Rabu, 28 Mac 2012

Utusan Online - Muka Hadapan

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Harga RON95 kekal RM1.90

Posted:

Harga RON95 kekal RM1.90

Oleh HASHNAN ABDULLAH
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 27 Mac - Harga petrol RON95 kekal RM1.90 seliter walaupun berlaku kenaikan harga bahan bakar itu di pasaran global ketika ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, harga itu dapat dikekalkan selepas kerajaan menambah subsidi sebanyak 10 sen bagi bulan ini iaitu kepada RM1.03 seliter.

"Langkah ini perlu bagi memastikan rakyat tidak dibebani kesan sampingan berikutan kenaikan harga minyak global.

"Kerajaan masih mengekalkan subsidi itu kerana kita tahu kalau tidak dikekalkan, harga barangan lain termasuk yang tidak ada kaitan dengan minyak akan naik sebab apabila kos pengangkutan meningkat, ia akan dimasukkan dalam harga barangan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan kementeriannya di sini hari ini.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Nalla buat laporan polis

Posted:

Nalla buat laporan polis

Oleh ANGELINA SINYANG
pengarang@utusan.com.my


NALLAKARUPPAN menunjukkan laporan polis yang dibuat selepas menerima ugutan di Balai Polis Sentul, Kuala Lumpur, semalam. - Ihsan Ondscene.


KUALA LUMPUR 27 Mac - "Jangan bercakap mengenai Anwar dan jangan beri sebarang kenyataan kepada media. Jika tidak anda akan dipukul".

Itu antara ugutan yang diberikan terhadap Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan oleh dua lelaki tidak dikenali, petang semalam.

Ugutan itu diterima oleh Nallakaruppan hanya beberapa jam selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap beliau dan Utusan Melayu (M) Bhd. atas dakwaan mengaitkannya dengan aktiviti biseksual.

Menurut Nallakaruppan, dua lelaki berkenaan telah mendekati dan mengugut mahu memukulnya jika berterusan bercakap mengenai Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PRK) itu semasa dia berada di sebuah kedai di Bukit Tunku di sini, pukul 3 petang semalam.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Kes orang hilang membimbangkan

Posted:

Kes orang hilang membimbangkan

Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 27 Mac - Kes orang hilang terutamanya melibatkan gadis dilihat membimbangkan ketika ini apabila daripada 1,097 yang dilaporkan hilang sejak sepanjang 2011, hanya 406 sahaja berjaya ditemui semula.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, ini bermakna seramai 691 orang masih gagal ditemui dengan sebahagian besar daripadanya kerana lari mengikut kekasih.

Menurutnya, keseluruhan orang hilang pada tahun lalu itu terdiri daripada 371 lelaki dan 726 perempuan. Bilangan yang ditemui semula pula adalah 133 lelaki serta 273 perempuan.

"Mereka yang gagal ditemui adalah seramai 238 lelaki dan 453 perempuan manakala jumlah tertinggi orang yang masih hilang adalah anak gadis berusia 14 hingga 17 tahun.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

0 ulasan:

Catat Komen