Harian Metro: Mutakhir |
‘Tangkaplah anak saya’ Posted: 23 Mar 2012 02:50 PM PDT CHEMOR: Tidak tahan perangai buruk anak lelakinya yang gemar mencuri saban hari, seorang lelaki warga emas merayu anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) menangkap anaknya itu yang dipercayai penagih dadah. Lelaki berkenaan yang tinggal di kampung Ulu Kuang di sini, berang selepas anak lelakinya berusia 30 tahun sering mencuri barang berharga di rumah untuk dijual bagi membeli dadah.
Ketua Operasi Rela Ulu Kuang, Hamdan Ishak berkata, bapa suspek yang berniaga makanan kecil-kecilan di hadapan rumah, pelik apabila mendapati barang perniagaannya termasuk perkakas rumah kerap hilang sejak lebih sebulan lalu.
Menurutnya, sikap anaknya yang tidak mahu berubah dan masih melakukan jenayah menyebabkan si bapa meminta bantuan Rela supaya memberkas anaknya.
Menurutnya, Rela yang membantu polis, serius dalam usaha membendung kegiatan penagihan dadah di kawasan itu kerana turut berkait dengan jenayah curi dan pecah rumah.
|
3 mak nyah diarah solat berjemaah Posted: 23 Mar 2012 02:49 PM PDT LANGKAWI: Tiga lelaki berperwatakan wanita menerima pengajaran awal apabila diarah menunaikan solat Maghrib secara berjemaah bersama jemaah lain di Masjid Al-Hana, Kuah di sini, petang kelmarin. Sebelum itu, mereka yang berusia 20-an ditahan sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Langkawi (Padal) dalam pemeriksaan di sebuah pusat karaoke, kira-kira jam 6.30 petang.
Pegawai Penguat Kuasa Padal, Rosyadah Ramli berkata, semua lelaki itu ditahan ketika leka menyanyi dalam sebuah bilik di pusat karaoke terbabit.
"Kami kemudian mengeluarkan saman supaya mereka hadir untuk diambil keterangan di pejabat agama daerah," katanya.
"Kes akan disiasat mengikut Seksyen 7 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali," katanya. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan