Isnin, 26 Mac 2012

Harian Metro: Setempat

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Harian Metro: Setempat


Komputer murah perisian haram

Posted: 25 Mar 2012 09:58 AM PDT

SHAH ALAM: Pembeli dinasihatkan tidak tertipu dengan komputer riba baru ditawarkan dengan harga murah kerana berkemungkinan tinggi menggunakan perisian cetak rompak.

Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor, Othman Nawang berkata, harga yang ditawarkan premis agak murah berbanding perisian tulen, namun hakikatnya pembeli tertipu kerana ia tidak berkualiti.


Menurutnya, pada tahun lalu 180 serbuan dijalankan membabitkan perisian cetak rompak dengan nilai keseluruhannya RM1.82 juta, manakala berdasarkan rekod sehingga Mac lalu, sebanyak 62 serbuan dijalankan dan angka itu dijangka meningkat berbanding tahun lalu.

Terbaru, katanya, pada 21 Mac lalu satu serbuan di premis perniagaan komputer di Puchong membongkar kegiatan premis yang menjual komputer riba dengan perisian cetak rompak.


"Dalam serbuan itu KPDNKK mendapati tiga komputer riba mengandungi tujuh salinan langgaran di dalamnya dan semuanya dianggarkan bernilai RM24,000.


"Kegiatan itu terbongkar apabila kakitangan Busines Software Alliance (BSA) mengesan aktiviti berkenaan ketika pekerja kilang mengemas kini perisian melalui Internet sebelum dimaklumkan kepada kami.

"Walaupun berdepan tindakan dikenakan penalti antara RM2,000 dan RM20,000 bagi setiap salinan langgaran dan boleh dipenjara, namun masih banyak syarikat di Malaysia terutama dalam bidang pembuatan dan perkhidmatan profesional menggunakan perisian cetak rompak," katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui di pejabatnya di Menara MRCB, di sini semalam.

Katanya, kes disiasat mengikut Akta Hakcipta 1987 dan boleh didenda antara RM2,000 dan RM20,000 bagi setiap salinan langgaran perisian serta penjara sehingga lima tahun.


Beliau berharap pembeli yang ingin membeli komputer riba baru tidak tertipu berikutan perisian cetak rompak menjejaskan industri perisian.



Inspektor tumpas sindiket curi lori terbesar diiktiraf

Posted: 25 Mar 2012 09:56 AM PDT

SHAH ALAM: Kejayaannya menyelesaikan kes sindiket curi lori terbesar di Selangor yang mencecah jutaan ringgit di Kampung Ayer Puteh, Simpang, Taiping, Perak, Februari lalu, melayakkan Inspektor Mohd Aster Mohamad, 34, menerima anugerah Surat Penghargaan Ketua Polis Negara dalam Majlis Perbarisan Peringatan Hari Polis ke-205 Peringkat Selangor di Dataran Kemerdekaan, di sini, semalam.

Mohd Aster berkata, dia tidak menyangka menerima penghargaan apabila menjalankan tugasnya kerana minat mendalam dalam bidang siasatan selain tanggungjawab yang dipikul selaku pegawai polis.


Katanya, dia mengambil masa lebih setahun untuk menyiasat kegiatan sindiket itu sebelum membongkar kegiatan mereka susulan penahanan dua lelaki yang mahu mencuri sebuah lori di Rawang.

"Cabaran utama polis ketika menyelesaikan kes itu ialah suspek yang disoal siasat tidak mahu bekerjasama dan menyukarkan polis untuk mengumpul maklumat dan bukti.


"Tetapi, siasatan berjalan lancar apabila polis mendapat kerjasama dan maklumat daripada orang awam dan maklumat hasil risikan," katanya ketika ditemui selepas menerima anugerah itu.



0 ulasan:

Catat Komen