Rabu, 28 Mac 2012

Utusan Online - Timur

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


USM tawar sarjana, PhD neurosains

Posted:

USM tawar sarjana, PhD neurosains

Oleh HAPIZAH AZIZ
utusankelantan@utusan.com.my


Omar osman (dua dari kanan) menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan My Brain Invention dari Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 3 sempena Minggu Kesedaran Otak 2012 di Kubang Kerian, kelmarin.


KOTA BHARU 27 Mac - Universiti Sains Malaysia (USM) menawarkan dua kursus baru iaitu peringkat sarjana dan kedoktoran (PhD) dalam bidang neurosains bermula sesi pengajian 2012/2013.

Pengenalan kursus baru itu menjadikan USM universiti pertama di Asia Tenggara menawarkan pengajian sarjana dan PhD neurosains merangkumi akademik serta penyelidikan.

Naib Canselornya, Prof. Datuk Omar Osman berkata, tempoh pengajian peringkat sarjana adalah kira-kira setahun sebelum dilanjutkan ke program kedoktoran.

Katanya, dengan penawaran dua kursus baru itu, USM menyasarkan dapat melahirkan kumpulan pakar neurosains dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

1,500 banjiri Karnival Jom Masuk U Parlimen Tanah Merah

Posted:

1,500 banjiri Karnival Jom Masuk U Parlimen Tanah Merah


Ikmal Hisham Abdul Aziz bermesra dengan salah seorang ibu sambil diperhatikan pengunjung lain pada Karnival Jom Masuk U Peringkat Parlimen Tanah Merah di Tanah Merah, baru-baru ini.


TANAH MERAH 27 Mac - Lebih 1,500 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) termasuk orang ramai, membanjiri Karnival Jom Masuk U peringkat Parlimen Tanah Merah.

Karnival sehari yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Belimbing, dekat sini anjuran UMNO Tanah Merah dengan kerjasama Pesatuan Mahasiswa Tanah Merah (Permata) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Tanah Merah.

Ketua UMNO Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata, karnival tersebut bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar lepasan SPM dan STPM mengenai peluang menyambung pengajian di peringkat matrikulasi, diploma dan ijazah.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

KIST mansuh yuran pendaftaran anak yatim

Posted:

KIST mansuh yuran pendaftaran anak yatim


Pelajar Kolej Islam Sains dan Teknologi bersama sijil masing-masing selepas tamat Bengkel Kerjaya KIST di Hulu Terengganu, baru-baru ini.


HULU TERENGGANU 27 Mac - Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST) memansuhkan yuran pendaftaran kepada anak yatim yang menyambung pengajian di mana-mana kampusnya di seluruh negara mulai sesi pengambilan April ini.

Ketua Eksekutif KIST Terengganu, Mohd. Norizal Nawang berkata, pemansuhan yuran pendaftaran yang dikenakan antara RM600 hingga RM1,000 itu bagi mengurangkan bebanan keluarga dalam menyediakan keperluan bagi memasuki kolej.

Katanya, ia turut mencerminkan tanggungjawab sosial KIST yang kewujudannya tidak berorientasikan keuntungan semata-mata tetapi lebih kepada penyediaan peluang seluas-luasnya kepada sesiapa yang layak untuk melanjutkan pengajian.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

0 ulasan:

Catat Komen