Selasa, 27 Mac 2012

Harian Metro: BeritaUtama

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Harian Metro: BeritaUtama


Parang di muka Mawi

Posted: 26 Mar 2012 11:05 AM PDT

KAJANG: Juara Akademi Fantasia ke-3 (AF3), Asmawi Ani atau Mawi hanya memikirkan keselamatan bayinya, Cahaya Malaika yang berusia sebulan sebaik dikejutkan perompak yang mengacukan parang ke mukanya.

Dia yang baru melelapkan mata sebaik tiba di kediamannya di Bangi Golf Resort, di sini, pada jam 2 pagi semalam selepas menyertai Konsert Jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 di Pasir Gudang, Johor, bimbang empat lelaki bersenjatakan parang itu mencederakan anak sulungnya itu.

Bagaimanapun, Mawi berkata, dia bersyukur apabila melihat perompak terbabit tidak mengapa-apakan anaknya yang tidur nyenyak.

Menceritakan detik cemas itu, Mawi, 31, berkata, empat lelaki warga asing terbabit dipercayai memecah masuk banglonya melalui tingkap tepi yang tidak mempunyai gril selain menggunakan tangga untuk memanjat pagar.


Menurutnya, dalam kejadian jam 4.30 pagi itu, dia, isteri, Nor'Ashikin Rahmat, 32, atau Ekin serta ibu mentuanya, Fatimah Saad, 55, tidur sebilik manakala nenek mereka, Salmah Sahan, 77, berada di bilik sebelah manakala seorang pembantu rumah di tingkat bawah.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.



Ibu terkilan

Posted: 26 Mar 2012 10:48 AM PDT

JOHOR BAHRU: "Jauh di sudut hati, saya berasa terkilan dengan keputusan terhadap seorang daripada suspek pembunuhan Dirang apabila dia hanya dipenjara sebulan.

"Bukan mahu mempertikaikan keputusan mahkamah, tetapi sebagai ibu kepada mangsa pembunuhan kejam, saya mengharapkan keadilan yang sewajarnya atas kematian Dirang," kata Roselyn Alan, 25, ibu kepada kanak-kanak yang dibunuh dan dibakar itu atau nama sebenarnya Nurul Nadirah Abdullah, 5, Roselyn ditemui di pekarangan Mahkamah Majistret pada sesi pendakwaan dua daripada tiga suspek kes pembunuhan anaknya itu, semalam.


Selepas hampir sebulan kejadian bunuh dan bakar Dirang, akhirnya seorang buruh kontrak dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas pertuduhan membunuh kanak-kanak malang itu.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh, Muidin Maidin, 24, didakwa membunuh Dirang di sebuah ladang kelapa sawit di Jalan Suria 47, Bandar Seri Alam, Masai di sini, antara jam 11 pagi hingga 7 malam, 1 Mac lalu.


Muidin dituduh mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh digantung sampai mati.


Tertuduh hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mohd Isa Mohamed.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan dan Mohd Isa menetapkan 4 Mei depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat.


Di kamar sama, seorang lagi suspek dijatuhi hukuman penjara sebulan daripada tarikh dia ditangkap iaitu 2 Mac lalu serta diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun.

Razmin Mosum, 34, mengaku bersalah terhadap pertuduhan memasukkan dadah jenis methamphetamine ke dalam badannya di Pejabat Bahagian Siasatan, Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam, kira-kira pada jam 8.40 malam, 2 Mac lalu.


Razmin dituduh mengikut Seksyen 15 (1)(a), Akta Dadah Berbahaya 1952, jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara dua tahun atau denda hingga RM5,000.


Tertuduh turut diperintahkan melapor diri sebulan sekali ke Balai Polis Masai. Pada prosiding semalam, pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, M Vinodharan, manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.


Pada 1 Mac lalu, negara digemparkan dengan kehilangan Dirang, ketika kanak-kanak berkenaan keluar membeli mi segera dan telur di kedai runcit berhampiran rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, sebelum disahkan meninggal dunia akibat dibunuh dan dibakar, 11 hari kemudian.


Kematian Dirang disahkan melalui ujian deoksiribunuklik (DNA) yang dijalankan terhadap rangka manusia ditemui di ladang kelapa sawit di Nusa Damai, Masai pada 8 Mac lalu dan ia sepadan dengan DNA ibunya.



0 ulasan:

Catat Komen