Selasa, 27 Mac 2012

Utusan Online - Muka Hadapan

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Hasan cabar Timbalan Presiden PKR

Posted:

Hasan cabar Timbalan Presiden PKR

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my


HASAN Ali menjawab soalan pemberita pada sidang media di kediamannya di Pinggiran Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 26 Mac - Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali mencabar Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali membuat penjelasan terhadap lima perkara termasuk sumber kewangan Ahli Parlimen Gombak itu serta isteri, Shamsidar Taharin yang membeli saham bernilai RM2 juta antara tahun 1992 hingga 1994.

Sedangkan, kata Hasan, Azmin ketika itu yang bekerja sebagai setiausaha sulit hanya menerima gaji kira-kira RM2,000 sebulan.

Beliau berkata, Azmin juga dicabar menafikan jika dakwaan Pengerusi Yayasan Pembangunan India Malaysia, S. A. Vickneswaran bahawa Timbalan Presiden PKR itu serta isterinya termasuk seorang ipar memiliki saham bernilai RM8.5 juta pada awal tahun 1990-an adalah tidak benar.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Perjelas dasar kerajaan - PM

Posted:

Perjelas dasar kerajaan - PM


NAJIB Tun Razak bersalaman dengan hadirin pada Perhimpunan Warga Penerangan bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC) di Putrajaya, semalam.


PUTRAJAYA 26 Mac — Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meminta semua pegawai di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan serta agensinya membantu menerangkan dasar-dasar utama kerajaan kepada rakyat termasuk dasar 1Malaysia.

Menurut Perdana Menteri ini penting supaya rakyat tidak terus terkeliru oleh pelbagai dakyah serta fitnah yang dilemparkan oleh pihak pembangkang terhadap dasar-dasar kerajaan.

Menteri berkenaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata Perdana Menteri mengutarakan hal itu dalam pertemuan dengan warga kementerian itu di sini.

Sehubungan itu, katanya, pihak kementerian akan mencetak 50,000 buku kecil yang mengandungi penjelasan mengenai isu-isu semasa sebagai panduan supaya rakyat tidak terpedaya dengan putar belit pembangkang.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Buruh kontrak didakwa bunuh Dirang

Posted:

Buruh kontrak didakwa bunuh Dirang

Oleh NURUL HUDA HASSAN
huda.hassan@utusan.com.my


MUIDIN Maidin (tengah) yang didakwa membunuh Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang dibawa ke Mahkamah Majistret di Johor Bahru, semalam. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI


JOHOR BAHRU 26 Mac - Kematian Nurul Nadirah Abdullah atau dikenali sebagai Dirang yang menyayat hati pada awal bulan ini, terbela hari ini apabila seorang buruh kontrak dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan membunuh kanak-kanak perempuan berusia lima tahun itu.

Muidin Maidin, 24, didakwa melakukan perbuatan kejam itu terhadap Dirang di ladang kelapa sawit, Jalan Suria 47, Bandar Seri Alam, Masai antara pukul 11 pagi dan 7 malam, 1 Mac lepas.

Lelaki bermisai nipis itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati di tali gantung jika disabitkan kesalahan.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

0 ulasan:

Catat Komen