Khamis, 29 Mac 2012

Utusan Online - Kota

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Lima tahun hadapi banjir kilat

Posted:

Lima tahun hadapi banjir kilat

Lima tahun hadapi banjir kilat

Oleh azian aziz
kota@utusan.com.my


KENDERAAN hanya dapat melalui jalan diTaman Bandar Puteri, Klang selepas air banjir surut pada sebelah petang. - UTUSAN/Rasmi Abdullah


KLANG 28 Mac - Banjir kilat melanda lagi Taman Bandar Puteri semalam. Dalam setahun, beberapa kali bencana alam itu dihadapi oleh kira-kira 600 penduduk di situ.

Tetapi banjir kilat semalam adalah yang paling teruk melanda taman perumahan itu sehingga ada kereta penduduk yang dimasuki air.

Puncanya, kata mereka, longkang utama dan kolam tebatan banjir yang terletak bersebelahan perumahan mereka tidak disenggara dan kurang dalam untuk menampung air yang banyak apabila hujan.

Sehubungan itu, mereka mendesak pihak berkenaan menjalankan tanggungjawab mereka menyenggara longkang utama dan kolam tebatan banjir berdekatan pula dikorek lebih dalam bagi mengelak kejadian banjir kilat seperti yang berlaku pagi semalam tidak berulang.

Penduduk mendakwa telah berhadapan dengan masalah banjir kilat sejak mula menetap di perumahan itu lima tahun lalu tetapi pihak yang berkenaan masih gagal menyelesaikan masalah tersebut walaupun banyak laporan telah dibuat.

Sejak mula menetap di perumahan itu, mereka mendakwa telah mengalami banyak kerugian harta benda apabila kediaman dan kadang-kala kereta mereka dimasuki air banjir. Kawasan yang paling teruk dinaiki air adalah Lorong Kerongsang 10 yang menempatkan hampir 100 buah rumah teres dua tingkat.

Seorang penduduk, James Surin, 49, berkata, setiap kali hujan lebat pasti rumahnya dimasuki air dan kejadian paling teruk ialah pada pagi semalam.

Pekerja sebuah syarikat utiliti itu mendakwa, masalah banjir kilat ini mungkin akibat pembinaan kolam tebatan banjir di belakang kawasan perumahan mereka selain projek pembinaan berdekatan yang menyebabkan pengaliran air di longkang utama tidak lancar.

"Saya bimbang jika masalah ini tidak diatasi segera banjir kilat yang lebih buruk akan berlaku. Banjir pagi ini adalah yang paling teruk kerana sehingga petang ini masih belum surut sepenuhnya. Biasanya air akan surut lebih cepat.

"Hari ini dapur saya dimasuki air, kalau malam ini hujan lagi tak tahulah esok bagaimana," katanya ketika ditemui di taman itu petang semalam.

Jirannya, Tan Yong Pu, 28, pula berkata, sejak menetap di perumahan itu, sudah tiga kali kereta dan rumahnya dimasuki banjir. Dia juga menanggung kerugian akibat kerosakan harta benda.

"Bayangkan kami beli rumah di kawasan ini dengan harga yang tinggi tetapi masih berhadapan depan masalah banjir. Kami rasa tertipu," luahnya.

Seorang lagi penduduk, P. Chandran, 43, pula kesal dengan sikap pemimpin negeri yang hanya datang melawat tetapi selepas pulang tidak bersungguh-sungguh membantu menyelesaikan masalah mereka.

"Semasa datang janji macam-macam, tetapi mereka tidak serius membantu dan mengotakan janji," ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Perikatan Prihatin Malaysia, N. Alagan berkata, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan perlu mencari penyelesaian segera bagi mengatasi masalah banjir di seluruh negeri ini.

"Tidak cukup hanya datang melawat dan bagi hamper kepada mangsa banjir. Mereka perlu merangka jalan penyelesaian dan melaksanakannya agar masalah banjir kilat ini selesai," tambahnya.

Unit disewakan punca migrasi meter tergendala

Posted:

Unit disewakan punca migrasi meter tergendala

Unit disewakan punca migrasi meter tergendala

PETALING JAYA 28 Mac - Unit rumah yang disewakan oleh pemilik antara punca program migrasi dari meter pukal ke meter individu tergendala kerana pemilik sukar dikesan dan tidak mendaftar permohonan bagi tujuan tersebut.

Pengurus Besar Jabatan Pengebilan dan Pemulihan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Shahrudin Ab. Rahman berkata, pihak Badan Pengurusan Bersama (JMB) yang ingin memohon migrasi menghadapi kesukaran untuk mendaftarkan kesemua pemilik unit akibat masalah untuk mengesan pemilik kerana ada di antara mereka yang tinggal jauh.

"Sehingga 29 Februari lalu, Syabas telah menerima sebanyak 1,240 permohonan migrasi ke meter individu yang melibatkan 250,218 akaun individu. Daripada jumlah tersebut sebanyak 506 permohonan telah diluluskan yang merangkumi sebanyak 95,348 akaun individu.

"Sementara itu, 238 lagi telah pun dilaksanakan proses migrasi yang merangkumi 50,973 akaun individu," katanya ketika ditemui pada program pendaftaran migrasi dari meter pukal ke meter individu di Blok A, Pangsapuri SS3 Kelana Jaya di sini baru-baru ini.

Menurutnya, program seperti itu diadakan bagi memberikan maklumat lengkap berhubung proses peralihan tersebut kepada JMB dan penduduk.

Dalam pada itu, wakil JMB, Rabaayah Mohd. Ali berkata, bagi menjayakan program migrasi ini, pihaknya telah mengambil inisiatif dengan menghubungi pemilik-pemilik rumah untuk turut serta dalam proses tersebut.

"Kebanyakan pemilik rumah tinggal jauh. Ada yang tinggal di Johor, malah ada yang berada di luar negara.

"Kami kenal pasti pemilik ini melalui penyewa rumah mereka dan menghubungi pemilik itu bagi memberitahu mengenai program ini," ujarnya.

Seorang penduduk, Rosini Mat Sahir, 54, berkata, dia yang sudah tinggal di situ sejak tahun 1985 menyambut baik program migrasi tersebut dan berharap agar ia dapat dilaksanakan secepat mungkin.

"Peralihan ke paip individu memang dialu-alukan kerana jika ada orang lain tidak membayar bil air, orang yang membayar bil seperti biasa tidak akan terlibat sama jika air dipotong.

"Bayaran bil air menggunakan akaun individu juga lebih murah berbanding meter pukal," jelasnya.

'Pindahkan segera pencawang'

Posted:

'Pindahkan segera pencawang'

'Pindahkan segera pencawang'

Oleh Rasmi Abdullah
kota@utusan.com.my

KUALA LANGAT 28 Mac - Kira-kira 300 penduduk di Taman Bakti Sungai Manggis, Banting di sini mendesak agar pencawang sebuah syarikat telekomunikasi terkenal di kawasan tersebut dipindahkan dengan segera.

Penduduk mendakwa kesan radiasi daripada pencawang yang terletak kira-kira 10 meter dari kawasan perumahan mereka menyebabkan pelbagai kesan penyakit seperti masalah kulit dan pening.

Mereka turut mendakwa, sebilangan penduduk telah mendapat pengesahan doktor bahawa sakit kulit yang dialami berkemungkinan adalah berpunca daripada kesan radiasi dari pencawang tersebut.

B. Rajama, 60, berkata, suaminya, V.Balasundram, 62, yang sudah setahun mengalami sakit kulit baru-baru ini telah disahkan doktor bahawa penyakit tersebut adalah kesan radiasi daripada pencawang berkenaan yang terletak tidak jauh dari rumahnya.

"Doktor pun sudah sahkan radiasi dari pencawang ini memberi kesan kepada penduduk, jadi sampai bila lagi penduduk perlu bertahan. Kami mahu pencawang itu dipindahkan dengan segera," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Seorang lagi penduduk, Yeow Bon Kin, 40, berkata, anak sulungnya yang berusia 13 tahun turut mengalami sakit kulit.

"Anak perempuan saya itu sering mengadu gatal kulit, tetapi saya belum membawanya ke klinik pakar kerana tiada duit. Saya hanya membawanya ke klinik biasa sahaja, letak ubat, penyakit sembuh, tetapi selepas itu gatal lagi," tambahnya.

Katanya, penduduk di kawasan tersebut tidak tahu sampai bilakah mereka perlu berhadapan dengan masalah tersebut sekiranya pihak berwajib tidak segera mengambil tindakan memindahkan pencawang berkenaan.

Mohd. Rom Mohammad, 62, berkata, apa yang lebih membimbangkan penduduk adalah antena yang dipasang pada pencawang itu semakin banyak sehingga kelihatan pencawang tersebut seperti sudah tidak mampu untuk menampungnya.

"Bayangkan jika suatu hari nanti pencawang itu tumbang, mungkin kejadian buruk boleh berlaku ke atas penduduk kerana kedudukannya begitu hampir dengan rumah selain jalan berhampirannya sering digunakan oleh murid-murid Sekolah Rendah Agama Integrasi Sungai Manggis," katanya.

0 ulasan:

Catat Komen