Isnin, 26 Mac 2012

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


Pembangkang gagal tunai janji

Posted:

Pembangkang gagal tunai janji

Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
syahrir.bakar@utusan.com.my


NAJIB Tun Razak menyampaikan sumbangan tilam dan dapur kepada wakil mangsa banjir Hulu Langat dan Ampang sambil diperhatikan oleh Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim di Dusun Tua, Hulu Langat, semalam. - UTUSAN/ZAINI HUSIN


HULU LANGAT 25 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan keyakinan beliau terhadap sokongan rakyat di Selangor yang didapati semakin memuncak kepada Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Perdana Menteri berkata, angin perubahan sokongan itu terhasil apabila BN sentiasa mengotakan segala janji yang dibuat khususnya terhadap golongan memerlukan serta pelbagai lapisan masyarakat lain melalui pelbagai program transformasi kerajaan.

Selain itu, katanya, angin perubahan sokongan tersebut turut didorong oleh kegagalan pembangkang mengotakan janji yang dibuat mereka pada pilihan raya umum lalu.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

PM serah sumbangan mangsa banjir di Hulu Langat, Ampang

Posted:

PM serah sumbangan mangsa banjir di Hulu Langat, Ampang


Najib Tun Razak membantu memasang batu-bata di sebuah rumah seorang mangsa banjir, Mohamed Nasarudin Maana (dua dari kanan) ketika melawat Kampung Sungai Serai, Hulu Langat, semalam.


HULU LANGAT 25 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyampaikan sumbangan wang tunai kira-kira RM7 juta kepada 3,578 mangsa banjir yang melanda Hulu Langat dan Ampang awal bulan ini.

Perdana Menteri berkata, sumbangan wang tunai bernilai RM1,000 kepada setiap penerima tersebut merangkumi RM500 daripada Majlis Keselamatan Negara dan RM500 lagi daripada Yayasan 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).

Kata beliau, selain bantuan wang tunai, Yayasan 1MDB turut memberikan sumbangan terkumpul berjumlah RM2.5 juta untuk membaiki 100 buah rumah yang rosak dan bagi mengganti peralatan masjid serta surau yang terjejas akibat banjir berkenaan.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Muhyiddin tiba untuk sidang nuklear di Seoul

Posted:

Muhyiddin tiba untuk sidang nuklear di Seoul


Muhyiddin Yassin dan Noorainee Abdul Rahman berbual dengan pelajar Malaysia yang menyambut ketibaan beliau bagi menghadiri Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear 2012 di Seoul, malam tadi. - BERNAMA


SEOUL 25 Mac - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di sini malam ini untuk menghadiri Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear 2012 yang bermula esok.

Beliau yang diiringi isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimpo di sini pada kira-kira 10 malam (waktu tempatan) dan disambut Duta Besar Malaysia ke Korea Selatan, Datuk Ramlan Ibrahim.

Esok, Muhyiddin akan menghadiri upacara sambutan rasmi dan jamuan yang dihoskan oleh Presiden Korea Selatan, Lee Myung-bak di Pusat Konvensyen dan Pameran (COEX) yang menjadi lokasi sidang kemuncak itu.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan