Isnin, 26 Mac 2012

Harian Metro: Mutakhir

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Harian Metro: Mutakhir


Pelajar cemerlang perlu digalak sertai bidang baru: Idris Jusoh

Posted: 26 Mar 2012 03:45 AM PDT

BESUT: Pelajar cemerlang tidak semestinya digalakkan menyertai bidang perubatan atau kejuruteraan sahaja kerana bidang lain juga mempunyai potensi tersendiri agar wujud keseimbangan dalam agihan kerjaya di kalangan rakyat negara ini.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Seri Idris Jusoh berkata, beliau hairan ramai ibu bapa termasuk pendidik yang berlumba-lumba mengalakkan pelajar atau anak-anak mereka yang cemerlang menyertai bidang kerjaya yang glamor itu.

"Banyak bidang yang masih memerlukan kepakaran seperti dalam bidang perniagaan, perladangan, pertanian mahupun pelaburan serta perakaunan tetapi sehingga sekarang bidang-bidang itu hanya disertai pelajar yang secara kebetulan tidak terpilih dalam bidang yang mereka mohon.

"Ini akhirnya meninggalkan bidang-bidang yang tidak glamor disertai mereka yang berkelulusan sederhana dan lain-lain," katanya kepada pemberita bagi mengulas trend pendidik dan ibu bapa yang ghairah mahukan anak mereka yang cemerlang menyertai bidang perubatan dan kejuruteraan tanpa menilai pilihan lain. - Bernama



KBS tubuh cawangan paralimpik setiap negeri

Posted: 26 Mar 2012 01:52 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi cawangan paralimpik, Majlis Sukan Negara (MSN) menubuhkan cawangan paralimpik di seluruh negara dalam usaha memperkasa sukan tersebut di negara ini.

Pengarah cawangan paralimpik MSN, Mohd Safrusahar Yusuf berkata, penubuhan cawangan itu yang bermula awal tahun ini adalah bagi menarik lebih ramai golongan orang kelainan upaya (OKU) melibatkan diri dalam acara sukan.

Buat permulaan, cawangan paralimpik itu akan menggunakan kemudahan sedia ada di MSN negeri-negeri, katanya.

"Kita juga akan menempatkan pegawai kanan MSN di setiap negeri untuk mengendalikan latihan dan program yang telah disusun oleh KBS dan MSN," katanya kepada Bernama hari ini.


Beliau berkata enam acara sukan akan menjadi keutamaan bagi program tersebut diantaranya ialah olahraga, tenpin bowling, badminton, powerlifting dan renang.


"Diharap dengan adanya program seumpama ini, kita dapat mencungkil lebih ramai bakat-bakat baru," katanya. - Bernama



0 ulasan:

Catat Komen