Ahad, 25 Mac 2012

Kosmo Online

Kosmo Online


Lebih 20 buah rumah rosak akibat ribut

Posted:

Lebih 20 buah rumah rosak akibat ribut

Lebih 20 buah rumah rosak akibat ribut

25/03/2012 7:57pm

KANGAR – Lebih 20 buah rumah rosak terutama pada bahagian bumbung dalam kejadian ribut yang melanda sekitar bandar Kangar hari ini.

Jurucakap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis berkata, tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 4.30 petang ketika hujan lebat.

Antara lokasi terjejas ialah Kampung Bakau dan Taman Hijrah di sini, namun JKM masih menjalankan bancian dan nilai kerugian belum diketahui setakat ini.

Turut mengalami kerosakan ialah gerai-gerai makanan yang turut terbalik akibat angin kencang manakala beberapa batang pokok turut tumbang.

Anggota-anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) masih bertungkus lumus mengalihkan pokok-pokok yang tumbang berhampiran jalan raya terutama berhampiran Padang Bandaran di sini.

Akibat kejadian itu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) turut memotong sementara bekalan elektrik di kawasan terbabit demi keselamatan orang ramai. – BERNAMA

Jangan selesa peroleh diploma, ijazah sahaja

Posted:

Jangan selesa peroleh diploma, ijazah sahaja

Jangan selesa peroleh diploma, ijazah sahaja

25/03/2012 6:28pm

KEPALA BATAS — Golongan siswazah hari ini diingatkan supaya berusaha meningkatkan pencapaian dalam pelajaran untuk bersaing di peringkat global dan bukan berasa selesa apabila memperoleh diploma atau ijazah sahaja, kata bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau berkata, mereka terutama pelajar bumiputera sepatutnya perlu lebih berusaha untuk meningkatkan kualiti diri dengan mendapatkan kelulusan sehingga mencapai kejayaan yang lebih tinggi dengan memperoleh ijazah sarjana dan doktor falsafah.

"Golongan pelajar tidak boleh terlalu selesa dengan apa yang ada sebaliknya mereka perlu berusaha untuk mencapai kejayaan yang lebih tinggi agar dapat bersaing sehingga peringkat global.

"Selain itu, ia juga adalah untuk membina kekuatan modal insan yang cemerlang dan terbilang demi masa depan sendiri, keluarga dan negara," katanya kepada pemberita selepas menutup Ekspo Selangkah Ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini.

Ekspo dua hari yang bermula semalam itu diadakan bagi memberi penerangan dan maklumat terperinci mengenai program-program pengajian sedia ada dan baharu yang ditawarkan oleh UiTM.— BERNAMA

KL pertahan juara kejohanan bola jaring remaja

Posted:

KL pertahan juara kejohanan bola jaring remaja

KL pertahan juara kejohanan bola jaring remaja

25/03/2012 5:27pm

KUALA LUMPUR— Pasukan Kuala Lumpur terus mempertahankan gelaran juara setelah berjaya menewaskan pasukan Kedah pada perlawanan akhir Kejohanan Bola Jaring Remaja Kebangsaan ke-28 di Stadium Juara, Bukit Kiara di sini hari ini.

Juara lapan kali berturut-turut itu menumpaskan Kedah 57-28 dan seterusnya dinobatkan sebagai juara keseluruhan bagi kejohanan tahunan itu.

Kejohanan yang berlangsung selama empat hari turut menyaksikan Selangor menduduki tempat ketiga selepas menundukkan Pahang 62-42.

Pada kejohanan itu, Nor Atikah Abu Hassan dari Kedah menerima anugerah pertahanan terbaik, Nurul Adha Abu Bakar dari Kuala Lumpur menerima anugerah penyerang terbaik manakala penjaring terbanyak dimenangi oleh Nur Ain Omar dari Kuala Lumpur yang menjaringkan 194 mata.

Pemain terbaik kejohanan turut disandang oleh Kuala Lumpur, Nur Syafazliyana Mohd Ali dan Sabah merangkul "Pingat Fair Play".— BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan