Rabu, 28 Mac 2012

Utusan Online - Utara

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


UUM terap cintakan keamanan

Posted:

UUM terap cintakan keamanan

UUM terap cintakan keamanan

Oleh SAHBULAH DARWI
utusankedah@utusan.com.my


Amir Izzudin Abdul Rashid (dua dari kiri) menyerahkan kain rentang tanda bantahan kekejaman Zionis terhadap rakyat Palestin kepada Timbalan Pendaftar UUM, Mohd. Zaini Nasri (dua dari kanan) di Kubang Pasu, baru-baru ini.


KUBANG PASU 27 Mac - Program Aman Palestin anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini baru-baru ini berjaya memberi pendedahan tentang kehidupan masyarakat Islam di Palestin, di samping menyuntik semangat cintakan keamanan dalam kalangan pelajar.

Yang Dipertua MPP, Amir Izzudin Abdul Rashid berkata, program itu bukan sahaja untuk mengingatkan pelajar tentang penderitaan rakyat Palestin tetapi juga mendidik mereka untuk sama-sama membantu memberi sumbangan melalui kutipan derma.

"Komitmen yang ditunjukkan oleh mahasiswa amat membanggakan apabila mereka sudi menghulurkan derma dan menandatangani kain rentang tanda bantahan terhadap kekejaman rejim Zionis terhadap Palestin.

"Malah, melalui penganjuran seperti ini juga, mengajar kita bersyukur kepada keamanan negara dan sebagai mahasiswa, kita perlu menggunakan kesempatan ini dalam memberi sumbangan untuk universiti, masyarakat dan negara," katanya ketika ditemui di Dewan Budi Siswa, Pusat Budaya, UUM Sintok di sini baru-baru ini.

Sementara itu, Naib Yang Dipertua MPP, Siti Ruqayyah Abdul Razak pula mengucapkan tahniah dan berbangga dengan peserta yang mengambil bahagian pada program berkenaan.

"Program seperti ini perlu dianjurkan selalu untuk memberi kesedaran kepada mahasiswa menjaga keamanan negara," katanya.

Pelajar jurusan Pentadbiran Mualamat, Muhammad Amin Ahmah berkata, pendekatan MPP mengadakan program itu perlu dipuji kerana mengingatkan mahasiswa tentang penderitaan masyarakat Palestin.

"Mungkin ada dalam kalangan kita terlupa tentang penderitaan masyarakat Islam di Palestin. Program ini membuat kita kembali sedar tentang peranan sebagai umat Islam untuk membantu orang Islam lain.

"Walaupun bantahan dan sumbangan derma dianggap kecil, tetapi ia cukup berharga untuk meringankan bebanan yang dihadapi mereka," katanya.

Datuk Shake hiburkan Minggu Setiausaha 21 April

Posted:

Datuk Shake hiburkan Minggu Setiausaha 21 April

Datuk Shake hiburkan Minggu Setiausaha 21 April

ALOR SETAR 27 Mac - Datuk Shake, penyanyi bersuara lunak yang dikenali dengan lagu mendayu-dayu pada awal 80-an bakal mengadakan persembahan sempena Minggu Setiausaha di Hotel Equatorial, Pulau Pinang pada 21 April ini.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu popular seperti Umi, Pulanglah, Anugerah Dari Kegagalan dan Kau Bungaku itu akan menghiburkan hadirin pada program anjuran Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan kerjasama Persatuan Setiausaha UUM (Setia) itu.

Pegawai Sekretariat Setia, Siti Aizian Ismail berkata, program itu turut menampilkan persembahan artis Juara One in a Million 2009, Tomok dan artis Akademi Fantasia musim ketiga, Idayu.

"Minggu Setiausaha dengan tema From Paris With Love itu bertujuan melahirkan setiausaha profesional, berdaya saing dan berpandangan jauh dalam melaksanakan amanah yang diberikan demi mencapai objektif dan kecemerlangan organisasi," katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Beliau berkata, ia juga bertujuan memperluaskan lagi jaringan hubungan antara setiausaha di peringkat kebangsaan, selain mampu memberi pendedahan dan transformasi kepada golongan itu dalam mempertingkatkan integriti dan akauntabiliti.

"Apa yang menarik, selain dihiburkan dengan persembahan artis, peserta turut berpeluang memenangi pelbagai cabutan bertuah," katanya.

Siti Aizian berkata, tiket untuk majlis itu dijual dengan harga RM250 seorang dan RM2,500 untuk semeja bagi 10 orang.

Siti Aizian memberitahu, syarikat korporat dan individu yang berminat untuk menyaksikan persembahan itu boleh menghubunginya di 04-9283021 atau 019-5740312, Norazlina Mahmud (04-9283001 atau 012-4096242), Rahazila Aziz (04-9283201 atau 019-4604629) dan Nor Azlina Abdul Hamid (04-9283101 atau 012-4725626).

Pelajar ATIC cipta rekod bina replika pesawat

Posted:

Pelajar ATIC cipta rekod bina replika pesawat

Pelajar ATIC cipta rekod bina replika pesawat


Sekumpulan pelajar Kolej Antarabangsa Kemajuan Pelancongan membina replika pesawat Boeing 787 di kampus kolej tersebut di Pulau Pinang, baru-baru ini.


PULAU PINANG 27 Mac - Sekumpulan pelajar Kolej Antarabangsa Kemajuan Pelancongan (ATIC) di sini berjaya mencatat rekod baru Malaysia Book of Records dengan membina sebuah replika pesawat Boeing 787 seberat 50 kilogram.

Replika tersebut mengambil masa tiga minggu untuk disiapkan oleh 25 pelajar kolej itu.

Koordinator projek, N. G. Senthelnathan berkata, replika tersebut melambangkan bahawa pelancongan merupakan salah satu sektor penting kerana ia menjadi penyumbang kedua kepada ekonomi negara.

Menurutnya, ia juga sebagai salah satu usaha untuk membuktikan kepada masyarakat bahawa pelajar ATIC mampu melakukan sesuatu perkara yang hebat dan luar biasa.

"Ia akan dipamerkan di pameran pendidikan yang bakal berlangsung di Arena Sukan Antarabangsa Pulau Pinang (PISA) hujung minggu ini," katanya ketika ditemui di kampus kolej tersebut di Jalan Burma di sini baru-baru ini.

Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat replika berkenaan adalah kepingan aluminium sepanjang 6.1 meter, 12 gelung aloi, 20 helai plastik, lampu dan cat.

Replika tersebut akan diletakkan di kampus itu selepas tamat pameran bagi membolehkan orang ramai melihatnya secara lebih dekat.

0 ulasan:

Catat Komen