Jumaat, 30 Mac 2012

Utusan Online - Selatan

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Santai di Kolam Air Panas Gadek

Posted:

Santai di Kolam Air Panas Gadek

Santai di Kolam Air Panas Gadek

Oleh MOHAMMAD DZULHISHAM CHE HASSIM
utusanN9@utusan.com.my



ALOR GAJAH 29 Mac - Akibat beban tugas yang mendesak, ramai yang sering merungut tidak mempunyai masa untuk memanjakan diri dan bersantai bersama keluarga kerana kebanyakan lokasi riadah tidak beroperasi pada masa yang dikehendaki pengunjung.

Bagaimanapun, masalah yang membelenggu kelompok masyarakat yang sentiasa sibuk dengan tugas harian kini dapat diatasi dengan adanya pusat riadah dan santai yang dibuka 24 jam bagi memenuhi keperluan mereka.

Kolam Air Panas Gadek yang terletak di bandar ini menjadi salah satu daripada penyelesaiannya kerana selain menawarkan lokasi yang selesa untuk seisi keluarga meluangkan masa bersama, ia turut beroperasi 24 jam.

Menyingkap kembali sejarahnya, kewujudan kolam air itu dikatakan mula diketahui ramai apabila penduduk Kampung Gadek berjaya mengintip pergerakan pegawai dan anggota tentera British secara beramai-ramai berkampung di kawasan berhampiran kolam tersebut.

Tindakan itu menyebabkan penduduk kampung tertanya-tanya akan keistimewaan kolam itu dan muncul desas-desus yang menyatakan airnya mampu merawat penyakit.

Namun, selepas Tanah Melayu bebas daripada penjajah, penduduk kampung baru menyedari bahawa kawasan berkenaan mempunyai khazanah alam semula jadi iaitu sumber air panas dalam tanah.

Pengurus Arus Rahmat Sdn. Bhd., Aziz Hamid berkata, kolam air panas semula jadi itu membentuk kolam-kolam kecil yang mengalirkan air mengeluarkan buih yang mengandungi gas hidrogen sulfida dikatakan mampu merawat penyakit kulit.

Menurutnya, kawasan sekitar kolam mula dibangunkan sejak 1980-an dan dimajukan dari semasa ke semasa sebagai tempat tarikan pelancong dan rekreasi yang popular oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) sebelum diambil alih syarikatnya pada 2002.

Kini, kolam berkenaan lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti restoran, taman permainan kanak-kanak dan akses internet jalur lebar tanpa wayar percuma.

Kolam Air Panas Gadek yang terletak 30 kilometer dari bandar raya Melaka kini merupakan kebanggaan penduduk Alor Gajah dan menjadi salah satu produk pelancongan di negeri ini yang sering mendapat kunjungan pelancong dalam dan luar negara.

Bukan sekadar itu, kolam air panas itu diyakini dapat memulih kesihatan pesakit seperti mengeringkan kesan luka dan bagi mereka yang lumpuh, air panas ini dapat membantu kelancaran aliran darah.

Dilengkapi dengan dua buah kolam utama dan lapan kolam mini, pengunjung hanya dikenakan bayaran RM5 bagi dewasa dan RM3 bagi kanak-kanak, manakala bagi kanak-kanak di bawah lima tahun tiada bayaran dikenakan.

Menurut Aziz, bagi keselesaan pengunjung yang datang bersama keluarga, Kolam Air Panas Gadek turut menyediakan kemudahan spa keluarga yang dilengkapi dengan bilik persalinan.

"Kolam Air Panas Gadek secara puratanya menerima kunjungan 2,000 hingga 3,000 pelawat sebulan dan akan meningkat pada musim cuti sekolah dan kebanyakan pengunjung lebih menggemari waktu malam untuk bersantai di kolam ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Mengulas mengenai aspek kebersihan, beliau menegaskan, pihaknya sentiasa memberi perhatian dengan menjalankan kerja-kerja pembersihan kolam secara berkala dan memberi jaminan bahawa air kolam itu selamat dan bersih.

Ops 1Malaysia bermula hari ini

Posted:

Ops 1Malaysia bermula hari ini

Ops 1Malaysia bermula hari ini

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR
utusanN9@utusan.com.my

SEREMBAN 29 Mac - Polis dengan kerjasama agensi kerajaan lain akan mengadakan Operasi 1Malaysia di kawasan Parlimen Seremban dan Telok Kemang, Port Dickson mulai esok bagi mengurangkan kadar jenayah di lokasi terbabit.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, operasi itu turut melibatkan agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) termasuk Jabatan Imigresen, Ikatan Relawan Rakyat (Rela), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

''Dalam menangani kesemua bentuk jenayah termasuk jalanan, anggota penguat kuasa yang terlibat dalam rondaan di dua kawasan parlimen itu akan turut bertemu penduduk untuk membantu menyelesaikan apa juga masalah rakyat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, operasi tersebut akan diadakan setiap hari mengikut jadual yang ditetapkan bagi daerah ini.

''Bermula hari Ahad hingga Khamis rondaan akan dijalankan dari pukul 8.30 malam hingga 12.30 tengah malam, manakala Jumaat dan Sabtu akan diadakan dari pukul 10 malam hingga 2 pagi, melibatkan tiga balai polis iaitu Balai Polis Chambell, Rahang dan Sikamat.

''Ops 1Malaysia yang dilancar oleh KDN pada Disember tahun lalu melibat 80 kawasan Parlimen di seluruh negara," ujarnya.

Katanya, operasi berkenaan adalah selaras dengan komitmen kementerian berkaitan untuk mengurangkan kadar jenayah selain menggerakkan gelombang kesukarelaan.

Dalam pada itu, kata Saiful Azly, pasukan 4 Man Patrol yang dilancarkan pada 22 Mac lalu akan digerakkan dalam operasi ini.

''Inisiatif itu dijalankan di bawah Strategi Lautan Biru bagi mencapai salah satu objektif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) ke arah mengurangkan kadar jenayah.

''4 Man Patrol melibatkan anggota polis, tentera, Rela dan JPAM untuk melakukan rondaan bersama," jelasnya.

PPSPPA ambil alih selenggara Dataran Jasin

Posted:

PPSPPA ambil alih selenggara Dataran Jasin

PPSPPA ambil alih selenggara Dataran Jasin


Sekumpulan pekerja Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) membersihkan longkang di Dataran Jasin, Melaka, baru-baru ini.


MELAKA 29 Mac - Semua kerja pembersihan dan penyelenggaraan di Dataran Jasin di sini telah diserahkan kepada Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) berkuat kuasa 1 September lalu.

Sehubungan itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), Murad Husin menegaskan, pihaknya akan mengarahkan PPSPPA memastikan lokasi pelancongan itu dalam keadaan yang baik sepanjang masa.

Menurut beliau, ia termasuklah membersih dan melakukan kerja-kerja pembaikan khususnya penyelenggaraan perparitan, pemotongan rumput dan sebagainya bagi memulihkan semula imej Dataran Jasin.

"Saya memandang serius teguran daripada Exco kerajaan negeri baru-baru ini di dalam akhbar supaya beberapa kerosakan kecil yang berlaku di Dataran Jasin diperbaiki segera.

"Apatah lagi, tempat itu merupakan kawasan rekreasi awam dan keadaan yang tidak sepatutnya itu tentu sekali mencalarkan imej MPJ selaku pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas teguran oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Latiff Tamby Chik yang disiarkan Utusan Malaysia semalam setelah tidak berpuas hati dengan cara pihak berkuasa tempatan (PBT) itu menguruskan Dataran Jasin.

Dalam nada kecewa Latiff berkata, semua kemudahan di Dataran Jasin tidak diselenggarakan dengan baik dan menyifatkannya sebagai lokasi paling teruk tidak terurus sepanjang mengadakan 23 program lawatan produk pelancongan sejak beberapa bulan lalu.

Mengulas lanjut, Murad berkata, perbuatan vandalisme turut mengakibatkan kerugian serta kerosakan kemudahan awam yang terdapat di Dataran Jasin.

"Sebelum diambil alih oleh PPSPPA, kami sentiasa melakukan penyelenggaraan dan pemantauan bagi memastikan dataran itu sentiasa dalam keadaan bersih dan ceria.

"Malah MPJ juga telah melakukan kerja-kerja menaik taraf dan membaik pulih pada Jun tahun lalu melibatkan kos sebanyak RM50,000," katanya.

Namun ujar beliau, usaha itu tidak dapat dilaksanakan secara berterusan oleh PPSPPA dan satu perbincangan telah dibuat bagi memastikan perkara itu tidak berulang pada masa hadapan," katanya.

0 ulasan:

Catat Komen