Isnin, 15 Julai 2013

Utusan Online - Politik

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Penyelewengan pemilihan CEC DAP: Jangan salahkan UMNO, BN

Posted: 15 Jul 2013 12:15 PM PDT

Tan Tuan Tat

KUALA LUMPUR 15 Julai - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Setiausaha Organisasinya, Anthony Loke diminta jangan menuding jari menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) bagi menutup penyelewengan dalam pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti itu.

Bekas Pengerusi DAP Cawangan Sungai Pelek, Tan Tuan Tat berkata, kedua-dua pemimpin kanan DAP itu tidak sepatutnya menyalahkan pihak lain terhadap kepincangan yang berlaku di dalam parti.

"Kita difahamkan Guan Eng telah mengarahkan Anthony untuk menuding jari kepada UMNO dan BN berikutan pembongkaran tentang penyelewengan dalam pemilihan CEC DAP.

"Dalam hal ini, Anthony juga seolah-olah bertindak sebagai 'budak suruhan' kepada Guan Eng," katanya dalam sidang akhbar dekat sini hari ini.

Pemilihan CEC DAP pada tahun lalu menimbulkan keraguan kerana didakwa wujud penyelewengan selepas parti itu dikatakan gagal memberikan notis kepada 753 delegasi yang merupakan ahli sah untuk mengundi di dalam pemilihan tersebut.

Keputusan pemilihan itu yang diadakan pada 15 Disember tahun lalu juga menyaksikan tiada seorang pun calon Melayu terpilih, tetapi selepas 19 hari berlalu, DAP tiba-tiba mengumumkan berlaku kesilapan teknikal dalam penjumlahan undi dan mengisytiharkan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Zairil Khir Johari sebagai ahli CEC.

Pada 31 Mei lalu, Anthony menuduh UMNO dan BN sebagai dalang di sebalik siasatan yang dijalankan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) berikutan aduan ahli-ahli DAP tentang proses pemilihan CEC DAP.

Tuan Tat turut mempersoalkan kegagalan Guan Eng dan Anthony mengemukakan senarai 2,576 perwakilan yang berhak hadir dan senarai 1,823 perwakilan mengundi dalam pemilihan CEC itu kepada lima pemimpin DAP yang lain.

"Kita amat hairan mengapa sehingga hari ini, Guan Eng dan Anthony enggan memberikan dua senarai tersebut kepada Timbalan Setiausaha Agung DAP, Datuk Ngeh Koo Ham; Penolong Bendaharinya, Nga Kor Ming; ahli CEC, Teng Chang Khim; Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan seorang lagi tokoh DAP, Boo Cheng Hai," ujarnya.

Beliau memberitahu, sebahagian besar kaum Cina dan ahli-ahli akar umbi DAP ingin tahu sama ada dakwaan lima tokoh terbabit menjadi mangsa manipulasi serta penipuan dinasti Lim adalah berasas atau sebaliknya.

DAP syok sendiri guna replika burung

Posted: 15 Jul 2013 12:15 PM PDT

KUALA LUMPUR 15 Julai - Tindakan DAP menggunakan replika burung gergasi di Pulau Pinang yang didakwa oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng kononnya sebagai daya tarikan pelancongan baharu ke negeri itu dilihat sebagai syok sendiri bagi mempromosikan partinya.

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, dakwaan penggunaan replika burung itu bagi menarik pelancong ke negeri terbabit merupakan alasan semata-mata dan mempunyai agenda politik tertentu.

Secara umum, replika itu sendiri melambangkan parti DAP dan mempunyai unsur politik. Jadi dengan menggunakan replika itu, Guan Eng sebenarnya memberi publisiti kepada partinya itu, bukan mahu meningkatkan industri pelancongan.

Malah, kita boleh menilai DAP selepas keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13), pemimpin parti itu tidak berputus asa untuk memberi publisiti ke atas parti mereka, antaranya menganjurkan perhimpunan haram dan kini melancarkan replika burung gergasi dengan niat mahu mempromosikan parti mereka," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melawat Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chin Woo, di sini hari ini.

Tiong Lai mengulas penggunaan replika burung gergasi di Dermaga IJM, Promenade Pulau Pinang mulai 13 Julai sehingga 31 Ogos ini.

Sebelum ini, Naib Pengerusi Parti Cinta Malaysia (PCM), Huan Cheng Guan menyelar kerajaan negeri itu bersikap hipokrit apabila mendakwa pelancaran replika burung gergasi di perairan negeri itu bertujuan sebagai daya tarikan pelancongan baharu.

Katanya, tindakan DAP mengapungkan replika setinggi kira-kira tujuh meter berkenaan bukan bertujuan menarik pelancong, sebaliknya dilakukan atas kepentingan politik iaitu mahu mempromosikan parti mereka.

Dalam pada itu, ditanya sama ada kos pelaksanaan replika itu membazirkan wang, Tiong Lai sebaliknya memberitahu perbelanjaan yang digunakan itu ternyata bagi tujuan mempromosi partinya.

Walaupun projek itu tidak melibatkan peruntukan kerajaan negeri tetapi ternyata kos yang digunakan itu dengan tujuan publisiti parti sahaja bukan untuk tarikan pelancong," katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan