Selasa, 27 Mac 2012

Utusan Online - Dalam Negeri

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Jangan aniaya anak yatim

Posted:

Jangan aniaya anak yatim

KUALA LUMPUR 26 Mac - Pemimpin perlu lebih bersifat bertanggungjawab dalam membantu golongan yang memerlukan terutama membabitkan keperluan anak-anak yatim.

Penasihat Majlis Agama Negeri Johor, Datuk Nooh Gadot berkata, tidak wajar pemimpin mengabaikan keperluan anak yatim apatah lagi ia merupakan keperluan asas untuk meneruskan kehidupan seperti insan lain.

"Dalam Islam, anak yatim adalah golongan yang perlu diberi keutamaan lebih-lebih lagi oleh para pemimpin setempat," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Lembaga Pengelola Rumah Anak Yatim Anak Kesayanganku, Bukit Beruntung, Khairul Soleh Ghazali berhubung kegagalan pihaknya memohon bantuan Kerajaan Negeri Selangor untuk pembinaan asrama dan surau sejak 2008.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

'Amal sikap suka membaca'

Posted:

'Amal sikap suka membaca'

KUALA LUMPUR 26 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak masyarakat negara ini termasuk para pembaca blog beliau supaya sentiasa menggunakan masa terluang untuk melakukan aktiviti berfaedah seperti membaca buku.

Perdana Menteri berkata, melalui pembacaan, seseorang antaranya boleh mempelajari ketabahan ikon dunia dan seterusnya mampu menyemarakkan aspirasi pembaca dalam menghadapi masa depan yang lebih baik.

"Bagi anda yang mempunyai masa terluang, saya harap anda akan terus membaca sekerap yang anda mampu.

"Saya amat rindukan kepuasan membaca buku dari semasa ke semasa," katanya dalam entri terbaru di http://1malaysia.com.my bertajuk Kepuasan Membaca Sebuah Buku Yang Ditulis Dengan Baik hari ini.

Dalam entri tersebut, Najib turut berkongsi kepuasan yang dikecapi beliau setelah selesai membaca buku biografi mengenai pengasas syarikat Apple Inc. Steve Jobs.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Roselyn tenang 'jumpa' suspek pembunuh Dirang

Posted:

Roselyn tenang 'jumpa' suspek pembunuh Dirang

JOHOR BAHRU 26 Mac - Biarpun hadir ke mahkamah di sini hari ini untuk melihat individu yang dituduh membunuh kejam anak perempuannya, Roselyn Alan, 25, masih mampu menghadapinya dengan tenang.

Ibu kepada Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau Dirang yang hadir ke Mahkamah Majistret dengan ditemani ibunya, Milnah Jul, 56, dan beberapa saudara-mara serta jiran kira-kira pukul 9 pagi kelihatan tenang sepanjang prosiding pertuduhan membunuh ke atas individu terbabit.

Roselyn kemudiannya dilihat meninggalkan mahkamah sebaik sahaja pendakwaan ke atas semua tertuduh selesai pada pukul 11.15 pagi.

Ketika dihubungi kemudiannya, Roselyn berkata, dia kesal apabila hanya seorang sahaja suspek yang didakwa sekali gus mengakui berasa bimbang dengan perkembangan itu kerana khuatir ada pihak akan cuba membalas dendam.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

0 ulasan:

Catat Komen