Sabtu, 31 Mac 2012

Kosmo Online - Negara

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


11 rakyat malaysia cedera

Posted:

11 rakyat malaysia cedera

11 rakyat malaysia cedera

PASUKAN penyelamat termasuk bomba melakukan kerja memadam api dan menyelamat mangsa di hadapan Hotel Lee Gardens Plaza, Hatyai semalam.


BANGKOK – Seramai lima orang terbunuh manakala lebih 300 yang lain cedera dalam kebakaran sebuah hotel semalam di Hatyai semalam, kata beberapa pegawai.

Hatyai yang terletak dalam wilayah Songkhla ialah bandar raya terbesar di selatan Thailand yang menjadi destinasi popular di kalangan rakyat Malaysia.

Kebakaran berlaku di Hotel Lee Gardens Plaza yang terletak di pusat bandar Hatyai pada pukul 1 petang waktu tempatan (pukul 2 petang waktu Malaysia).

Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Mohd. Aini Atan memberitahu, letupan dipercayai akibat kebocoran gas di sebuah restoran makanan segera yang terletak di tingkat satu bangunan 33 tingkat itu.

Katanya, sejumlah 11 rakyat Malaysia yang cedera itu menerima rawatan di Hospital Hatyai.

Bagaimanapun jelasnya, status kecederaan dan identiti mereka masih belum dikenal pasti.

"Pihak kami sedang mengumpul maklumat mengenai rakyat Malaysia yang cedera dalam letupan gas itu. Namun tiada rakyat Malaysia yang terkorban dalam kejadian itu," katanya. Dalam perkembangan berkaitan, Gabenor Wilayah Songkhla, Grisada Boorach pula memberitahu, empat lelaki dan seorang wanita maut dalam tragedi tersebut, namun identiti masing-masing masih belum dikenalpasti.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

PTPTN dapat tambahan RM6 bilion

Posted:

PTPTN dapat tambahan RM6 bilion

PTPTN dapat tambahan RM6 bilion

KUALA LUMPUR – Kerajaan telah meluluskan penambahan dana Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebanyak RM6 bilion bagi tahun ini dan tahun 2013.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, permohonan daripada kementeriannya itu telah diluluskan pada mesyuarat mingguan Kabinet kelmarin memandangkan penting dan relevannya tabung itu bagi membiayai pengajian pelajar institusi pengajian tinggi (IPT).

"Sehingga 29 Februari lepas, seramai 1.9 juta peminjam telah menerima pembiayaan PTPTN berjumlah RM43.6 bilion," katanya di sini semalam.

Mohamed Khaled berkata, bagi sesi akademik 2012/2013, bilangan tempat yang akan ditawarkan institusi pengajian tinggi awam (IPTA), Institut Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TEVT), Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dijangka meningkat sebanyak 8.8 peratus berbanding sesi akademik lepas iaitu daripada 185,966 tempat kepada 202,339 tempat.

"Peningkatan ini membuktikan komitmen kerajaan dalam merealisasikan hasrat mengarusperdanakan pengajian TEVT terutamanya bagi melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi dalam negara," katanya.

Dua korban renjatan elektrik

Posted:

Dua korban renjatan elektrik

Dua korban renjatan elektrik

Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my


ANGGOTA polis dan penduduk kampung mengangkat mayat Rosli dan Mohd. Daishan di Kampung Tengah, Bukit Panau, Tanah Merah malam kelmarin untuk dibawa ke Hospital Tanah Merah.


TANAH MERAH - Dua lelaki mati selepas terkena renjatan elektrik ketika cuba menaikkan bendera menggunakan buluh dalam kejadian di Kampung Tengah, Bukit Panau, dekat sini malam kelmarin.

Rosli Hussin, 47, yang merupakan Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) dan rakannya seorang penoreh, Mohd. Daishan Ibrahim, 37, masing-masing ditemui mati pada kira-kira pukul 12 tengah malam di tempat kejadian dengan kesan lebam di telinga dan kaki akibat terkena arus elektrik bervoltan tinggi.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superitendan Abdul Aziz Mahmud, berkata, kejadian berlaku ketika kedua-dua mangsa memegang buluh sepanjang 12 meter yang dipercayai basah dengan niat menaikkan bendera sebuah parti politik.

Tanpa diduga, buluh yang dipasang dengan bendera itu terkena kabel yang berada pada ketinggian sembilan meter sebelum kedua-dua mangsa terkena kejutan elektrik.

Menurut Abdul Aziz, kejadian itu kemudian disedari penduduk kampung sebelum mereka mendapatkan bantuan pihak polis dan hospital berdekatan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

0 ulasan:

Catat Komen