Rabu, 14 Mac 2012

Utusan Online - Rencana

Utusan Online - Rencana


Isu rakyat belenggu PKR Selangor

Posted:

Isu rakyat belenggu PKR Selangor

Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my


Sebahagian mangsa banjir kilat di Kampung Bukit Sungai Puteh, Ampang, Selangor mendapatkan air yang dibekalkan oleh Syabas, baru-baru ini. - Gambar hiasan


MENTERI Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim boleh bercakap apa sahaja. Antaranya, pemerintahan pakatan pembangkang itu di Selangor lebih baik 40 tahun daripada pentadbiran BN. Negara berkebajikan yang ditadbir kerajaan PKR Selangor kononnya tidak akan bankrap selagi ditadbir dengan baik, telus dan adil.

Itu kata Khalid Ibrahim bulan lepas. Kata beliau, ia berdasarkan penyata kewangan Selangor pada 31 Disember 2011. Sedangkan hakikatnya tidaklah sedemikian - indah khabar daripada rupa.

Cuba perhatikan dan rakyat Selangor boleh membuat penilaian sendiri. Tilik-tilikkanlah:

1. ISU RUMAH RAKYAT

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Cadangan pemansuhan hukuman mati perlu diperhalusi semua sudut

Posted:

Cadangan pemansuhan hukuman mati perlu diperhalusi semua sudut

Oleh NORAZLITA MOHD. SIES
pengarang@utusan.com.my

HUTANG nyawa dibalas nyawa. Tiada hukuman lain yang mampu menebusnya. Itu yang dapat disimpulkan daripada kata-kata ibu kepada Nurul Nadhirah Abdullah, kanak-kanak malang yang disahkan dibunuh dan dibakar setelah hilang dari rumahnya hampir dua minggu lalu.

Wanita itu juga tidak akan memaafkan orang yang bertanggungjawab ke atas kematian anaknya yang lebih dikenali sebagai Dirang dan mahu si pelaku, dikenakan hukuman yang setimpal dengan kesalahan dilakukan.

Hukuman yang paling memuaskan hati keluarga Allahyarham Dirang, hanyalah hukuman gantung sampai mati. Di Malaysia, dengan peningkatan kadar jenayah, saya merasakan cadangan sesetengah pihak agar hukuman mati dimansuhkan belum sesuai pada peringkat ini. Ia juga dilihat seolah-olah meminggirkan sensitiviti keluarga yang dirundung malang itu.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan