Khamis, 29 Mac 2012

Berita Harian: MukaDepan

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Berita Harian: MukaDepan


Anwar tak layak jadi PM: Nalla

Posted: 28 Mar 2012 06:04 PM PDT

KUALA LUMPUR: Datuk S Nallakaruppan tetap dengan pendiriannya bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana Ketua Pembangkang itu seorang biseksual.

Dengan nada tegas, bekas rakan karib Anwar itu berkata beliau sanggup disaman walaupun RM500 juta kerana mendakwa mempunyai bukti yang boleh menyokong kenyataannya dan bersedia mendedahkannya di mahkamah.

Saya tidak boleh terima seorang biseksual sebagai menantu dan saya juga tidak boleh terima seorang biseksual sebagai pemimpin. - S Nallakaruppan

"Saya tetap dengan pendirian bahawa seorang biseksual tidak layak jadi Perdana Menteri atau Ketua Pembangkang. Bukan di negara ini. Ini prinsip yang saya tetap pegang walaupun saya disaman RM500 juta," katanya yang membaca kenyataan empat perenggan pada sidang media, di sini semalam.

Hadir sama peguamnya, Datuk Seri Dr Muhammad Shafee Abdullah serta tiga Ahli Parlimen BEBAS, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru), Datuk Zulkifli Nordin (Kulim Bandar Bharu) dan N Gobalakrishnan (Padang Serai).

Isnin lalu, Anwar mengemukakan saman malu menuntut ganti rugi RM100 juta daripada Nallakaruppan yang juga Presiden Parti India Malaysia (MUIP) dan dua pihak lagi berhubung artikel dalam akhbar Utusan Malaysia yang didakwa mengaitkannya dengan aktiviti biseksual.

Dalam pernyataan tuntutannya, Anwar berkata, semua defendan secara salah dan berniat jahat menerbitkan perkataan fitnah melalui artikel muka depan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 20 Mac lalu bertajuk 'Anwar biseksual, tak boleh jadi ketua pembangkang – Nalla' dan pada muka enam bertajuk 'Nallakaruppan tuduh Anwar biseksual.'
Anwar mendakwa, perkataan fitnah dalam artikel itu antaranya membawa maksud beliau seorang yang tidak layak memegang jawatan sebagai Ketua Pembangkang, pemimpin Muslim yang berkelakuan tidak selari dengan ajaran Islam, tidak mempunyai reputasi yang baik dan rendah moral.

Katanya, perkataan fitnah itu adalah palsu, tidak berasas dan disiarkan dengan niat jahat serta menjejaskan dengan teruk karakter, penghormatan, reputasi peribadi, politik serta kedudukannya.

Anwar mendakwa, beliau melalui peguam Tetuan Edwin Lim Suren & Soh pada 20 Mac lalu mengarahkan ketiga-tiga defendan menarik semula artikel berkenaan, memohon maaf dan membayar ganti rugi kepadanya tetapi sehingga kini mereka gagal berbuat demikian.

Dalam sidang media itu, Nallakaruppan juga mahu perbicaraan dimulakan segera bagi membolehkan rakyat mengetahui kebenaran.

Beliau juga mendakwa Anwar menyamannya kerana kenyataannya yang mengatakan tiada peruntukan dalam Perlembagaan bahawa seorang biseksual tidak boleh menjadi Perdana Menteri atau Ketua Pembangkang.

"Saya tidak boleh terima seorang biseksual sebagai menantu dan saya juga tidak boleh terima seorang biseksual sebagai pemimpin," katanya.

Sementara itu Zahrain, berkata kehadiran beliau bersama pemimpin lain pada sidang media itu bagi membuktikan sokongan mereka terhadap pendedahan Nallakaruppan.

"Kita lebih mengenali Anwar dan kita tidak mahu rakyat terus ditipu. Sebab itu saya akan bersama-sama dengan beberapa pemimpin lain untuk menjelaskannya kepada rakyat," katanya.

Pengasas PKR, Ng Lum Yong yang turut hadir pula berpendapat kes saman itu bukan antara Anwar dengan Nallakaruppan, sebaliknya antara pemimpin pembangkang itu dengan rakyat Malaysia.

Bekas setiausaha politiknya, Annuar Shaari pula menyifatkan hubungan Anwar dengan Nallakaruppan sangat akrab dan pasti tahu banyak mengenainya.

Bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan, Zahid Md Arip pula secara sinis berharap Anwar tidak lagi cuba berselindung di sebalik nama besar ulama Yusof Al-Qardawi dalam menghadapi kes biseksual itu.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

jajamie

kan senang kalau Allah s.w.t yang membuktikan siapa DSAI sebenarnya...Ya Allah kau tunjukkan lah bukti yang terang jelas dan nyata agar rakyat Malaysia tidak memilih Pemimpin yang salah...tlglah kami Ya Allah.

Mabaloh Im.Tokoh

Bukan sokong sesiapa...tapi klu parti pimpinan sesorang itu mendapat mejoriti mudah,apatah lg dgn kelebihan 2/3, maka jadi kenyataan impian seseorang itu utk menjawat jawatan yg diidamkan...

luqman

saya pelik, kenapa kalau ada saja kes-kes anwar, penyokongnya akan buat tuduhan kepada kerajaan, pandai si anwar ni hasut hingga pengikutnya sangat-sangat benci kerajaan, walaupun kes terbaru ini bukan dari pemimpin kerajaan, mereka ini mungkin tak nampak kebaikan kerana asyik menyalahkan kerajaan. pengikut dengan pemimpin sama saja, bagi saya kerajaan sekarang ada juga kelemahannya, tapi tak lah seteruk PR asyik hantam kerajaan, yang mereka, apa mereka buat untuk rakyat selain menabur kebencian rakyat kepada kerajaan.

pak ngah

anwar perlu bersihkan diri...taubat nasuha.. sumpah atas nama Allah..itu 'modal besar' anda..PRU dah dekat ni,tunggu apa lagi?? pasti penyokong makin ramai,rakyat atas pagar pun terjun dlm parti anda... come on la bro..

poji

astaghfirullah...sudah2 la mburuk2 org. Jk kita x tau..baik diam wpun cerita itu benar. Jgn kita sama2 tanggung dosa besar. Ingat la wahai manusia pbalasan kat akhirat nanti. Kita ada byk jbtn2 @mahkamah islam..ada bukti dakwa dia. Jgn bising2 kat media.

abd rahman

Rakyat atau pengundi sudah meluat dengan politik aibkan peribadi seseorang tak kira bangsa. Tukang aib dapat dosa besar dan yg membaca/mendengar juga dapat dosa sama. Percayalah isu aibkan peribadi orang lain tak dapat pengaruhi pengundi. Pengundi sekarang bijak belaka. Mereka tahu siapa mereka sebelum ini.

kunyithitam

Siapa Nalla nih nak buat keputusan. Biar lah rakyat yang pilih siapa yang sesuai jadi PM

dsai2012

sila mahkamah selesai segera kes ini, kalau tidak teruk dilaknat allah, harap dsai bertaubatlah kalau perkara ini benar2 berlaku

lShahidzol Fadzali Bin Shapiee

Tak ada angin takkan pokok bergoyang . Yg dok cakap tu pun semua kawan baik Dsai dulu. Lani ni depa tu dah tahu dan nampak yang buruk perengai dsai tu, . Berani kerana benar. terima kasih Nalla and the gang

aidil

ala tak yah gaduh2. buat pening kepale korang jer. kalau tak salah wat apa nak takut. kita tgk bukti2 kat makamah nanti jelah. lepas tu baru nilailah. cuma harap jgn tangguh byk kali. cepat2 sikit perbicaraan tu.

haghaf

Kita bercakap mengenai orang yang bakal menjadi PM. Kalau nak jadi PM, calonnya mestlah mempunyai keperibadian yang bersih, akhlak terpuji dan beragama...nak jadi PM yop..kena pilih betoi betoi dan berhati-hati, jangan salah pilih, nanti lingkup Malaysia yop..

jo

dahulu sy merupakan org yg sgt2 mengkagumi dsai.tetapi lama kelamaan peribadi sebenar dsai teserlah.susah sgtkah dia bersumpah?sy pasti kalau dia bersumpah, ms skrg adalah waktu yg sesuai.pru13 dah dekat

Adam Putra

Saya tak kisah pemimpin malaysia nak biseksual ke triseksual ke apa, yang penting jangan menipu rakyat, jangan makan rasuah, jangan merosakkan negara..

Timithy

Seorang pemimpin yang takut akan Tuhan pastinya ada memiliki kebenaran. Saman-saman ini hanya mainan untuk membangkitkan kemarahan orang lain. Tuduhan-tuduhan juga hanya bentuk provokasi mainan bagi meraihkan kepentingan diri. Kita sebagai rakyat, apakah kita termakan @ dimakan oleh hal-hal seperti ini. Sudahlah kita menderita ditindas di bumi sendiri, masih lagi kita mengheret hal-hal seperti ini ke dalam hidup kita.

lan

bukan ke DSAI dah pernah bersumpah dulu?

eye

Sama PR dan parti lain..yang penting as a muslim we need to select ISLAM first. pasal rasuah, harta, asset, personal, biar mereka jawab dengan tuhan. Yang penting kita sebagai muslim islam mesti di dahulu kan. baru berkat negara.

surohtidojangan

tanya sama pokok...apa pasal goyangggggg...nanti jawap pokok...pasal angin goyangggggggg

Uzeri

Setelah sekian lama berkawan dgn anwar kemudian kena tangkap akhirnya tanpa ada sogokan meletus anwar bisexual. knp semasa tuduhan liwat 2 nalla tidak brkokok mengatakan anwar bisexual? bila fikir2kan...semuanya kerana politik... manusia sanggup jadi apa saja demi kesinambungan periuk nasi masing2..

Aen

Kepada saudari Salmah Zainal, masalahnya disini ialah DSAi sendiri pun TIDAK BERANI BERSUMPAH untuk membersihkan nama sendiri walaupun sudah dinasihatkan utk berbuat demikian oleh geng beliau. So kenapa ya? So cuma DSAI sendiri yg tahu apa kelakuan beliau sendiri. Kes JAM TANGAN OMEGA tu sehingga sekarang pun belum selesai lagi.. Boleh tahu bila lagi nak tunjukkan jam tangan tersebut kepada media dan rakyat malaysia?

So, DSAI... bertaubat lah... rumah dah kata pergi kubur dah kata mari... dunia cuma sementara... bertaubatlah sementara boleh... Aku bukan penyokong DSAi tapi aku sebagai saudara sesama islam, aku ingin melihat DSAi bertaubat..

fb

memburukkan peribadi seseorang tak kira agama adalah sesuatu yang sepatutnya dielakkan. kalau seseorang yang berjiwa murni dia tidak akan memburukkan peribadi sesiapa pun.

AIDDY

Dah hampir PRU13 jangan aibkan orang lain kerana perbuatan itu membuat orang muak kerna anda suka memburuk-burukkan orang. anda bukan terbaik

roslan lan

saya sokong ko mat..media mesti adil, seadil-adilnya...

K1

Ingatlah, islam sejati mengikut perintah
Allah. Sebarang punca hasil kerjasama, menyokong dan mengiakan perbuatan orang yang menipu, memfitnah dan sebagainya, sedangkan pada hakikatnya 'dia' sememangnya orang yang tidak bermoral, adalah HARAM di sisi Allah.

zairizanz

kenapa dah dekat PRU, baru lah Anwar nak saman?..walhal datuk Nalla boleh disaman sebelum ni, banyak lagi cerita-cerita panas yang dihebahkan sebelum ini...tetiba jer datuk Anwar berani menyamannya...pun ada strategi jugak...hehe,..nak minta lebih simpati kot masa berkempen nanti..

Juwina

bukankah perkara aib ini patut disorokkan atau diambil tindakan secara halus, dan tidak digembar-gemburkan seperti sedia ada berlaku kini? sebaiknya kita menangani dengan cara berhemah dan boleh dipercontoh dgn baik pd masa depan berbanding dgn memalukan pihak2 yg terlibat. tak perlu sumpah2 ni semua

Aziz pt

rm500j..pergh... kaya..kaya...

Salmah Zainal

Sebagai seorg Islam saya cadangkan DSAI berani mengangkat sumpah didalam mana2 mssjid demi membersih nama DSAI. Sudah banyak perkara yg tak elok di dengar pasal DSAI. Sebagai seorg Islam cuma dgn cara itu sahaja dpt membersih nama baik DSAI kerana ALLAH akan menunjuk siapa yg benar dan akan menerima bala yg tidak dpt kita bayang kan kepada mereka2 yg mambuat fintah terhadap DSAI...

aman

Allah maha mengetahui. Andainya Dia ingin membuka keaiban hambaNya yang kufur, akan diperliahtkan satu-persatu walau macam mana sekalipun ingin disembunyikan. yg penting kita menilai dengan rasional dan logik bukan menyokong membuta tuli.

shukur

perlu kah kita pada seorang pemimpin yang hanya pandai jual air liur uatuk tipu rakyat dulu boleh lah sory lah bro

shafie bin zakaria

Kita org Islam kena ingat yg hidup kita di dunia hanya sementara sahaja.Segala kebaikan dan kejahatan kita akan dihisab dgn seadil2nya oleh Allah.Jadi fikir2lah kerana Allah maha mengetahui,didunia pun tak tentu akan selamat.

Aliah Ali

ni macam kes sembunyikan buah durian la ni, walaupun ditutup dan dibungkus dgn rapi tapi baunya tetap akan keluar juga.....

yafith mahmud

Apakah penyokong penyokong anuar masih kelabu mata lagi.Mereka mereka ini sanggup disaman semata mata untuk mencari kebenaran.Dan suatu ketika dulu mereka adalah penyokong kuat anuar dan bersama sama menentang BN.Tetapi olih kerana sikap anuar telah lari dari norma norma kehidupan dan menyalahi dari segi hukum ugama ,mereka mereka ini cuba membetul kan anuar tapi ditentang olih anuar. Yang pasti mereka mereka ini bukan lah penyokong BN.

mat

kalau benar kenyataan Nallakaruppan itu hukum lah dato sri anuar, tapi jika tidak benar tuduhan itu saya minta kerajaan malaysia tembak saja nallakaruppan dan kuncu2nya di depan rakyat malaysia kerana fitnah adalah lebih bahaya dari membunuh,fikir fikirlah kerana kami orang islam sangat sayang kepada pemimpin yang beragama islam,kita orang tidak akan berdiam diri ya.fikir2 lah ya

yazid

masalah nya masih ada orang yang taksub dengan DSAI,selama dia jadi ketua pembangkang kebanyakan waktunya dia berada luar negara..hebat kan

kamarul

hanya Allah yang maha mengetahui.....

khamizam

Bila dah dekat dengan pilihanraya, macam-macam le cerita timbul. Rakyat pun bukanya bodoh untuk mempertimbangkan segala cerita-cerita semasa. Mulut ahli politik tidak kira pembangkang atau pemerintah adalah satu janji manis sahaja atau dengan kata lain satu pembohongan semata-mata. Bak kata pepatah melayu lama, kalau jumpa orang politik dan ular tengah jalan, jangan ketuk ular sebaliknya ketuk orang politik tu dulu. Fikir-fikirkan lah......

Nik Fahmi

Kenapa kebanyakkan yang akrab dengan Anwar pasti berpaling tadah terhadapnya, bukan seorang tetapi ramai seperti Zulkifli Nordin, Peguambela Anwar pada tahun 1998, sehingga Karpal Singh sebagai peguam bela Anwar pernah mengecam Anwar.

Mesti ada sikap yang tidak disukai ada pada Anwar. Seseorang pemimpin yang baik tidak akan dibenci lebih-lebih lagi orang sekelilingnya yang sokong atau pernah sokong beliau. Fikir-fikirkanlah.

bendul

Kita sama-sama tahu perangai DSI tu sudahlah!

37 tahun kayuh basikal hantar bekal

Posted: 28 Mar 2012 06:04 PM PDT

MukaDepan

Warga tua teruskan rutin sediakan makanan meskipun suami sudah meninggal 1975

GERIK: Hampir setiap hari sejak berpuluh tahun lalu, Saadiah Abdullah akan mengayuh basikal sejauh lima kilometer ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik untuk menghantar bekalan makanan kepada suaminya yang bertugas di balai itu.

Dia melakukannya demi kasih sayang dan kesetiaan kepada suaminya, Alias Nik Daud. Kini, selama 37 tahun selepas suaminya meninggal dunia dalam serang hendap komunis di Temenggor dekat sini pada 1975, beliau masih mengayuh basikal setiap hari kecuali jika tidak sihat untuk menghantar makanan. Namun, kini makanan berkenaan bukan untuk suaminya, tetapi kepada sesiapa saja anggota polis yang bertugas di balai berkenaan.

Untuk berita penuh dapatkan naskhah Berita Harian hari ini

0 ulasan:

Catat Komen