Ahad, 25 Mac 2012

Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


Wanita asmara depan anak

Posted: 24 Mar 2012 10:06 AM PDT

Oleh HADZLAN HASSAN, SHAMRAN SARAHAN, HIDAYATUL AKMAL AHMAD, ANIZA ZAINUDDIN dan NA'IMAH MOHAMED
metahad@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Sebagai wanita bergelar nenek, dia sepatutnya menunjukkan teladan baik kepada anak dan cucu, namun apa dilakukan Latifa, 46, sangat mendukacitakan anak perempuannya.

Wanita mempunyai empat cucu itu dikatakan bernafsu untuk menjalin hubungan songsang dan belaian manja dengan seorang wanita berperawakan lelaki atau lebih dikenali sebagai pengkid berusia 32 tahun.

Demi menjaga maruah dan mengelak ibunya terus bergelumang dosa, seorang daripada tujuh anak wanita berkenaan dikenali sebagai Lily, 23, mengambil keputusan mendedahkan insiden yang mengaibkan keluarganya kepada Metro Ahad dan berharap ada pihak membantu menyelesaikan kebuntuan itu.

"Memang saya pernah melakukan dosa kerana melahirkan anak luar nikah, tapi anak mana sanggup melihat ibunya terus bergelumang dosa dan melakukan maksiat depan mata.


"Jika hanya mendengar cerita mungkin tak mengapa, tapi saya tak tahan lagi melihat perbuatannya di depan mata saya. Dia ibu saya dan saya akan terus menyayanginya.


"Jika dia berkasih dengan lelaki tulen, saya mungkin tak kisah kerana selepas lima tahun ditinggalkan bapa, kami anak beranak hilang kasih sayang seorang ayah, namun yang dikesalkan, ibu menjalin hubungan songsang dengan pengkid," kata Lily.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.



Irma bertunang

Posted: 24 Mar 2012 10:03 AM PDT

SUNGAI BULOH: "Semuanya bermula dengan pertemuan secara tidak disengajakan ketika menunaikan umrah di Makkah sebelum kami memutuskan untuk mengikat tali pertunangan," kata pengacara dan pelakon, Irma Hasmie Ibrahim yang bertunang dengan ahli perniagaan, Rezza Shah Azmeer Radzuan, di sini, semalam.

Irma, 30, berkata, ketika menunaikan umrah pada 14 Februari lalu, dia bertemu keluarga Rezza, 31, yang turut sama menunaikan ibadat tu.


"Ibunya memperkenalkan saya kepada Rezza. Saya selesa dan mudah berkomunikasi dengannya. Kami tidak mengambil masa lama untuk memutuskan mengikat tali pertunangan.

"Alhamdulillah, saya sangat bersyukur kerana semua urusan pertunangan ini berjalan lancar dan dipermudahkan Allah," katanya yang ditemui semalam.


Sementara itu, ibu Rezza, Datin Azizah Osman berkata, mengikut perancangan, pasangan itu bakal melangsungkan pernikahan pada 1 Julai depan.


"Bagi saya, Irma seseorang yang bersopan santun dan berbudi bahasa," katanya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan