Selasa, 27 Mac 2012

Harian Metro: Mutakhir

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Harian Metro: Mutakhir


Polis Marin rampas 27,000 liter minyak diesel subsidi

Posted: 27 Mar 2012 05:10 AM PDT

PASIR PUTEH: Polis Marin Wilayah Tiga di sini mematahkan cubaan menyeludup 27,000 liter minyak diesel bersubsidi bernilai RM48,000 ke negara jiran awal pagi tadi.

Komandernya, ACP Azmi Ibrahim berkata, lima lelaki, tiga daripadanya warga Thailand manakala dua lagi rakyat tempatan berumur lingkungan 30-an hingga 50-an ditahan ketika cuba memindahkan minyak dari lori tangki kepada kapal tangki di pangkalan kecil, Tok Bali, kira-kira jam 1.30 pagi tadi.

"Rampasan ini merupakan kejayaan terbesar dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini," katanya kepada pemberita di pangkalan Polis Marin Tok Bali di sini.

Beliau berkata ketika ditahan, sebanyak 13,000 liter sudahpun diisi ke dalam kapal berkenaan yang direka khas untuk tujuan pengisian minyak.


Katanya minyak itu dipercayai dibeli secara runcit di stesen-stesen minyak di Terengganu dan Kelantan dengan menggunakan tong sebelum diisikan ke dalam lori tangki untuk diseludup menerusi pengangkutan laut ke Thailand. - Bernama



Cadangan benarkan pekerja sendiri carum di Perkeso dikaji

Posted: 27 Mar 2012 04:45 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Manusia sedang mengkaji cadangan untuk membolehkan mereka yang bekerja sendiri mencarum dalam Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), kata timbalan menteri berkenaan Datuk Maznah Mazlan.

Kementerian meneliti sama ada untuk menggubal undang-undang baru atau menambah baik akta sedia ada dengan memberikan penekanan kepada pekerja sendiri termasuk pemandu teksi persendirian dan suri rumah, katanya ketika menjawab soalan P. Kamalanathan (BN-Hulu Selangor) dan Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam) di Dewan Rakyat hari ini.

Kedua-dua wakil rakyat itu mencadangkan kepada kementerian itu untuk mengambil kira mereka yang bekerja sendiri termasuk pemandu teksi persendirian dan suri rumah sebagai pencarum Perkeso.

Maznah berkata kementerian juga sedang menimbang untuk memberikan kuasa kepada Menteri Sumber Manusia bagi membolehkannya meningkatkan kadar Elaun Layanan Sentiasa.


Elaun itu, dengan bayaran maksimum RM500, diberikan kepada penjaga sepenuh masa yang menjaga pekerja yang ditimpa kemalangan di tempat kerja yang menyebabkan mereka tidak boleh lagi bekerja, katanya. - BERNAMA



0 ulasan:

Catat Komen