Ahad, 25 Mac 2012

Utusan Online - Kota

Utusan Online - Kota


Penghuni kondominium protes

Posted:

Penghuni kondominium protes

Oleh Muhamad Aimy Ahmad
kota@utusan.com.my


SEBAHAGIAN penduduk Kondominium Villa Putra dan Villa Putri mengadakan bantahan aman berikutan tindakan pemaju Mayland View Sdn. Bhd. yang didakwa melanggar notis arahan henti pembinaan jejambat oleh Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Kuala Lumpur di tapak pembinaan di Kuala Lumpur, semalam.
jejambat di tapak projek, di


KUALA LUMPUR 25 Mac - Kira-kira 50 penduduk Kondominium Villa Putra dan Villa Putri di sini mengadakan bantahan secara aman selama 15 minit di tapak pembinaan jejambat sebuah bangunan bersebelahan kondominium mereka.

Ia berikutan tindakan pemaju, Mayland View Sdn. Bhd. yang didakwa masih meneruskan kerja-kerja pembinaan jejambat tersebut di atas sebahagian tanah milik Perbadanan Pengurusan Villa Putra biarpun notis menghentikannya telah dikeluarkan.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Penduduk Gombak menyesal pilih Azmin

Posted:

Penduduk Gombak menyesal pilih Azmin


Megat Zulkarnain Omardin (dua dari kanan) memerhatikan Penyelaras BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia, Datuk Said Anuar Said Ahmad (tiga dari kanan) menyerahkan cek bantuan kepada seorang penduduk Kampung Kerdas, Gombak bersempena dengan Program Ziarah BN Gombak, semalam.


KUALA LUMPUR 25 Mac - Penduduk Gombak dekat sini bukan sahaja melahirkan rasa kesal malah mengakui kesilapan mereka kerana memastikan kemenangan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya umum lalu.

Penyelaras Barisan Nasional (BN) Parlimen Gombak, Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata, rata-rata penduduk di daerah itu hakikatnya kecewa dengan sikap Ahli Parlimennya, Azmin Ali yang disifatkan tidak langsung mengambil berat masalah dihadapi penduduk.

"Kami telah melawat lebih 1,000 keluarga di kawasan Parlimen ini menerusi program ziarah yang bertujuan memberi bantuan serta sumbangan untuk meringankan beban mereka.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Nasib lapan beranak dapat perhatian JKM

Posted:

Nasib lapan beranak dapat perhatian JKM

KUALA LUMPUR 25 Mac - Kesempitan hidup seorang ibu, Suraya Ismail, 35, serta tujuh anaknya yang merempat di kaki lima sebuah rumah pangsa sejak seminggu lalu mendapat perhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Pengarah Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Noormah Abd. Rauf berkata, ibu serta tujuh anaknya itu akan menerima bantuan segera berupa wang tunai RM300 dan bantuan am sebanyak RM450 sebulan.

"Berhubung bantuan rumah, perubatan dan persekolahan, JKM akan merujuk agensi berkaitan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kadar segera.

"Kami perlu merujuk kepada pihak yang berkenaan memandangkan JKM tidak menyediakan bantuan tersebut. Semuanya akan cuba diusahakan dalam masa terdekat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas kesempitan seorang penghidap kanser payu dara yang merempat di kaki lima bersebelahan tempat pembuangan sampah di sebuah rumah pangsa di sini bersama tujuh anaknya yang masih kecil sejak seminggu lalu.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan