Rabu, 17 Julai 2013

Utusan Online - Politik

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Taksub politik boleh hancurkan negara

Posted: 17 Jul 2013 11:02 AM PDT

Oleh RADHUAN HUSSAIN
pengarang@utusan.com.my

MOHD. Shafie Apdal mengetuai rombongan bermotosikal dalam program turun padang menziarahi dan melawat pengundi di Kampung Beris Lampu, Besut, Terengganu, semalam. - BERNAMA

BESUT 17 Julai - Umat Islam diingatkan bahawa perbezaan fahaman dan ketaksuban dalam berpolitik akan membawa kemudaratan dan kehancuran kepada negara dan rakyat.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, sebagai bukti, kemelut itu berlaku di beberapa negara termasuk Mesir dan adalah tidak mustahil akan turut melanda Malaysia jika rakyatnya berbeza fahaman dan terlampau taksub dalam berpolitik

"Gejala seumpama itu juga sudah pasti akan menghancurkan perpaduan kalangan umat Islam hanya disebabkan fahaman politik sempit," katanya ketika berucap dalam mesyuarat dengan Penyelaras Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kuala Besut di Balai Raya Kampung Beris Lampu, dekat sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah seterusnya meluahkan rasa bimbang dengan masalah itu yang akhirnya merugikan rakyat khususnya umat Islam sendiri.

Yang hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha (Sosioekonomi) Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Zubir Abdul Ghani dan Ketua Pengarah Kemas, Datuk Hassan Mohd. Amin.

Mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut, Mohd. Shafie berkata, seluruh jentera BN dan UMNO perlu bergerak dan diselaraskan mulai sekarang bagi memastikan kemenangan BN di kawasan itu.

Beliau risau sekiranya penyelarasan tidak dilakukan, matlamat untuk mempertahankan kekuasaannya di Kuala Besut tidak akan dicapai.

"Penyelarasan di segi gerak kerja perlu dibuat dengan bersungguh-sungguh, saya bimbang sangat kalau kita tidak ada penyelarasan.

"Usaha ini penting untuk membolehkan kita menyelami kehendak dan keperluan rakyat seperti berkunjung dari rumah ke rumah," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau berharap seluruh penggerak jentera parti jangan membuang masa untuk memulakan gerak gempur bagi memastikan kemenangan BN dengan majoriti lebih besar pada 24 Julai ini.

Kempen 16-16 gugat masa depan negeri

Posted: 17 Jul 2013 11:02 AM PDT

HISHAMMUDDIN Tun Hussein (dua dari kiri) bertanyakan khabar kepada veteran komando, Muhammad Mat Diah (berkerusi roda) dalam Majlis Penyerahan Kunci Rumah serta beramah mesra di Kampung Beris Pak Abu, Besut, semalam. - UTUSAN/AZLAN BAHRUM

BESUT 17 Julai - Usaha Pas mewujudkan pentadbiran kerajaan Terengganu yang tergantung menerusi kempen 16-16 tidak akan diterima rakyat, terutamanya pengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tindakan itu dianggap populis bagi meraih perhatian.

Menurutnya, kempen sebegitu jelas tidak rasional kerana setiap individu dan rakyat di sesuatu kawasan atau negeri tentunya tidak mahu melihat keadaan kucar-kacir dalam pentadbiran kerajaan.

"Itu tindakan populis tetapi bagi mereka yang rasional, kempen sebegitu tidak masuk akal.

"Jika inginkan keadaan 16-16, bermakna mereka sengaja mahukan kerajaan tergantung dan dibawa oleh mereka yang tidak memikirkan masa depan rakyat Terengganu sebagai keutamaan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Kunci Rumah serta beramah mesra di Kampung Beris Pak Abu, di sini hari ini.

Yang turut hadir Panglima Tentera Darat, Mejar Jeneral Jeneral Datuk Raja Mohamed Affandi Mohamed Noor dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud.

Pada majlis tersebut, beliau menyerahkan kunci rumah kepada veteran komando, Muhammad Mat Diah yang lumpuh.

Pada kempen PRK ini, Pas membawakan tema '16-16, Terengganu Baharu' kerana mahu menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang kini hanya mempunyai kelebihan dua kerusi dalam DUN Terengganu.

PRK DUN Kuala Besut menyaksikan pertembungan satu lawan satu di antara BN dengan saingan tradisinya, Pas.

BN diwakili oleh jurutera, Tengku Zaihan Che Ku Abd. Rahman, 37, manakala Pas oleh kontraktor, Endot @ Azlan Yusof, 48.

0 ulasan:

Catat Ulasan