Jumaat, 30 Mac 2012

Utusan Online - Dalam Negeri

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Pencapaian lebih baik

Posted:

Pencapaian lebih baik

Pencapaian lebih baik

Oleh MARZITA ABDULLAH
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 29 Mac – Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berjaya melepasi sasaran bagi pelaksanaan Infrastruktur Asas Luar Bandar (RBI) di bawah inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) setakat Februari lalu.

Menterinya, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, pencapaian itu melibatkan empat sektor infrastruktur iaitu pembinaan jalan raya, bekalan air dan elektrik serta membina dan membaik pulih rumah.

"Berbanding tahun lalu, pencapaian tahun ini adalah lebih baik walaupun kita menghadapi pelbagai kekangan dari segi tenaga manusia, bahan mentah dan cuaca," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan program televisyen Kampung Kita yang merupakan kerjasama antara kementerian itu dengan Media Prima di Sri Pentas dekat sini hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Ibrahim Muhamad dan Timbalannya, Datuk Yussoff Dohab serta Pengerusi Media Prima, Datuk Johan Jaaffar.

Mohd. Shafie berkata, kementerian akan memastikan beberapa projek yang dikategorikan 'projek sakit' dapat diselesaikan dalam jangka masa pendek melalui kerjasama syarikat, kontraktor dan kerajaan negeri terlibat.

"Tidak banyak projek sakit ini, kebanyakannya berpunca daripada keadaan geografi dan cuaca seperti masalah tanah yang tidak sesuai untuk pembinaan jalan raya atau sungai kering, namun kementerian melalui flying squad akan meninjau lokasi terlibat untuk memastikan ia diatasi," katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, sebanyak 98 peratus rumah di Semenanjung dan antara 50 peratus hingga 65 peratus di Sabah dan Sarawak telah menerima bekalan air dirawat.

Sementara itu jelasnya, kementerian berjaya membina 174.15 kilometer jalan raya di seluruh negara dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini berbanding sasaran iaitu sepanjang 61 kilometer manakala sasaran sepanjang tahun ini adalah 1,349.90 kilometer.

Dalam tempoh yang sama katanya, sebanyak 8,016 rumah menerima bekalan air berbanding sasaran 358 rumah (sasaran 2012 sebanyak 201,192 rumah) manakala 1,388 rumah dibekalkan elektrik berbanding sasaran 1,182 rumah (sasaran 2012 sebanyak 39,442 rumah) manakala 611 rumah telah dibina dan dibaik pulih berbanding sasaran 376 rumah (sasaran 2012 sebanyak 14,565 rumah).

Amal nilai murni capai negara maju

Posted:

Amal nilai murni capai negara maju

Amal nilai murni capai negara maju

Oleh SITI MAISARAH SHEIKH RAHIM
pengarang@utusan.com.my


DR. Mahathir Mohamad dan Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali melawat kelas sejarah PERMATApintar selepas program Bual Bicara bersama Bekas Perdana Menteri di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi, semalam.


BANGI 29 Mac – Negara tidak akan mencapai status negara maju dalam masa singkat jika rakyat tidak berpegang kepada nilai-nilai murni, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, antara nilai murni yang perlu disemai ialah sikap rajin belajar dan bekerja secara bersungguh-sungguh serta berupaya menghasilkan kualiti kerja yang terbaik.

Katanya, jika rakyat mempunyai nilai-nilai murni tersebut termasuk mempunyai sikap amanah, bekerja dengan baik dan sedar tanggungjawab mereka terhadap negara, maka Malaysia akan dapat mencapai matlamat yang diinginkan termasuk Wawasan 2020.

''Kalau kita berbuat sedemikian (amal nilai-nilai murni), maka hari ini pun kita boleh menjadi negara maju.

''Tetapi kita dapati sebahagian rakyat Malaysia tidak mahu belajar dan bekerja tidak mengikut kepuasan hati. Jadi kerana tidak ada nilai-nilai mulia maka proses untuk memajukan negara mengambil masa yang panjang.

''Sebaliknya, jika kita seperti orang Jepun yang berusaha untuk memulihkan negara yang telah hancur kerana perang, bekerja dengan cukup baik dalam jangka masa pendek sahaja mereka dapat memulihkan negara sepenuhnya sehingga menjadi negara kedua termaju di dunia," katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi soal jawab bersama pelajar PERMATApintar pada program Bual Bicara Bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad di Kompleks PERMATApintar Negara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini hari ini.

Turut hadir ialah isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali dan Naib Canselor UKM, Prof. Tan Sri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin.

Dalam pada itu, Dr. Mahathir memuji langkah kerajaan mewujudkan PERMATApintar Negara dalam usaha untuk mengasah bakat pelajar yang akan menyumbang kepada kemajuan negara.

Bagaimanapun kata beliau, pada masa sama, negara perlu membangunkan program pembangunan karakter baik iaitu seseorang berpegang kepada nilai-nilai hidup yang baik.

Ini kerana katanya, jika tidak ada pembangunan karakter seumpama itu, maka ilmu yang diperoleh tidak akan digunakan dengan cara betul.

"Jika kita tidak ada karakter yang baik, tidak mengutamakan kebaikan, ia mungkin digunakan untuk tujuan tidak baik,'' katanya.

Mengenai program PERMATApintar Negara, Dr. Mahathir berkata, program tersebut amat penting kerana ia dapat mengenal pasti pelajar yang berpotensi tinggi dan berkebolehan luar biasa demi manfaat kepada negara.

Jawatankuasa khas tentukan lagu Bawaku Pergi

Posted:

Jawatankuasa khas tentukan lagu Bawaku Pergi

Jawatankuasa khas tentukan lagu Bawaku Pergi


Rais Yatim bersalam dengan Sulaiman Awang pada Majlis Tautan Kasih Sekalung Budi di Pejabat Penerangan Daerah, Jelebu, Negeri Sembilan, semalam.


JELEBU 29 Mac - Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas penilai bagi menentukan kedudukan sama ada lagu 'Bawaku Pergi' nyanyian pelawak dan pelakon terkenal, Zizan akan diharamkan atau sebaliknya.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, sebelum sesebuah lagu itu diputuskan untuk diharamkan, sebuah panel perlu diwujudkan bagi meneliti setiap aspek kandungan lagu tersebut.

"Kita teliti terlebih dahulu lagu itu dan jawatankuasa penilai juga sudah kita wujudkan, jadi beri kita sedikit masa untuk membuat penilaian sebelum sebarang keputusan dibuat.

"Saya juga akan mengesyorkan kepada RTM khasnya bahagian muzik kementerian untuk memberi laporan bagaimana dan apakah pendirian masyarakat terhadap lagu ini dan apakah tindakan yang perlu diambil berhubung seni kata, lirik dan lenggok alunan lagu itu," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Majlis Tautan Kasih Sekalung Budi di Pejabat Penerangan Daerah Jelebu di sini hari ini.

Rais menegaskan, pihaknya tidak boleh membuat sebarang tindakan mahupun keputusan melulu sebelum penelitian dibuat terhadap lagu berkenaan.

"Kita tidak boleh bersikap prejudis dan mempunyai pendirian prasangka setiap kali sesuatu lagu dikatakan tidak selari dengan pendirian satu-satu golongan atau mungkin dikatakan mencuit pihak tertentu," ujarnya.

Jelasnya, sama ada ia akan diharamkan atau tidak, masyarakat perlu maklum bahawa lagu yang lebih dahsyat juga pernah dinyanyikan sebelum ini.

"Sebagai contoh ada individu yang bertindak mengubah lagu Negaraku dan ada pula yang menyanyikan lagu mengatakan sesuatu terhadap Yang di-Pertuan Agong," katanya.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan, beberapa pihak menggesa kerajaan mengharamkan lagu Bawaku Pergi nyanyian Kaka dan Zizan yang disifatkan membawa unsur negatif yang boleh mendorong remaja melarikan diri daripada rumah.

Dalam perkembangan berasingan, Rais memberitahu, pihaknya akan mengagihkan kemudahan komputer kepada lebih 2,300 pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) termasuk pegawai Jabatan Penerangan di seluruh negara.

"Kita akan memberi kemudahan komputer kepada kumpulan itu bagi membolehkan mereka menyampaikan serta meyakinkan perkara yang benar kepada masyarakat menerusi laman media sosial selari dengan peredaran masa dan teknologi," katanya.

0 ulasan:

Catat Komen