Rabu, 28 Mac 2012

Kosmo Online

Kosmo Online


Curi basikal fixie, 2 sahabat didenda RM2,000

Posted:

Curi basikal fixie, 2 sahabat didenda RM2,000

Curi basikal fixie, 2 sahabat didenda RM2,000

28/03/2012 7:46pm

KUALA TERENGGANU — Gara-gara mencuri sebuah basikal bernilai RM480 milik seorang pelajar sekolah, dua sahabat didenda RM2,000 setiap seorang oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi menjatuhkan hukuman itu terhadap Syed Mohammad Hafizuddin Syed Rahillah, 21, dan Wan Mohammad Azimi Wan Azamuddin, 20, selepas mereka mengaku salah melakukan kesalahan itu.

Kedua-dua tertuduh yang berasal dari Kampung Bukit Besar di sini didakwa telah bersama-sama mencuri sebuah basikal jenis Fixie Promax milik seorang pelajar di tempat letak basikal berhadapan sebuah surau di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Negara di sini antara pukul 11 pagi hingga 2.15 petang, 18 Mac lepas.

Hasil maklumat orang ramai, sepasukan polis menyerbu dua buah rumah di Bukit Besar dan berjaya memberkas kedua-dua lelaki itu pada 25 Mac lepas. - BERNAMA

Mayat bayi di tapak pembuangan sampah

Posted:

Mayat bayi di tapak pembuangan sampah

Mayat bayi di tapak pembuangan sampah

28/03/2012 7:43pm

KUALA TERENGGANU — Mayat seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat dijumpai di sebuah tapak pembuangan sampah di Kampung Mak Chili, Cukai, Kemaman semalam.

Bayi yang cukup sifat itu dijumpai oleh seorang pekerja lelaki di tempat pembuangan sampah itu ketika sedang melakukan pembersihan di kawasan tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, ACP K. Manoharan berkata, pekerja berkenaan menemui bayi itu dalam karung beg plastik yang diletakkan dalam sebuah beg pakaian kira-kira pukul 5.50 petang.

Terkejut dengan penemuan mayat bayi tersebut, pekerja berkenaan terus melaporkannya kepada pihak polis.

"Hasil siasatan lanjut, bayi berkenaan dipercayai dibawa oleh lori sampah Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) yang terakhir membuang sampah di kawasan tersebut sekitar pukul 3 petang.

"Kami percaya bayi berkenaan baru dilahirkan," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Manoharan berkata mayat bayi itu telah dibawa ke Hospital Kemaman untuk dibedah siasat.— BERNAMA

Mangkuk tandas meletup, lelaki cedera

Posted:

Mangkuk tandas meletup, lelaki cedera

Mangkuk tandas meletup, lelaki cedera

28/03/2012 7:24pm

KUALA LUMPUR — Seorang lelaki yang sedang menggunakan tandas Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Sri Rampai di sini hari ini cedera di bahagian belakang badan apabila mangkuk tandas yang sedang digunakan berkecai akibat satu letupan.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan berkata, dalam kejadian pada pukul 1.15 petang itu mangsa Muhd. Sakereen Basri, 22, yang cedera terkena serpihan mangkuk tandas itu dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan.

"Mangsa cedera pada bahagian belakang badan dan peha akibat terkena serpihan, dan bahan letupan yang digunakan disyaki mercun...siasatan awal mendapati tiada lagi bahan letupan lain yang digunakan," katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS).

Beliau berkata, pihak polis masih menjalankan siasatan berhubung kejadian ini sama ada wujud unsur sabotaj atau kecuaian dan kes disiasat mengikut Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.— BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan