Sabtu, 24 Mac 2012

Utusan Online - Dalam Negeri

Utusan Online - Dalam Negeri


Berganding bahu bantu golongan memerlukan

Posted:

Berganding bahu bantu golongan memerlukan

Berganding bahu bantu golongan memerlukan


ROSMAH Mansor menunjukkan kemahiran mewarnakan batik semasa program Pandu Puteri Turun Padang: Mencapai Masa Depan Yang Lebih Cerah anjuran PPPM Kedah di Penjara Alor Setar, semalam.


ALOR SETAR 23 Mac - Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menggesa semua pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sektor kerajaan dan swasta berganding bahu membantu golongan yang memerlukan bantuan selaras dengan semangat gagasan 1Malaysia.

Menurutnya, kerjasama semua pihak itu akan dapat membantu golongan berkenaan menikmati kehidupan yang lebih baik dan meningkatkan ekonomi negara.

Beliau memberikan contoh kerjasama yang dijalin antara Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) Cawangan Kedah bersama Jabatan Penjara untuk memasarkan produk kraftangan dan makanan yang dihasilkan banduan wanita kepada masyarakat luar.

"Dengan jalinan kerjasama sebegini, ia sekali gus membolehkan banduan-banduan wanita menjadi usahawan tempatan berjaya apabila keluar dari penjara kelak," katanya pada program Pandu Puteri Turun Padang: Mencapai Masa Depan Yang Lebih Cerah anjuran PPPM Kedah di Penjara Alor Setar, di sini hari ini.

Hadir sama Yang Dipertua PPPM Cawangan Kedah, Datuk Seri Tunku Soraya Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim; Ketua Pengarah Penjara, Datuk Wira Zulkifli Omar dan Ketua Pesuruhjaya PPPM, Datin Seri Zalilah Mohd. Taib.

Kedah menjadi negeri kelima menganjurkan program Pandu Puteri Turun Padang selepas Perak, Terengganu, Selangor dan Melaka.

Pada program tersebut, Rosmah turut merasmikan bengkel kek dan pastri serta makanan sejuk beku Penjara Alor Setar dan beramah mesra dengan penghuni serta keluarga penghuni penjara berkenaan.

Rosmah yang juga Yang Dipertua PPPM berharap masyarakat luar dapat mengikis tanggapan negatif terhadap banduan dan menyokong mereka untuk berubah serta meneruskan kehidupan seperti orang lain.

Katanya, pihak PPPM akan sedaya upaya membantu mengubah paradigma masyarakat bahawa banduan wanita juga boleh berjaya dengan mempunyai keyakinan diri apabila dibebaskan suatu masa nanti.

"Saya percaya aktiviti-aktiviti seumpama ini dapat mendekatkan lagi jiwa remaja khususnya ahli PPPM Kedah dalam memupuk semangat bantu- membantu, keprihatinan dan sikap bertanggungjawab dalam melakukan amal kebajikan.

"Ia akan memberi suatu pengalaman yang begitu berharga dan membuka jendela minda agar jati diri seseorang ahli PPPM lebih mantap dan dinamik," katanya.

Wanita disaran tambah ilmu kemahiran

Posted:

Wanita disaran tambah ilmu kemahiran

Wanita disaran tambah ilmu kemahiran

PUTRAJAYA 23 Mac - Golongan wanita disaran memantapkan lagi ilmu kemahiran dalam pelbagai bidang supaya dapat memainkan peranan lebih besar terhadap keluarga dan negara.

Isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman berkata, pencarian ilmu itu tidak seharusnya terhad kepada wanita bekerjaya sahaja tetapi perlu direbut oleh golongan suri rumah.

Katanya, ini kerana peranan menyeluruh golongan wanita sangat penting dalam memastikan kejayaan suami dan keluarga.

"Wanita yang menjadi suri rumah juga mempunyai peranan dan tanggungjawab besar walaupun tidak keluar bekerja, mereka juga perlu mempunyai kemahiran dalam mengendalikan keluarga.

"Oleh itu, peranan seorang isteri sentiasa dikaitkan dengan kejayaan suaminya dan itu juga merupakan kejayaan seorang isteri," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (Puspanita) Ke-29 di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Puspanita Kementerian Pelajaran, Rohana Abdullah.

Tambah Noorainee yang juga Penaung Puspanita Kementerian Pelajaran, wanita hari ini boleh berbangga apabila peranan mereka diiktiraf semua pihak terutama dalam proses membangunkan negara.

"Kita amat bertuah kerana di negara ini kerajaan memberi tumpuan kepada golongan wanita, bak kata peribahasa 'dayung sudah di tangan, perahu sudah di air.

"Segala-galanya sudah ada, sekarang wanita sendirilah yang menentukan arah dan destinasi yang hendak dituju," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, Puspanita Kementerian Pelajaran telah memainkan peranan yang signifikan dalam melonjakkan transformasi pendidikan negara.

Katanya, ia berikutan langkah seluruh ahli Puspanita yang bersama-sama menyemai kesedaran kepada semua pihak tentang keperluan dan kepentingan transformasi itu.

"Saya amat berbangga dengan pencapaian Puspanita kementerian ini. Kita telah memberi impak yang sangat baik di peringkat Puspanita Kebangsaan menerusi pelbagai aktiviti yang dianjurkan saban tahun.

"Diharapkan pengiktirafan itu akan terus meningkatkan lagi semangat juang ahli dalam usaha memantapkan aktiviti dan program kita di masa akan datang," katanya.

Najib terima 1Malaysia Chopper

Posted:

Najib terima 1Malaysia Chopper

Najib terima 1Malaysia Chopper

KUALA LUMPUR 23 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerima sebuah motosikal berkuasa besar yang dikenali sebagai 1Malaysia Chopper daripada pembuat motosikal terkenal, Paul Teutul Sr. dari Amerika Syarikat (AS).

Motosikal rekaan khas Teutul Sr., yang juga pengasas Orange County Choppers itu akan ditampilkan dalam dua episod American Chopper: Senior vs. Junior di saluran Discovery Channel di AS pada 30 April dan 7 Mei ini.

Menurut Najib, kemunculan 1Malaysia Chopper merupakan satu pendekatan mempromosi negara ini dan permulaan baik dalam kerjasama di antara Malaysia dan AS untuk menerokai bidang permotoran khususnya motosikal berkuasa besar.

"Terima kasih kepada Discovery Channel kerana memilih Malaysia untuk ditampilkan dalam rancangan mereka.

"Sebagai seorang yang selalu menonton Discovery, saya berharap akan dapat melihat pemandangan biasa yang saya lihat di negara ini termasuk 1Malaysia Chopper," kata beliau.

Beliau berkata demikian selepas menerima 1Malaysia Chopper bagi pihak Kementerian Pelancongan serta merasmikan pakej pelancongan '5 Mountains Motorcycle Tour' di pekarangan Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen dan kira-kira 2,000 pemilik motosikal berkuasa besar dari 16 buah negara.

Sementara itu, Teutul Sr. berkata, rekaan motosikal khas berkenaan antara lain menampilkan warna merah, putih, biru dan kuning yang ada pada bendera kebangsaan, logo Tourism Malaysia dan bangunan berkembar Petronas yang menjadi kebanggaan negara.

"Negara ini pula sangat istimewa kerana rakyatnya sangat mesra dan baru tiga hari di sini, kami telah menyaksikan pelbagai acara yang menarik," katanya.

1 ulasan: