Rabu, 24 Julai 2013

Utusan Online - Politik

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Kit Siang dicabar buktikan tiada penipuan CEC

Posted: 23 Jul 2013 11:50 AM PDT

Kiri R. Ramanan, Lim Kit Siang

KUALA LUMPUR 23 Julai - Penasihat DAP, Lim Kit Siang dicabar agar membuktikan segala dakwaan berhubung penipuan dalam pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti seperti yang didedahkan Father Augustus Chen adalah tidak benar.

Naib Pengerusi Strategik MIC, Datuk R. Ramanan berkata, Kit Siang adalah individu terbaik yang wajar membuat pengakuan atau penafian berhubung motif pendedahan oleh Father Augustus itu memandangkan mereka pernah menjadi rakan karib.

"Kit Siang juga patut tampil dan memperjelaskan sama ada beliau masih bersahabat baik dengan Father Augustus atau persahabatan mereka telah terputus.

"Kita tidak terkejut jika Kit Siang sebenarnya mereka-reka cerita berkaitan pemilihan CEC itu sama seperti drama dia menangis apabila kata DAP akan dibatalkan oleh Pendaftar Pertubuhan bagi menagih simpati masyarakat Cina," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Semalam, bekas Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong berkata, Father Augustus yang merupakan penulis Laporan Ekuiti (Penipuan Pemilihan CEC) didakwa pernah menjadi rakan karib Kit Siang namun persahabatan mereka tamat kerana Kit Siang dikatakan mengamal nepotisme.

Kit Siang sehingga kini masih gagal memberi penjelasan berhubung penyelesaian isu pemilihan CEC yang diadakan sebelum ini.

Pemilihan CEC DAP pada tahun lalu menimbulkan keraguan kerana didakwa wujud penyelewengan selepas parti itu dikatakan gagal memberikan notis kepada 753 delegasi yang merupakan ahli sah untuk mengundi di dalam pemilihan tersebut.

Keputusan pemilihan itu yang diadakan pada 15 Disember tahun lalu juga menyaksikan tiada seorang pun calon Melayu terpilih, tetapi selepas 19 hari berlalu, DAP tiba-tiba mengumumkan berlaku kesilapan teknikal dalam penjumlahan undi dan mengisytiharkan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Zairil Khir Johari sebagai ahli CEC.

Ramanan berkata, rakyat mahu melihat siapa pula yang bakal dipersalahkan Kit Siang dan anaknya, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berhubung apa yang berlaku di dalam DAP itu setelah didedahkan oleh Father Augustus.

"Adakah mereka hendak salahkan UMNO atau Barisan Nasional (BN) atau gereja memandangkan Father Augustus itu seorang paderi? Sudah pasti kedua-dua mereka begitu takut untuk bertanggungjawab ke atas penipuan ini," katanya.

Orang muda ketuai UMNO cawangan

Posted: 23 Jul 2013 11:50 AM PDT

PONTIAN 23 Julai - Seorang veteran UMNO Pontian, Mohd. Barkawi Hasbullah menggesa supaya ketua-ketua UMNO cawangan parti itu yang telah lama memegang jawatan tersebut memberikan peluang kepada pemimpin muda.

Menurutnya, kini telah sampai masanya kepimpinan UMNO di peringkat cawangan berbuat demikian demi memastikan UMNO terus diterima oleh generasi muda Melayu.

Beliau yang berumur 73 tahun berkata, persidangan peringkat cawangan yang bermula baru-baru ini harus menjadi detik baharu kepada kepemimpinan UMNO bagi mencari perubahan sejajar dengan apa yang berlaku pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

"Bagi memenuhi hasrat ini, saya sendiri akan melepaskan jawatan sebagai Ketua UMNO Cawangan Batu 35 yang dipegang lebih 30 tahun bagi memberikan peluang kepada muka baharu,'' katanya di sini baru-baru ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan