Jumaat, 30 Mac 2012

Utusan Online - Muka Hadapan

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Wajib tolak pemimpin biseksual

Posted:

Wajib tolak pemimpin biseksual

Oleh AZRAN FITRI RAHIM
azran.rahim@utusan.com.my

KOTA BHARU 29 Mac - Dua tokoh ulama di negeri ini menyeru umat Islam supaya menolak pemimpin yang mengamalkan biseksual kerana amalan tersebut dilaknat oleh Allah.

Malah kedua-dua mereka berpendapat wajib umat Islam berbuat demikian bagi mengelakkan negara ditimpa 'malapetaka' yang besar pada masa depan.

Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa'amah berkata, individu yang mengamalkan biseksual adalah golongan fasik yang tidak boleh diterima sama sekali sebagai pemimpin dan wajib ditentang.

Beliau berkata, golongan itu juga akan merosakkan agama kerana mereka lebih mementingkan hawa nafsu dan terikut-ikut dengan budaya barat.

"Dari segi agama Islam, biseksual adalah kelakuan yang dilaknat oleh Allah, mereka ini adalah golongan fasik dan wajib kita tentang habis-habisan.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Malaysia timbang amah Myanmar

Posted:

Malaysia timbang amah Myanmar

Oleh Rozaman Ismail


Najib Tun Razak diiringi Presiden Kesatuan Dewan Perdagangan dan Industri Myanmar, Win Aung (kiri) bersalaman dengan ahli-ahli kesatuan berkenaan pada mesyuarat bersama pemimpin perniagaan negara itu sempena lawatan dua hari Perdana Menteri ke Myanmar, semalam. – BERNAMA


NAYPYIDAW 29 Mac – Malaysia sedang mempertimbangkan cadangan untuk mengambil warga Myanmar yang didaftarkan menerusi Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P) sebagai pembantu rumah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, lebih 250,000 warga Myanmar berjaya didaftarkan secara biometrik pada program berkenaan baru-baru ini.

''Mungkin kita boleh bagi peluang kepada mereka untuk bekerja sebagai pembantu rumah. Tetapi perkara ini perlu dirunding lebih lanjut dengan Myanmar," katanya pada sidang akhbar bersama wartawan Malaysia pada akhir lawatan dua hari beliau ke negara ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Myanmar di sini, hari ini.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

1MISF jana ekonomi

Posted:

1MISF jana ekonomi


Tuanku Haminah diiringi Ng Yen Yen mendengar penerangan daripada Jimmy Choo mengenai kasut rekaannya yang dipamerkan pada Festival Kasut Antarabangsa 1Malaysia 2012 di PWTC, semalam.


KUALA LUMPUR 29 Mac - Raja Permaisuri Agong, Tuanku Haminah berkenan merasmikan Festival Kasut Antarabangsa 1Malaysia (1MISF) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Majlis itu turut dihadiri Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen, Duta Pelancongan yang juga pereka kasut terkenal dunia, Prof. Datuk Dr. Jimmy Choo dan Presiden Persatuan Pengilang Kasut Malaysia (MFMA), Tony Ting.

Dalam ucapannya, Yen Yen berkata, pihaknya ingin menjadikan Malaysia sebagai 'Ibu Kota Kasut Asia', di samping menjadikannya platform untuk memperkenalkan jenama pengeluar kasut negara ke seluruh dunia.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan