Rabu, 28 Mac 2012

Utusan Online - Rencana

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Tekanan kepada Pyongyang

Posted:

Tekanan kepada Pyongyang

Oleh Borhan Abu Samah


Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama mengambil tempat bersama pemimpin-pemimpin negara lain semasa Sidang Kemuncak Mengenai Keselamatan Nuklear, di Pusat Konvensyen dan Pameran (COEX) di Seoul, korea selatan, kelmarin.


SIDANG Kemuncak Mengenai Keselamatan Nuklear yang berakhir kelmarin berjaya memberi tekanan kepada Korea Utara, supaya membatalkan rancangan untuk melancarkan roket kawalan satelit.

Walaupun isu ancaman nuklear oleh negara komunis tidak dibincangkan secara langsung, tetapi pendirian tegas pada pemimpin yang menyertai persidangan itu menentang penggunaan nuklear untuk membina senjata pemusnah telah cukup untuk memberi tekanan kepada Pyongyang.

Isu ancaman Pyongyang mahu melancarkan peluru berpandu jarah jauh yang dikawal dengan satelit pada pertengahan April, memang tidak terdapat pada agenda utama persidangan dua hari itu.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Isu kitar semula pertaruhan pembangkang?

Posted:

Isu kitar semula pertaruhan pembangkang?

Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my

ISU-isu politik sekarang kini 'di pasaran' akhir. Dengan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 semakin dekat, banyak isu kini dikitar semula dan disegarkan untuk survival politik pakatan pembangkang.

Ini trend sekarang. Ibarat dalam pusingan tinju dan tomoi Siam, hanya beberapa minit loceng hendak dibunyikan, masing-masing memberi tumbukan dan tendangan bertubi-tubi walaupun 'foul' untuk pastikan lawan tumbang. Inilah yang digunakan DAP, PKR dan Pas supaya 'nyawa' bersambung selepas pilihan raya umum.

Kalau dilihat, banyak isu sebenarnya sudah terjawab. Sama ada oleh tindakan agensi-agensi seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPR). Isu kilang memproses nadir bumi di Gebeng oleh syarikat Lynas Malaysia Sdn. Bhd. kalau dinilai, dari aspek pengurusan politik sudah selesai pun dengan pelawaan pembangkang supaya menyertai satu jawatankuasa khas di Parlimen. Tetapi ia ditolak mentah-mentah oleh mereka dalam mencari penyelesaian saintifik isu Lynas ini.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

0 ulasan:

Catat Komen