Ahad, 25 Mac 2012

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


‘Segera saman saya’

Posted:

'Segera saman saya'

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
dan ABD. HALIM HADI TALIB
pengarang@utusan.com.my


DATUK S. Nallakaruppan (enam kanan); Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor (dua kanan); Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah (kanan); peguam Hasral Rezua Merican (tiga kanan); Ummi Hafilda Ali (kiri); bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari (terlindung, dua kiri) dan bekas Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Mohd. Nazmi Rosli (empat kiri) bersama-sama berpegang tangan sebagai simbol bersatu hati pada sidang akhbar di Kuala Lumpur, semalam. – MINGGUAN/ABDUL RAZAK LATIF


KUALA LUMPUR 24 Mac – Ancaman saman RM100 juta oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim langsung tidak menggentarkan Datuk S. Nallakaruppan (gambar), sebaliknya Ahli Dewan Negara itu konsisten mendakwa ketua pembangkang tersebut adalah biseksual.

Malah, beliau secara terbuka mencabar Anwar supaya mengambil tindakan undang-undang terhadapnya seawal minggu hadapan bagi membolehkan segala bukti yang menyokong dakwaan biseksual itu dapat didedahkan di mahkamah.

...

Sila dapatkan naskhah Mingguan Malaysia hari ini.

Pilihan raya umum sudah dekat - PM

Posted:

Pilihan raya umum sudah dekat - PM

Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL dan MOHAMMAD YASIR JAAFAR
pengarang@utusan.com.my


Najib Tun Razak bersalaman dengan orang ramai pada Majlis Penyerahan Rumah Mampu Milik Berkualiti di Taman Intan Duyung, Port Dickson, Negeri Sembilan, semalam. - BERNAMA


TELOK KEMANG 24 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membayangkan Pilihan Raya Umum Ke-13 semakin dekat dan yakin Barisan Nasional (BN) akan terus memegang tampuk pemerintahan negara.

Katanya, keyakinan itu berasaskan kepada sokongan rakyat yang semakin meningkat dari semasa ke semasa.

''Saya rasa-rasalah dan bila sudah ada rasa tu, bunyinya sudah dekatlah tu (pilihan raya umum)," katanya dalam ucapan pada majlis penyerahan 70 unit rumah mampu milik berkualiti tinggi di Taman Intan Duyung, Port Dickson, dekat sini.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, Pengerusi Penyelaras BN Telok Kemang, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad serta beberapa menteri Kabinet dan pemimpin parti komponen BN.

...

Sila dapatkan naskhah Mingguan Malaysia hari ini.

Polis tiang seri negara bangsa

Posted:

Polis tiang seri negara bangsa

Oleh ABD. HALIM HADI TALIB
dan ZAINAL AZHAR MOHAMED
pengarang@utusan.com.my


Sebahagian anggota-anggota polis ceria ketika menyertai Sambutan Hari Polis Ke-205 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, malam tadi. – BERNAMA


KUALA LUMPUR 24 Mac – Tanggungjawab dan peranan yang dipikul oleh lebih 100,000 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah tonggak utama kepada pembangunan negara bangsa yang berjaya.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, berbekalkan semangat esprit de coupe yang diterapkan, warga PDRM harus berikrar untuk memikul dan mempertahankan tanggungjawab itu.

"Marilah kita berikrar setinggi-tinggi dan berjanji untuk terus memperkukuhkan tekad kita sebagai tiang seri pembangunan sebuah negara bangsa.

"Permulaan ini juga harus dijadikan fasa untuk kita berada lebih dekat di hati rakyat dan menjaga keamanan sejagat," katanya ketika berucap sempena Sambutan Hari Polis Ke-205 di sini, malam ini.

...

Sila dapatkan naskhah Mingguan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan