Hishammuddin Tun Hussein; Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Razali Ibrahim dan Ketua Pemuda UMNO Johor, Fadhil Maskon menyanyikan lagu UMNO pada majlis penutup Persidangan Pemuda UMNO Bahagian Sembrong di SM Seri Kota Paloh di Paloh, Kluang, semalam.


KLUANG 1 Mei — Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau akan meneruskan hasrat memfailkan saman terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengaitkannya dengan video seks yang pelakunya mirip Ketua Pembangkang itu.

Beliau berkata, dakwaan Anwar itu perlu dijawab di mahkamah agar masyarakat tahu kedudukan sebenar isu terbabit.

"Kita bawa ke mahkamah kerana kalau tidak, apa yang disebar melalui luar dan Internet orang akan percaya kerana kita tidak jawab," katanya kepada pemberita selepas penutupan mesyuarat perwakilan Puteri UMNO Sembrong, dekat sini hari ini.

Hishammuddin berkata, tindakan ketua umum Parti Keadilan Rakyat (PKR)mengaitkannya dengan video seks tersebut semata-mata untuk mengalihkan perhatian masyarakat.

"Itu strategi... dia (Anwar) tidak boleh jawab soalan wartawan, dia alih pandangan kepada orang lain. Kita tidak berdosa, kenapa hendak takut?," kata Naib Presiden UMNO itu.

Mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa Pas perlu keluar daripada pakatan pembangkang, Hishammuddin berkata, perkara itu adalah realiti kerana pakatan itu hanya menguntungkan DAP.

"Lihat sahaja sewaktu pilihan raya negeri Sarawak di Beting Maro yang mana disebut akan menjadi tempat yang akan dimenangi Pas, mereka bertanding di lima kerusi semata-mata untuk membuktikan mereka berjaya bertapak di Sarawak tetapi akhirnya lihat apa yang berlaku... mereka kalah semua kerusi yang ditandingi.

"Kita hendak ingatkan kepada Pas bahawa apa yang dibuat ini tidak membawa manfaat dan saya harap mereka akan kaji dan buat pertimbangan yang terbaik," katanya.

Mengenai tindakan kerajaan Selangor mahu membelanjakan RM600,000 bagi memasang papan iklan dalam kempen memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Hishammuddin berkata, ia perbuatan terdesak untuk mengalih perhatian orang ramai terhadap masalah yang dialami PKR.

Sambil meminta rakyat Selangor menilai tindakan kerajaan negeri itu membazirkan duit mereka, beliau berkata, perbuatan tersebut bukan cara sebenar untuk berpolitik.

"Kerajaan mempertahankan ISA kerana ia ada kaitan rapat dengan jenayah rentas sempadan dan rakyat sendiri boleh terima, kerana kita telah menerangkan suasana hari ini yang menjadikan negara kita sebagai sasaran dan transit dalam soal jenayah antarabangsa memerlukan kita mempertahankan akta ini," katanya. —BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

The Malaysian Insider :: Bahasa

The Malaysian Insider :: Bahasa


Rumah Osama temboknya 6m, tiada telefon dan Internet

Posted: 01 May 2011 11:30 PM PDT

Anggota polis dan tentera Pakistan memeriksa kenderaan di sekatan jalan di Abbottabad di wilayah Khyber Pakhtunkhwa hari ini susulan operasi AS yang meragut nyawa Osama. — Foto Reuters

ISLAMABAD, 2 Mei — Kawasan rumah besar atau agam di Islamabad, Pakistan iaitu lokasi di mana Osama bin Laden terbunuh mengejutkan pasukan keselamatan Amerika Syarikat (AS).

Laporan BBC menyebut pegawai-pegawai AS terkejut dengan struktur rumah dan begitu kompleks, yang terletak di ibu negara Pakistan.

Rumah yang terletak di Islamabad itu mempunyai tembok setinggi empat hingga enam meter — lapan kali lebih besar berbanding rumah-rumah lain di kawasan Abbottabad.

Nilai rumah itu dianggarkan mencecah "beberapa juta ringgit", tetapi tiada hubungan atau kemudahan telefon dan Internet.

Pegawai-pegawai AS berkata unit risikan mengesan "utusan yang sangat dipercayai" Obama sejak beberapa tahun lalu.

Identitinya hanya dikesan empat tahun lalu manakala kawasan operasi dua tahun lalu dan pada Ogos 2010, rumahnya di Abbottabad dikesan, sekali gus membawa kepada operasi semalam.

MENYUSUL LAGI

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Anak lelaki Osama antara empat turut terbunuh

Posted: 01 May 2011 11:05 PM PDT

WASHINGTON, 2 Mei — Amerika Syarikat (AS) percaya bahawa seorang anak lelaki Osama bin Laden, antara empat yang turut terbunuh dalam operasi di Islamabad yang meragut nyawa pengasas dan ketua rangkaian Al-Qaeda itu.

Kesemua lima orang termasuk Osama maut dalam serangan di ibu negara Pakistan itu.

Tentera Pakistan kemudian mengepung kawasan rumah di mana Osama terbunuh, demikian menurut pegawai-pegawai pentadbiran Obama hari ini.

Laporan Reuters menyebut daripada empat yang turut terbunuh itu, seorang adalah wanita.

Daripada tiga lelaki dewasa, seorang merupakan anak Osama.

"Selain Osama bin Laden, tiga lelaki dewasa turut terbunuh dalam operasi ini," kata seorang pegawai AS yang enggan namanya didedahkan.

Dua lelaki terbabit bertindak sebagai penghantar utusan dan yang ketiga pula merupakan anak lelaki Osama.

"Seorang wanita terbunuh apabila dia digunakan sebagai perisai oleh seorang lelaki penempur.

"Dua lagi wanita turut cedera," kata pegawai itu.

Operasi mengepung Osama ini berlarutan kira-kira 40 minit. - Reuters

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ahad, 1 Mei 2011

Utusan Online - Jenayah

Utusan Online - Jenayah


Suami merempit bawa isteri, anak ditahan

Posted:

Suami merempit bawa isteri, anak ditahan

Suami merempit bawa isteri, anak ditahan

Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI
utusanN9@utusan.com.my


SEBAHAGIAN 'mat rempit' dan motosikal yang ditahan untuk pemeriksaan selepas operasi di Dataran Nilai, Seremban, malam kelmarin.


SEREMBAN 1 Mei - Selain menjadi ketua dalam rumah tangga, seorang suami berperanan membimbing isteri selain mendidik anak supaya menjadi insan yang berguna.

Namun apa yang berlaku di Nilai dekat sini pagi tadi cukup mendukacitakan apabila seorang insan bergelar suami sanggup menjadi 'mat rempit tegar' bersama isterinya dengan membawa anak yang berusia kurang setahun.

Tabiat buruk itu akhirnya memakan diri apabila lelaki berusia 22 tahun itu ditahan bersama 150 rakan 'seperjuangannya' oleh pihak polis dalam Ops Mat Rempit di Dataran Nilai di sini malam tadi.

Operasi yang dilancarkan oleh Bahagian Trafik Bukit Aman itu menyaksikan 203 mat rempit ditahan dengan 105 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan meliputi pengubahsuaian enjin selain tidak mempunyai lesen memandu.

Ketua Operasinya, Asisten Supritendan Khuzir Abd. Majit memberitahu, operasi berkenaan melibatkan lebih 130 orang yang terdiri dari anggota dan pegawai melibatkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban.

Jelasnya, operasi berkenaan dilakukan hasil intipan pihaknya selama dua minggu selepas mendapati kegiatan merempit masih lagi berlaku di kawasan berkenaan melibatkan golongan remaja.

"Kesemua mereka yang ditahan berusia dalam lingkungan 14 hingga 25 tahun rata-ratanya tidak mempunyai lesen memandu selain mengubah suai kenderaan mereka.

"Malah ada juga sebilangan mereka yang didapati menunggang motosikal di bawah pengaruh alkohol dan menghidu gam ketika pihak kami melakukan pemeriksaan," katanya.

Jelas beliau, sepanjang operasi berkenaan, pihak berkuasa juga telah bertindak menyita 76 motosikal kerana didapati tidak menepati piawaian dalam pengubahsuaian kenderaan terbabit.

Justeru kata beliau, pihaknya akan terus bekerjasama dengan semua pihak penguatkuasaan dalam melaksanakan pemantauan secara berterusan bagi membanteras kegiatan haram ini yang dilihat tiada kesudahannya.

"Walaupun sudah berkali-kali amaran telah dikeluarkan namun masih ada lagi yang berdegil dan pada malam ini kita telah mengajar mereka dengan pendidikan berbentuk penguatkuasaan.

"Kita juga menasihatkan kepada keluarga supaya terus memantau kegiatan anak-anak mereka supaya tidak terus terjerumus dalam hal seperti ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Wanita maut selepas ditumbuk

Posted:

Wanita maut selepas ditumbuk

Wanita maut selepas ditumbuk

KUALA TERENGGANU 1 Mei - Entah di mana hilangnya sifat kemanusiaan, seorang wanita berusia 53 tahun bukan sahaja disamun malah ditumbuk mukanya sehingga pengsan sebelum mulut dan matanya ditampal dengan pita pelekat sehingga mengakibatkan mangsa maut akibat sesak nafas.

Kejadian berlaku pukul 4 pagi semalam, ketika mangsa, Ka'yah Said dan anak perempuannya berusia 13 tahun berada di dalam rumah di Bukit Kuang, Kemaman, sebelum kediaman mereka diceroboh sekumpulan suspek.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, mangsa yang terkejut terus menjerit sebaik terserempak dengan suspek yang sedang menggeledah rumah.

Katanya, berikutan itu mangsa dipercayai ditumbuk pada mukanya sehingga tidak sedarkan diri.

"Suspek kemudian mengikat mangsa serta menutup mulut dan matanya menggunakan pita pelekat sebelum melarikan beberapa barang berharga termasuk barang kemas dan elektronik," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Manoharan berkata, semasa kejadian, anak mangsa berada dalam bilik kerana ketakutan manakala suami wanita itu pula di Kota Bharu, Kelantan, kerana mempunyai urusan.

Katanya, kanak-kanak itu hanya keluar selepas kedatangan pihak polis yang dihubungi jirannya setelah melihat sesuatu mencurigakan di rumah tersebut.

"Mangsa dikejarkan ke Hospital Kemaman tetapi disahkan meninggal dunia 15 minit selepas menerima rawatan," ujarnya.

Tambah Manoharan, kes itu disiasat di bawah Seksyen 396 dan Seksyen 302 atas kesalahan menyamun dan membunuh.

"Kita sudah ada maklumat dan petunjuk tentang kes itu dan siasatan diteruskan dengan kerjasama IPD Kemaman," ujar beliau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


Pertahan wasatiyyah sederhana

Posted: 01 May 2011 03:34 PM PDT

Nasional

MUHYIDDIN dan Norainee bersalaman dengan perwakilan UMNO pada majlis perasmian Perwakilan UMNO Bahagian Pagoh di Dewan Seri Pekembar, semalam. - Foto BERNAMA

MUHYIDDIN dan Norainee bersalaman dengan perwakilan UMNO pada majlis perasmian Perwakilan UMNO Bahagian Pagoh di Dewan Seri Pekembar, semalam. - Foto BERNAMA

UMNO tak gadai prinsip raih sokongan: Muhyiddin

PAGOH: UMNO akan mempertahankan teras politik Melayu yang bersifat wasatiyyah iaitu secara sederhana dan tidak akan menggadai prinsip perjuangan itu, walaupun berdepan suasana politik getir dan mencabar, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Presiden UMNO berkata, parti itu juga tidak akan menggadai prinsip perjuangan semata-mata untuk meraih sokongan politik yang sementara.

"UMNO sebuah parti politik berteraskan perjuangan politik Melayu yang bersifat wasatiyyah dan adil kepada semua kaum. Kita memperjuangkan hak istimewa Orang Melayu, tetapi masa sama menghormati hak kaum lain seperti dijamin Perlembagaan. "Kita juga mempertahankan kesucian Islam sebagai agama Persekutuan yang masa sama mengiktiraf hak penganut agama lain mengamalkan kepercayaan masing-masing," katanya ketika merasmikan persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Pagoh di Dewan Seri Pekembar, di sini, semalam.

Turut hadir, isterinya, Puan Sri Norainee Abdul Rahman; Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pagoh, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Serampang, Tahir Taat dan ADUN Jorak, Datuk Dr Shahruddin Salleh.

Muhyiddin berkata, UMNO tidak pernah mengambil pendekatan melampau dalam memperjuangkan kepentingan Melayu dan Islam, sebaliknya bersikap rasional dan adil kepada semua dengan mengambil kira realiti sosial masyarakat pelbagai kaum serta agama di Malaysia.

Katanya, sikap sederhana dan berprinsip itu juga membezakan UMNO dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS dalam konteks politik Melayu dan Islam.
Beliau berkata, UMNO sentiasa istiqamah dalam mempertahankan kesucian Islam dan membela bangsa Melayu kerana itu prinsip asas perjuangan UMNO, sebaliknya PAS boleh mengenepikan prinsip perjuangan semata-mata untuk meraih sokongan politik yang dapat dilihat apabila mereka sudah tidak lagi menyebut mengenai perjuangan negara Islam kerana takut hilang sokongan dalam DAP dan PKR.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

‘Usah campur hal Islam’

Posted: 01 May 2011 03:33 PM PDT

Nasional

Tian Chua patut faham masjid urusan JAWI: Mufti Perlis

KUALA LUMPUR: Masyarakat bukan Islam terutama ahli politik diingatkan tidak mencampuri urusan agama Islam dengan menimbulkan perkara yang boleh menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.

Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya, berkata soal agama Islam dan juga masjid terletak di bawah kuasa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong serta jabatan agama Islam negeri.

Katanya, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua perlu faham sensitiviti umat Islam dan tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sewenang-wenangnya demi kepentingan politik. "Tian Chua patut faham, masjid urusan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI - bagi Kuala Lumpur) dan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong serta jangan sentuh sensitiviti umat Islam," katanya di sini, semalam.

Semalam satu laman portal berita milik PKR melaporkan Tian Chua yang juga Ahli Parlimen Batu mendakwa walaupun bukan Islam, beliau tahu sumpah laknat yang dilafazkan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah di Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul, Jumaat lalu adalah salah.

Tian Chua turut menuduh sumpah laknat yang dilakukan Shazryl Eskay bersama dua lagi trio Datuk T iaitu Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib Lazim sebagai mempermainkan agama Islam.

Bukan itu saja, Tian Chua juga mendakwa masjid berkenaan berada di dalam kawasan Parlimennya dan tindakan Datuk T melafazkan sumpah di masjid berkenaan sebagai menghinanya serta rakyat kawasan itu.
Sementara itu bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin turut mencadangkan Anwar supaya bersumpah menafikan beliau bukanlah pelaku dalam video seks seperti didakwa.

"Saya tidak bersetuju Datuk T bersumpah kerana itu hanya mendedahkan keaiban orang lain. Namun, oleh kerana mereka sudah bersumpah dan menimbulkan buruk sangka kepada pihak yang dituduh, mengapa tidak Anwar bersumpah saja.

"Jika beliau (Anwar) tidak salah, apa yang hendak dirisaukan? Memang bukan satu paksaan atau kewajipan, tetapi dapat menghilangkan sangkaan," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.