Selasa, 27 Mac 2012

Berita Harian: Mutakhir

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Berita Harian: Mutakhir


Kerajaan Selangor diminta henti politikkan isu air

Posted: 26 Mar 2012 03:52 AM PDT

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui meminta supaya kerajaan negeri Selangor berhenti dari mempolitikkan isu penstrukturan semula tarif air berikutan pembinaan Loji Air Langat 2 (LAL 2).

Beliau berkata, isu kenaikan tarif air tidak perlu timbul kerana kerajaan negeri itu sendiri yang menentukan kadar caj air di Selangor dan bukannya dibuat oleh kerajaan pusat.

Selain itu, katanya, kerajaan negeri juga memberikan kelulusan kepada kerajaan pusat untuk membina LAL 2 itu. "Jangan politikkan kadar tarif air, ia tidak ada kaitan dengan kerajaan Pusat, sebarang caj air ditentukan sendiri oleh kerajaan negeri bukan kerajaan Pusat.

"Saya tidak ada kuasa untuk menentukan kadar harga, ia (penstrukturan kadar air) bukan lagi isu, oleh itu saya minta kerajaan negeri beri kelulusan segera kepada kami untuk laksana projek loji air ini demi kesejahteraan rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya," katanya ketika membalas hujah Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) ketika menggulung usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong bagi kementeriannya hari ini.

600 banduan disabit hukuman mati: Hishammuddin

Posted: 26 Mar 2012 03:50 AM PDT

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Seramai 860 banduan disabitkan hukuman mati atas kesalahan membunuh, pengedaran dadah, senjata api dan penculikan sehingga 28 Februari lepas, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Namun, katanya hukuman itu masih belum dapat dilaksanakan kerana kesemua banduan masih dalam proses rayuan.

"Daripada jumlah itu, seramai 616 orang dalam proses Mahkamah Rayuan, 94 dalam proses Mahkamah Persekutuan dan 150 dalam peringkat Lembaga Pengampunan," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera). Liew meminta penjelasan sama ada kerajaan bersetuju dengan saranan moratorium hukuman mati sementara menunggu konsensus menghapuskan hukuman mati dan statistik banduan yang menunggu hukuman mati di penjara. - BERNAMA

0 ulasan:

Catat Komen