Jumaat, 30 Mac 2012

Utusan Online - Timur

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Memperkasakan Pandu Puteri

Posted:

Memperkasakan Pandu Puteri

Oleh TENGKU FAUZIAH NGAHutusanterengganu@utusan.com.my


Ahli Pandu Puteri melakukan aktiviti flying fox di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail.


KUALA TERENGGANU 29 Mac - Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Terengganu (PPPMCT) yang menjangkau usia 23 tahun penubuhannya, dianggap sebuah organisasi yang telah mulai mencapai tahap kematangannya.

Kematangan yang seharusnya diukur dengan pengurusan mantap, penuh komitmen melalui gerak kerja aktif serta memberi kesan menyeluruh seiring dengan matlamat kewujudannya.

Apatah lagi ia sepatutnya dapat memayungi ramai remaja wanita terutama mereka yang masih di bangku sekolah dalam kegiatan kokurikulum bagi mengisi waktu luang dengan lebih berfaedah.

Kegiatan yang mengasuh dan menggilap potensi diri, mencorakkan pembentukkan sahsiah, personaliti dan sifat kepemimpinan melalui usaha berkumpulan dan bekerjasama dengan menitikberatkan disiplin.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

3,000 pesakit miskin dibantu

Posted:

3,000 pesakit miskin dibantu

Oleh TENGKU FAUZIAH NGAH
utusanterengganyu@utusan.com.my

KUALA TERENGGANU 29 Mac - Kerajaan negeri telah membelanjakan lebih RM8 juta di bawah Dana Khas Kebajikan Sosial Perubatan bagi membiayai rawatan lebih 3,000 pesakit yang tidak berkemampuan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr. A. Rahman Mokhtar berkata, dana yang dirintis pada 2007 itu menyediakan peruntukan RM2 juta setiap tahun.

''Terengganu merupakan satu-satunya negeri yang menyediakan dana tersebut bagi meringankan beban anak negeri yang tidak berkemampuan untuk membiayai rawatan dan keperluan mereka,'' katanya selepas melancarkan Program Gempur Subsidi Mamogram Peringkat negeri di Wisma Darul Iman di sini semalam.

Hadir sama Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara negeri, Nurfarhana Lee Mohd. Zulkiflee Lee.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Guru Besar SK Seri Budiman bersara

Posted:

Guru Besar SK Seri Budiman bersara


Abdullah Md. Ali diarak menaiki kereta kuda sambil disaksikan oleh para guru dan murid-murid pada majlis persaraannya di pekarangan SK Seri Budiman, Kuala Terengganu, kelmarin.


KUALA TERENGGANU 29 Mac - Selepas 36 tahun berulang-alik ke sekolah, semalam hari paling sedih bagi Abdullah Md. Ali, 58, apabila beliau melangkah keluar dari sekolah.

Ini kerana Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Budiman dekat sini itu telah mencapai usia persaraan dan tidak mudah baginya untuk mengucapkan selamat tinggal.

Terdahulu, Abdullah dirai oleh 1,287 warga sekolah, dimulakan dengan paluan kompang serta bunga manggar bagi menyambut ketibaan beliau.

Abdullah kemudiannya dihiburkan dengan persembahan para guru dan pelajar sebelum beliau diarak pulang dengan menaiki kereta kuda oleh warga SK Seri Budiman.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

0 ulasan:

Catat Komen