Selasa, 27 Mac 2012

Utusan Online - Kota

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Peniaga mungkin gulung tikar

Posted:

Peniaga mungkin gulung tikar

Oleh Rasmi Abdullah
kota@utusan.com.my


Keadaan gerai di Pantai Kelanang yang tidak dikunjungi pelanggan menyebabkan peniaga menanggung kerugian.


KUALA LANGAT 27 Mac - "Kami di sini seperti anak tiri". Itu luahan hati peniaga-peniaga di Pantai Kelanang di sini yang kecewa kerana perniagaan mereka tidak mendapat sambutan ekoran tiada sebarang publisiti untuk membantu operasi mereka dilakukan oleh Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL).

Para peniaga mendakwa, semua aktiviti yang menarik kehadiran orang ramai ditumpukan oleh pihak berkenaan di Pantai Morib Baru sehingga mengakibatkan pelanggan semakin kurang di Pantai Kelanang.

Menurut mereka, semasa pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional di negeri ini, pelbagai program dilakukan di Pantai Kelanang bagi mempromosikan pusat peranginan itu tetapi kini setelah empat tahun pemerintahan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR), nasib para peniaga semakin terhimpit dan ada di antaranya yang sudah gulung tikar.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Dakwa saliran tidak disenggara

Posted:

Dakwa saliran tidak disenggara

Oleh HELMI MOHD. FOAD dan ABDUL RAZAK IDRIS
pengarang@utusan.com.my


BEBERAPA pelajar Sekolah Menengah Tuanku Ampuan Rahimah meredah air berikutan banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di Klang Selatan, Klang, pagi semalam.


KLANG 27 Mac - Banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di Klang Selatan di sini ekoran hujan lebat kira-kira pukul 9 pagi ini menyebabkan para penduduk kawasan tersebut berasa gelisah kerana kemungkinan kejadian sama berulang.

Ini berikutan keadaan sistem perparitan dan longkang di daerah ini yang mungkin tidak disenggarakan dengan baik membuatkannya tidak mampu menampung taburan hujan yang tinggi selain menerima kesan faktor pasang surut air laut.

Dalam kejadian banjir kilat pagi ini, kawasan-kawasan yang terjejas termasuk Jalan Kebun, Sungai Udang, Kampung Delik, Taman Chi Liung, Taman Sentosa dan sepanjang Persiaran Raja Muda Musa yang melibatkan Sekolah Menengah La Salle dan Sekolah Menengah Tuanku Ampuan Rahimah (STAR).

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Ibu negara perlukan insinerator - Datuk Bandar

Posted:

Ibu negara perlukan insinerator - Datuk Bandar


Ahmad Fuad Ismail (kanan) bersama Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur, Datuk Seri Ar. Esa Mohamad melihat Draf Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020 di Seminar Makluman Awam Pindaan Draf Pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020 di Dewan Perdana Mestika, Institut Latihan DBKL, Cheras, semalam. - UTUSAN/Hafiz Johari


KUALA LUMPUR 27 Mac - Peningkatan kos proses pelupusan sampah menyebabkan cadangan agar ibu negara perlu memiliki insinerator perlu dipertimbangkan.

Datuk Bandar, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail berkata, ketika ini kos penghantaran sampah untuk dilupuskan di tapak pelupusan Bukit Tagar, Selangor yang terletak kira-kira 80 kilometer dari sini adalah tinggi.

Bagaimanapun, ujarnya, perkara itu hanya cadangan daripada pihaknya dan ia bergantung kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk tindakan selanjutnya.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

0 ulasan:

Catat Komen