Ahad, 7 Julai 2013

Utusan Online - Selatan

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Harga rendah Mantai Ramadan

Posted: 06 Jul 2013 10:33 AM PDT

Oleh NAZARUDIN SHAHARI
utusanN9@utusan.com.my

SEREMBAN 6 Julai - Potongan harga daging lembu sebanyak RM3 sekilogram lebih rendah daripada harga pasaran adalah antara keistimewaan yang ditawarkan dalam program Mantai Ramadan selama dua hari mulai Isnin ini.

Program anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) negeri itu diadakan di Pasar Komuniti dan Karavan (Pakar) Paroi, Kilometer 12, Jalan Seremban-Kuala Pilah dekat sini.

Mantai adalah perkataan dalam dialek negeri ini yang bermaksud persediaan daging sembelihan sehari sebelum ketibaan Ramadan atau Syawal.

Pada masa ini, harga daging lembu di negeri ini adalah antara RM22 dan RM24 sekilogram.

Pengarah FAMA negeri, A. Rahaman Suleiman berkata, potongan harga itu dilaksanakan sehingga stok masih ada.

"Mantai Ramadan ini akan diadakan mulai pukul 4 petang hingga 11 malam pada hari berkenaan," katanya di sini.

Sementara itu, beliau memberitahu, FAMA turut menganjurkan Bazar Ramadan di tempat yang sama mulai 10 Julai hingga 7 Ogos.

Jelasnya, bazar tersebut dibuka mulai pukul 4 petang hingga 11 malam bagi memenuhi keperluan orang ramai membeli juadah berbuka puasa dan persiapan sambutan Aidilfitri.

Katanya, FAMA juga akan mengadakan program Pasar Tani Khas menjelang Ramadan di Pasar Tani Batu 4, Port Dickson pada Selasa ini.

"Orang ramai boleh datang untuk membeli-belah pelbagai barangan keperluan harian pada program tersebut," katanya.

Guna kemudahan JKM didik anak istimewa

Posted: 06 Jul 2013 10:33 AM PDT

Latipah Omar (tengah) bertanya sesuatu dengan peguam OKU, Tuah Johari Atan (dua dari kanan) sambil diperhatikan Bibi Azlilee Abdullah (kiri) dalam Seminar Anak Istimewa Satu Anugerah di Ayer Keroh, Melaka, kelmarin.

MELAKA 6 Julai - Golongan ibu bapa disaran menggunakan pelbagai kemudahan disediakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam memberi pendidikan terbaik kepada anak-anak istimewa.

Pengarah Pejabat Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) negeri, Bibi Azlilee Abdullah berkata, JKM sentiasa terbuka dan bersedia menghulurkan pelbagai bantuan yang diperlukan oleh ibu bapa.

Menurutnya, terdapat 17 Pusat Dalam Komuniti (PDK) di negeri ini yang membantu menawarkan pendidikan terbaik bersesuaian dengan tahap penerimaan kanak-kanak istimewa.

"Sebanyak lima PDK di tempatkan di Melaka Tengah, tujuh di Alor Gajah dan lima di Jasin.

"Oleh yang demikian, bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak istimewa tidak perlu lagi berasa bimbang bagi mendapatkan pusat pendidikan untuk anak-anak istimewa mereka.

"Gunakanlah peluang dan kemudahan yang disediakan pihak kerajaan ini bagi membentuk dan mendidik anak-anak istimewa ini sesuai dengan kebolehan dan keupayaan mereka," katanya ketika berucap dalam majlis perasmian Seminar Anak Istimewa Satu Anugerah di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh, di sini semalam.

Turut hadir pada majlis yang disertai oleh 300 peserta itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan negeri, Datuk Latipah Omar.

Kata Bibi Azlilee, ibu bapa berperanan memberi sokongan supaya anak-anak istimewa berkeyakinan untuk belajar, bermain, berfikir dan berkebolehan berdikari.

0 ulasan:

Catat Ulasan