Selasa, 27 Mac 2012

Kosmo Online - Negara

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Ditemui selamat di Selangor

Posted:

Ditemui selamat di Selangor

Ditemui selamat di Selangor

Oleh MUSTAPA LAKAWA
mustapa.lakawa@kosmo.com.my

Wan Chik


KUALA TERENGGANU - Misteri kehilangan warga emas, Wan Chik Abdullah, 78, dari rumahnya di Kampung Bonggol Belukar di sini 11 hari lalu terjawab apabila dia kini selamat di rumah anaknya di Taman Tenaga, Puchong, Selangor.

Perkara itu dimaklumkan oleh anak bongsunya Azman, 43, yang mendapat pengesahan mengenai perkara itu daripada abangnya, Mustapa, 48, yang tinggal di taman berkenaan.

Ketika dihubungi Kosmo! semalam, Azman berkata, selepas berita kehilangan ibunya pada 16 Mac lalu disiarkan oleh Kosmo! kelmarin, seorang wakil sebuah rumah kebajikan di Puchong telah menghubunginya pada pukul 8 pagi semalam.

Katanya, dalam perbualan menerusi telefon itu, pegawai tersebut memaklumkan bahawa ibunya telah ditemui oleh polis dalam keadaan keseorangan di Puchong Perdana dengan sekeping tiket di tangan.

"Pegawai itu memaklumkan, emak kemudian telah dihantar oleh polis ke rumah tersebut untuk dijaga buat sementara waktu selepas mereka gagal mengesan ahli keluarganya

"Saya ucapkan terima kasih kepada Kosmo! kerana dengan tersiar berita kehilangan ibu saya di akhbar ini, maka ibu saya berjaya ditemui semula," katanya ketika dihubungi semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Mahkamah tutup kes

Posted:

Mahkamah tutup kes

Mahkamah tutup kes

Oleh NORHAYATI YAHAYA
norhayati.yahaya@kosmo.com.my


SAFEE bergambar bersama isteri, Sabrina (kiri) dan dua anaknya, Nur Syaza Syaqina (dua dari kiri) serta Nursyasya Safirna.


SHAH ALAM - Jutawan bola sepak negara, Safee Sali yang kini bermain untuk Pelita Jaya FC di Indonesia semalam menarik balik permohonan kembali taat yang difailkan terhadap isterinya, Sabrina Yusof di Mahkamah Rendah Syariah di sini November tahun lalu.

Permohonan itu dikendalikan oleh peguam syarie, Norrasyada Osman yang mewakili Safee atau nama sebenarnya, Mohd. Safee Mohd. Sali di hadapan Hakim Syarie Atras Mohamad Zain.

Dalam permohonannya, Norrasyada memberitahu, anak guamnya itu tidak dapat hadir ke mahkamah dan bersetuju untuk menarik balik permohonan tersebut selepas bersetuju menyelesaikan masalah rumah tangga mereka di luar mahkamah.

Atras kemudian membenarkan permohonan itu dan memutuskan agar kes itu ditutup.

Sabrina yang diwakili peguam syarie, Junaidah Bakar juga tidak hadir pada prosiding semalam dan dia dikatakan berada di Kuching, Sarawak.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tindakan awal pastikan keselamatan nuklear

Posted:

Tindakan awal pastikan keselamatan nuklear

Tindakan awal pastikan keselamatan nuklear


MUHYIDDIN (belakang, empat dari kanan) bergambar bersama sebahagian daripada ketua-ketua negara pada Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear 2012 di Seoul, Korea Selatan semalam.


SEOUL - Masyarakat antarabangsa perlu mengukuhkan keupayaan setiap negara bagi mengekalkan kawalan yang efektif dan melaksanakan tindakan lebih awal bagi memastikan keselamatan nuklear, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bercakap pada sesi pleno Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear 2012 yang berakhir semalam, Muhyiddin berkata, masyarakat antarabangsa perlu meningkatkan kerjasama dalam pembinaan keupayaan, pertukaran dan perkongsian maklumat tepat pada masanya dan perisikan berkualiti tinggi selain mengguna pakai amalan terbaik.

Sidang kemuncak dua hari bertemakan Beyond Security, Towards Peace (Melampaui Keselamatan, Menuju Keamanan) berlangsung di Pusat Konvensyen dan Pameran serta dihadiri 53 pemimpin.

Muhyiddin yang bercakap mengenai langkah-langkah nasional dan kerjasama antarabangsa bagi meningkatkan keselamatan nuklear termasuk komitmen masa depan juga mengulangi gesaan Malaysia supaya semua negara mempertimbang penubuhan satu konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai keselamatan nuklear.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

0 ulasan:

Catat Komen